Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 30 Mac 2012

Hadis Bimbingan Berkaitan Doa & Zikir oleh Ustaz Zahazan dan Ahmad Hasan


Hari ni saya nak kongsi beberapa potong hadis yang ada dalam buku 300 Hadis Bimbingan terbitan Telaga Biru. Ianya berkaitan doa. Dalam al-Quran banyak diperkatakan tentang perlunya kita berdoa kepada Allah swt.

1. Doa adalah ibadah.

  • Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a., Nabi saw bersabda: "Doa adalah Ibadah". (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)
2. Kemuliaan doa.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sis Allah melainkan doa". (Riwayat al-Tirmizi & Ibn Majah)
3. Berbaik sangka dengan Allah
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Berfirman Allah 'Azzawajalla: 'Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hamba-Ku sangkakan terhadap-Ku. Dan Aku berserta dengannya ketika ia menyebut-Ku (berzikir kepada-Ku).'" (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
4. Waktu mustajab doa
  • Daripada Abu Umamah al-Bihili r.a. , Nabi saw ditanya oleh seseorang: "Apakah yang doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?" Baginda bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu." (Riwayat al-Tirmizi)
Jadi semua pembaca... jom kita sentiasa berdoa dan berzikir kepadaNYA...

Isnin, 12 Mac 2012

Tortilla sausage dengan sos campur


Kali ni saya nak kongsi resipi yang mudah dengan semua. Saya nampak resipi ni di blog Kak Nannie. Tapi saya godek-godek sikit ikut bahan-bahan yang ada di dapur. Resipi ni simple dan ambil masa yang sikit untuk menyediakannya. Jom cubaaa...

Bahan-bahan:

  1. Beberapa keping tortilla
  2. Mayonis
  3. Sosej 10 batang dipotong kecil
  4. Sos tomato 3 sudu
  5. Sos cili 3 sudu
  6. Sos tiram 1 sudu
  7. Garam secukup rasa
  8. Italian herbs
  9. Lada hitam
  10. Serbuk cili satu sudu kecil

Cara-cara membuatnya:
  1. Goreng sosej yang telah dipotong kecil.
  2. Selepas sosej garing, masukkan ketiga-tiga sos tadi. Gaul sehingga mesra dan mendidih. Bila dah masak, tutup api.
  3. Panaskan kuali leper dan ratakan minyak di atasnya.
  4. Letak roti tortilla di atas kuali leper yang panas. Kemudian sapukan sos cili dan mayonis di atasnya.
  5. Letakkan inti sosej yang sudah dimasak tadi di atasnya. Susun/tabur kepingan keju di atasnya. Lepas tu, tutup dengan sekeping lagi roti tortilla.
  6. Gunakan dapur api perlahan agar roti tidak hangit. Tekan-tekan keliling roti agar roti melekat antara satu sama lain dan masak. 
  7. Terbalikkan roti tortilla perlahan-lahan agar tidak bertabur intinya. Masak sebelah lagi.
  8. Bila nampak dah masak, bolehlah angkat dan letakka di atas pinggan. Potong empat dan sudah boleh dimakannn...
Selamat mencuba.... 

Ahad, 4 Mac 2012

Jom layan gambar keindahan alam ciptaan Allah

Hari ni saya nak share gambar2 menarik yang saya, eh bukan saya, tapi hubby saya dapat dari Pusat Pungutan Zakat. Gambar di kelander untuk tahun 2012. Saya google lah dapat pick gambar2 yang lebih menarik di mata saya (gambar kat kalender ni pun amik dari pak google).
Jommm...

Pamukkale Denizli, Turki.
'Pamukkale' yang bermaksud 'benteng kepas' dalam bahasa Turki adalah sebuah laman di wilayah Denizli di Barat Daya Turki. Ianya merupakan kota teres berisi air panas dan juga mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir.

Gua Batu Marmar, Chile.
Ianya terletak di sebuah pekan kecil di Tasik General Carrera, Chile. Gua marmar ini menjadi tarikan utama bagi pekan ini yang mempunyai jumlah penduduk seramai 3000 orang. Menjadi bahan kajian arkeologi sehingga kini.
Wulingyuan, Hunan, China.
Wulingyuan adalah sebahagian daripada Banjaran Wuling. Terletak 270 km daripada Changsha, ibu kota Hunan. Terkenal dengan ketinggian batu pasir kuartzit yang berbentuk seperti tiang. Telah dinobatkan sebagai tapak warisan UNESCO.
Washoe County, Nevada, Amerika.
Dikenali sebagai "Fly Ranch Geyser". Ianya terbentuk pada tahun 1916. Mineral yang terlarut di dalam semburan air panas ini meningkat dan bercampur, menciptakan sebuah gunung yang berwarna-warni yang berkembang dan membesar sehingga ke hari ini.
Taman Bunga Keukenhof, Lisse, Belanda.
Merupakan taman bunga yang terbesar di dunia. Terdapat 7 juta kuntum bunga yang ditanam pada setiap tahun. Ciri-ciri alam semulajadi dan pelbagai spesis bunga yang terdapat di dalam taman ini, telah menjadikan taman ini terkenal di serata dunia.
Gunung Roraima, Amerika Selatan.
Merupakan antara gunung tercantik di dunia. Ia terdiri daripada batuan besar yang amat unik seperti meja yang tergantung di tengah awan. Terletak di antara sempadan Venezuela, Brazil dan Guyana.
Air Terjun Niagara, Canada dan USA.
Merupakan satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di antara sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan Amerika. Merupakan air terjun tercantik di dunia.
Gua Batu Kapur Guangxi, China.
Merupakan sebuah gua batu kapur semulajadi dan telah wujud lebih dari 180 juta tahun dahulu. Dipenuhi dengan stalaktit, stalagmit dan juga pembentukan batu dalam bentuk yang pelik dan menarik. Di dalamnya terdapat lebih 70 inskrpsi yang ditulis merata di dinding.
Terumbu Sawar Besar, Queensland, Australia.
Dikenali dengan nama Great Barrier Reef. Merupakan terumbu karang yang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang luas terbentang sepanjang 2600km dengan luas permukaan sekitar 344 400km2. Merupakan salah satu tapak warisan UNESCO.
Salar De Uyuni, Oruro, Bolivia.
Merupakan dataran garam terluas di dunia. Terletak di bahagian tenggara berhampiran banjaran Andes. Pada setiap bulan November, dataran garam ini menjadi tempat pembiakan bagi 3 spesis burung Falmingo iaitu Flamingo Chile, Andean dan James.
Sungai Kristal, Serrania De La Macarena, Colombia.
Merupakan sungai yang tercantik di dunia pada hari ini. Dikenali dengan nama 'Sungai Lima Warna'. Terletak jauh di kawasan pendalaman sehingga terpaksa menunggang kuda untuk sampai ke lokasi sungai ini. Dipenuhi dengan alga sehingga sungai ini nampak berwarna-warni.
Gunung Everest, Nepal, Tibet, China.
Merupakan gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter. Gunung ini terletak di banjaran gunung Himalaya. Rabung kemuncak pada gunung ini menandakan sempadan di antara Nepal dan Tibet.

Khamis, 1 Mac 2012

Membangkang Nafsu

Petikan untuk cerita di blog pada kali ini diambil dari buku "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia" berkaitan dengan keinginan atau keperluan?

Umar Al-Khattab digelar Al-Faruq iaitu orang yang sangat pandai memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan secara teliti. Ucapan beliau kali ini sangat tepat untuk dijadikan sebagai panduan hidup Muslim moden.

'Beliau mengajar kita untuk tidak menjadikan keinginan sebagai asas konsumsi, akan tetapi ia mestilah berlandaskan keperluan.'

Keinginan pada hakikatnya adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Begitulah seterusnya sehingga jika dituruti, ia akan terus menjerumuskan manusia ke dalam pembaziran.


Adapun asas keperluan, maka ia menjadikan akal sebagai pembuat keputusan. Dengan kecerdasan akal, ia akan memilih benda-benda yang penting dan yang kurang (atau sama sekali tidak) penting. Akibatnya, sesiapa yang berpegang pada asas ini, dapat mengawal perbelanjaannya dengan baik & terselamat daripada sebarang kegawatan kewangan.

Prinsip ini memperlihatkan ketinggian fiqah Umar. Sesungguhnya tidak terhitung anjuran Islam agar kita membangkang keinginan nafsu. Malah, al-Quran ada menyebut bahawa sikap mengikut hawa nafsu merupakan gaya hidup kafir yang tidak selari dengan prinsip keislaman.

Jadi, membangkang keinginan nafsu merupakan pembuktian tauhid yang sangat tinggi. Kita seolah-olah menegaskan di hadapan Allah dan seluruh makhluk bahawa tidak ada yang layak dituruti kehendaknya melainkan Allah swt.

Sungguh tepat ucapan Sahl Bin Abdillah at-Tustari (w.283H), "Allah tidak disembah dengan suatu amalan yang lebih baik daripada membangkang keinginan nafsu."


Rujukan: Umar Muhammad Noor, Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia. 2011. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...