Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 4 Mac 2012

Jom layan gambar keindahan alam ciptaan Allah

Hari ni saya nak share gambar2 menarik yang saya, eh bukan saya, tapi hubby saya dapat dari Pusat Pungutan Zakat. Gambar di kelander untuk tahun 2012. Saya google lah dapat pick gambar2 yang lebih menarik di mata saya (gambar kat kalender ni pun amik dari pak google).
Jommm...

Pamukkale Denizli, Turki.
'Pamukkale' yang bermaksud 'benteng kepas' dalam bahasa Turki adalah sebuah laman di wilayah Denizli di Barat Daya Turki. Ianya merupakan kota teres berisi air panas dan juga mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir.

Gua Batu Marmar, Chile.
Ianya terletak di sebuah pekan kecil di Tasik General Carrera, Chile. Gua marmar ini menjadi tarikan utama bagi pekan ini yang mempunyai jumlah penduduk seramai 3000 orang. Menjadi bahan kajian arkeologi sehingga kini.
Wulingyuan, Hunan, China.
Wulingyuan adalah sebahagian daripada Banjaran Wuling. Terletak 270 km daripada Changsha, ibu kota Hunan. Terkenal dengan ketinggian batu pasir kuartzit yang berbentuk seperti tiang. Telah dinobatkan sebagai tapak warisan UNESCO.
Washoe County, Nevada, Amerika.
Dikenali sebagai "Fly Ranch Geyser". Ianya terbentuk pada tahun 1916. Mineral yang terlarut di dalam semburan air panas ini meningkat dan bercampur, menciptakan sebuah gunung yang berwarna-warni yang berkembang dan membesar sehingga ke hari ini.
Taman Bunga Keukenhof, Lisse, Belanda.
Merupakan taman bunga yang terbesar di dunia. Terdapat 7 juta kuntum bunga yang ditanam pada setiap tahun. Ciri-ciri alam semulajadi dan pelbagai spesis bunga yang terdapat di dalam taman ini, telah menjadikan taman ini terkenal di serata dunia.
Gunung Roraima, Amerika Selatan.
Merupakan antara gunung tercantik di dunia. Ia terdiri daripada batuan besar yang amat unik seperti meja yang tergantung di tengah awan. Terletak di antara sempadan Venezuela, Brazil dan Guyana.
Air Terjun Niagara, Canada dan USA.
Merupakan satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di antara sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan Amerika. Merupakan air terjun tercantik di dunia.
Gua Batu Kapur Guangxi, China.
Merupakan sebuah gua batu kapur semulajadi dan telah wujud lebih dari 180 juta tahun dahulu. Dipenuhi dengan stalaktit, stalagmit dan juga pembentukan batu dalam bentuk yang pelik dan menarik. Di dalamnya terdapat lebih 70 inskrpsi yang ditulis merata di dinding.
Terumbu Sawar Besar, Queensland, Australia.
Dikenali dengan nama Great Barrier Reef. Merupakan terumbu karang yang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang luas terbentang sepanjang 2600km dengan luas permukaan sekitar 344 400km2. Merupakan salah satu tapak warisan UNESCO.
Salar De Uyuni, Oruro, Bolivia.
Merupakan dataran garam terluas di dunia. Terletak di bahagian tenggara berhampiran banjaran Andes. Pada setiap bulan November, dataran garam ini menjadi tempat pembiakan bagi 3 spesis burung Falmingo iaitu Flamingo Chile, Andean dan James.
Sungai Kristal, Serrania De La Macarena, Colombia.
Merupakan sungai yang tercantik di dunia pada hari ini. Dikenali dengan nama 'Sungai Lima Warna'. Terletak jauh di kawasan pendalaman sehingga terpaksa menunggang kuda untuk sampai ke lokasi sungai ini. Dipenuhi dengan alga sehingga sungai ini nampak berwarna-warni.
Gunung Everest, Nepal, Tibet, China.
Merupakan gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter. Gunung ini terletak di banjaran gunung Himalaya. Rabung kemuncak pada gunung ini menandakan sempadan di antara Nepal dan Tibet.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...