Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 21 Januari 2012

Moga bahagia di sana Khairil Izwan...


Terkejut. Itu yang berlaku bila mendapat khabar dari hubby yang rakan baik saya sewaktu sekolah dahulu, Khairil Izwan atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus meninggal dunia. Hubby saya tahu pun menerusi Facebook, bila adik saya maklumkan. Cepat2 kami pergi ke artikel yang di'link'kan oleh adik saya (bila call my sis, dia tak angkatlah phone pulak time tu). Line internet slow lah pulak bila nak akses. Last sekali, saya google aje. Dan tepat sekali, dia dah meninggalkan dunia ini.

Bila saya baca aje info tu di internet, saya dah sebak. Terus saya teringatkan dia masa kami muda-muda dulu. Dia yang saya panggil Keril, seorang yang baik, periang, mudah mesra dengan semua orang, tak pernah lokek ilmu dan banyak lagi tentang dia yang buat kami serasi berkawan sehingga sekarang, meskipun tidak serapat masa zaman sekolah.

Hubungan persahabatan kami pernah terpisah seketika bilamana dia berpindah ke Melaka, tinggal bersama atuk dan neneknya. 4 tahun kami lost contact. Dan satu hari, masa tunggu SPM, dia hubungi saya kembali. Siap menyamar lagi tu... hehehe... Dan dari situ, kami kembali jadi rakan baik. Every week we call each other dan adakala keluar bersama hanya untuk pergi beli kaset dan barang (tak ingatlah barang apa). Dan bila our result dah keluar dan dia dapat tawaran sambung belajar di UUM dan saya di ITM Melaka, kami hanya berhubung bila cuti sem aje. Itupun makin lama makin kurang atas kesibukan masing-masing, plus, i meet my hubby kat Melaka. :)

But still, me, him and Megat, our best friend also, sering juga contact2 bila cuti sem. Ada sekali tu, saya ingat kami bertiga jumpa di food court KLCC, bukan main banyak lagi kita orang bercerita. Dah mahgrib baru balik rumah. But, memori masa tu memang terpahat cantik dalam ingatan saya coz we talk and talk and talk dengan rasa gembiranya.

And paling last saya jumpa dia personally masa saya dok pinjam kertas kerja dia time belajar dulu untuk settlekan tesis saya. Dan, dia masih sama seperti dulu dari segi sharing the knowledge. Tak kedekut langsung. Perbualan kami yang last adalah di FB. Bilamana saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya tahun lepas. And he still remember me eventhough dah hampir 9 tahun tidak bersemuka (just telefon & internet menghubungkan).

Saya sebagai seorang sahabat berdoa agar Keril aman di alam sana. Diampunkan dosa-dosa silamnya dan ada banyak perkara baik yang dibawa sebagai bekalan ketika di sana. Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Aminnnn...

Isnin, 16 Januari 2012

Ngetest makanan korea halal...

Hari sabtu lepas, entah mengapa tetiba gatal google pasal makanan korea yang halal kat KL. Dan, encik google telah 'menangkap' beberapa blog yg menceritakan tentang makanan korea halal. Dan Alhamdulillah, rupanya ada di Ampang Hilir aje (kebetulan memang dah balik ke Ampang masa ni utk blk lawat mak n abah).

Dan, malam tadi, saya n hubby bawa my mum, sis (peminat cerita korea) n her friend kat kedai makan Pak Z Kopitiam - Korean Halal Food kat Ampang Hilir. Tempat ni dekat dengan area flat2 di kawasan Taman Tasik Ampang. Kiranya dari MRR2 (Jalan dari Melawati), lepas dari kawasan Taman Tasik Ampang di sebelah kanan, depan sikit ada simpang ke kiri yg pertama. Masuk ke dalam sikit dan akan jumpa byk ofis dan shop lot kat situ. Kedai dia sederet dengan Bangi Kopitiam dan bersebelahan dengan Tuttu Fruiti.

Untuk saya yang 1st time makan makanan korea ni, hamik kau, menggagau tengok buku menu yg banyak sangat makanan pelik2 dek bijik mata tapi familiar sebutannya sebab tengok cerita korea & 2 Days 1 Night.
Conclusionnya, mak n hubby saya mmg awal2 dah amik western. Saya, sis n friend dia yg ngetest makanan korea ni.

Saya order Gimbab, Bibim Guksu & apple juice. Dan Gimbab n apple juice dia saya beri 5 bintang. While Bibim Guksu dia 4 bintang. Pedas memang terasa tapi  bukan pedas cili padi. Rasanya pedas rasa serbuk cili dia kot. Apple juice dia lebih buah dari air, so barulah betul dikatakan jus buah kan.... hehehe...

Hubby saya yang makan chicken steak dan minum whire coffe cold dia pun kata sedap. Steak tu lembut dan kena dengan sos kicap yg dia taruk. White coffer pun dia bagi 5 bintang. Sedap dan aromanya mmg best...

Dan conclusion utk my sis, dia memang tak blh masuk makanan korea. Cuma gimbab tu aje ngam dengan tekak dia. Dasar mulut melayu yg kuat makan pedas... Hehehe...

Khamis, 12 Januari 2012

Bestnya Rancangan 30 Minit Ustaz Don


Rancangan ni dah disukai oleh saya dan hubby dalam akhir tahun lepas. Itupun secara tak sengaja saya buka TV Al-Hijrah. Saya tak ingatlah tentang isu apa yang dikongsikan pada waktu tu. Tapi cara penyampaian Ustaz Don ini menarik minat saya untuk terus tertumpu pada kaca tv. Begitu juga hubby.

Dan Alhamdulillah, sehingga ke episod musim baru ini, hubby sayalah orang yang pertama tukar channel tv untuk menonton rancangan ni.

Bila mendengar Ustaz Don berkongsi ilmu tentang hukum-hukum bacaan dalam al-quran dan adab-adab lain dalam Islam seperti jenis2 najis dan cara menyucinya, membuatkan saya berasa betapa menariknya cara dia menarik para penonton agar terus duduk dan mendengar.

Dan malam tadi, sewaktu duduk menonton tentang hukum ikhfak hakiki dengan hubby, saya berkata, "kan seronok jika ustaz dan ustazah kita macam ni dahulu. Mengajar dengan cara yang menarik dan santai tapi penuh informasi. Ini tidak, asyik kena marah aje bila salah."
Hubby saya balas pula, "Itu awak. Saya sampai ustaz saya kata saya bodoh lagi bila tak tahu. Last2, saya malaslah nak belajar. Awal-awal lagi dah label kita macam tu. Padahal dia yang tak tahu nak tarik perhatian."

Itulah antara luahan hati kami berdua bila menonton rancangan ini. Kadangkala kenangan lama tentang betapa peritnya untuk mendapat ilmu agama dengan cara baik begitu sukar dahulu. Guru-guru seolah tidak mahu memahami, menyelami dan mencuba bagaimana mahu mendidik anak muridnya agar minat akan sesuatu. Pernah beberapa kali saya dirotan di hadapan rakan-rakan hanya kerana saya tidak mahir jawi. Malu, Allah sahaja yang tahu. Dan, akhirnya jalan penyelesaian yang saya jumpai hanyalah saya mengingati benda-benda yang basic aje. Benda-benda yang agak sukar, minda saya sudah tidak mahu menerima.

Bila mendengar ucapan Ustaz Don bila setiap kali pemanggil telefon selesai membaca ayat al-Quran, saya berasa ustazah yang mengajar saya dahulu basic agamanya dari sudut praktikal sedikit kurang dan terlalu cepat menghukum. Padahal anak-anak murid yang belajar ini keupayaannya berbeza. Dan bila dia bercakap begitu, membuatkan semua orang lemah semangat dan mula berhenti belajar mengaji (antara sebab saya bertahun tidak membaca kalam Allah. Ampunkan dosa saya ya Allah...).

Diharap, rancangan 30 Minit Ustaz Don ini sentiasa mendapat tempat di hati semua. Begitu juga seperti rancangan Adik & Al-Quran. Kedua-duanya hampir mempunyai persamaa. Sungguh beruntung anak-anak kecil pada zaman ini kerana mempunyai pendidik seperti mereka ini... Harapnya, kami berdua tidak terlambat untuk berjumpa lagi pendidik seperti Ustaz Don dan Ustaz Zamri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...