Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 12 Januari 2012

Bestnya Rancangan 30 Minit Ustaz Don


Rancangan ni dah disukai oleh saya dan hubby dalam akhir tahun lepas. Itupun secara tak sengaja saya buka TV Al-Hijrah. Saya tak ingatlah tentang isu apa yang dikongsikan pada waktu tu. Tapi cara penyampaian Ustaz Don ini menarik minat saya untuk terus tertumpu pada kaca tv. Begitu juga hubby.

Dan Alhamdulillah, sehingga ke episod musim baru ini, hubby sayalah orang yang pertama tukar channel tv untuk menonton rancangan ni.

Bila mendengar Ustaz Don berkongsi ilmu tentang hukum-hukum bacaan dalam al-quran dan adab-adab lain dalam Islam seperti jenis2 najis dan cara menyucinya, membuatkan saya berasa betapa menariknya cara dia menarik para penonton agar terus duduk dan mendengar.

Dan malam tadi, sewaktu duduk menonton tentang hukum ikhfak hakiki dengan hubby, saya berkata, "kan seronok jika ustaz dan ustazah kita macam ni dahulu. Mengajar dengan cara yang menarik dan santai tapi penuh informasi. Ini tidak, asyik kena marah aje bila salah."
Hubby saya balas pula, "Itu awak. Saya sampai ustaz saya kata saya bodoh lagi bila tak tahu. Last2, saya malaslah nak belajar. Awal-awal lagi dah label kita macam tu. Padahal dia yang tak tahu nak tarik perhatian."

Itulah antara luahan hati kami berdua bila menonton rancangan ini. Kadangkala kenangan lama tentang betapa peritnya untuk mendapat ilmu agama dengan cara baik begitu sukar dahulu. Guru-guru seolah tidak mahu memahami, menyelami dan mencuba bagaimana mahu mendidik anak muridnya agar minat akan sesuatu. Pernah beberapa kali saya dirotan di hadapan rakan-rakan hanya kerana saya tidak mahir jawi. Malu, Allah sahaja yang tahu. Dan, akhirnya jalan penyelesaian yang saya jumpai hanyalah saya mengingati benda-benda yang basic aje. Benda-benda yang agak sukar, minda saya sudah tidak mahu menerima.

Bila mendengar ucapan Ustaz Don bila setiap kali pemanggil telefon selesai membaca ayat al-Quran, saya berasa ustazah yang mengajar saya dahulu basic agamanya dari sudut praktikal sedikit kurang dan terlalu cepat menghukum. Padahal anak-anak murid yang belajar ini keupayaannya berbeza. Dan bila dia bercakap begitu, membuatkan semua orang lemah semangat dan mula berhenti belajar mengaji (antara sebab saya bertahun tidak membaca kalam Allah. Ampunkan dosa saya ya Allah...).

Diharap, rancangan 30 Minit Ustaz Don ini sentiasa mendapat tempat di hati semua. Begitu juga seperti rancangan Adik & Al-Quran. Kedua-duanya hampir mempunyai persamaa. Sungguh beruntung anak-anak kecil pada zaman ini kerana mempunyai pendidik seperti mereka ini... Harapnya, kami berdua tidak terlambat untuk berjumpa lagi pendidik seperti Ustaz Don dan Ustaz Zamri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...