Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 23 Jun 2011

Cubaan pertama buat Popia Pisang & Sos Vanila

Alhamdulillah, cubaan pertama saya berhasil. Resipi yang saya ambil dari My Little Kitchen. Terima kasih Hazila.

Untuk pisang ni, saya potong-potong sebab anak2 sedara saya ramai. Kalau ambil seketul, alamatnya sorang dpt makan satu popia ajelah.

Jom saya kongsikan resipinya dengan anda semua.

Popia Pisang:
1. Pisang masak
2. Kulit popia
3. Air (untuk gam kulit popia)

Sos Vanila
1. 1 Cawan susu segar
2. 1/2 Cawan gula
3. 1 Sudu teh vanila extrak
4. 2 sudu makan mentega
5. 1/2 Sudu makan tepung jagung
6. Garam

Cara2 membuat popia pisang:
1. Hiris pisang nipis.
2. Letakkan pisang di atas kulit popia. Jika pisang tak berapa masak, boleh tabur gula di atasnya.
3. Gulung seperti menggulung popia & letak sedikit air supaya ia melekat.
4. Goreng hingga kekuningan.

Cara membuat sos vanila:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Guna api sederhana.
2. Kacau perlahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.

Setelah letak gambar di Facebook, semua orang suka untuk mencubanya. Sampaikan adik lelaki saya di Perak pun sibuk request suruh buatkan bila jumpa hujung minggu nanti. Kak Yati pula sarankan agar saya taruk kelapa dan badam. Hmmm... lepas ni saya mesti mencubanya kak... :)

Selamat mencuba semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...