Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 21 Jun 2011

InsyaAllah, temui "Resipi Nenek" di Pesta Buku Selangor 2011... :)

Alhamdulillah...
Saya dapat berita dan gambar ni pada hari Jumaat lepas. Hari ni baru berpeluang letak di blog.

InsyaAllah, buku terkini dari saya terbitan Jemari Seni, Adiwarna bakal muncul di Pesta Buku Selangor hari Jumaat ini. Buku yang ideanya diperolehi apabila sedang memasak di dapur dan komen kakak ipar pada anaknya. Jadinya, sesiapa yang ingin mencuba resipi sedap dari ibu mertua saya buat anak dan menantu serta saudara-maranya, bolehlah dapatkan buku ni. Resipinya ada di dalam.

Nak tau resipi apa, dapatkanlah buku ini untuk anda dan anak2. Pasti menu berkhasiat ini mampu membuatkan kita semua sihat. InsyaAllah...

Di sini saya sertakan sedikit sinopsisnya ya...

Nabila - “Wahai cik adik bertiga, kalau kau orang berani, masuklah pertandingan masakan ni. Berani ke?”

Fairuz - “Baik! Kami sahut cabaran kau. Kau ingat kami ni bodoh sangat ke tak tahu memasak?”

Nabila dan Fairuz pernah menjadi rakan karib. Kerana kekayaan dan pangkat, Fairuz berubah hati. Nabila dibencinya. Dia hanya berkawan dengan rakan-rakan yang setaraf dengannya.

Pertandingan memasak akan diadakan. Nabila mencabarnya. Dalam keterpaksaan, dia dan rakan-rakan sekufu dengannya terpaksa menerima cabaran Nabila. Cabaran yang memang tidak disangka-sangka.

Jadi, siapakah yang menang dalam pertandingan masakan tersebut? Mampukah Fairuz mengalahkan Nabila yang menggunakan resipi nenek untuk menjeratnya? Dan, apa pula yang berlaku sebaik sahaja pertandingan tamat?

2 ulasan:

  1. Salam ziarah. Tahniah atas terbitan buku resepi nenek. Nanti boleh cari...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...
    Terima kasih dan selamat membaca... :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...