Kali ni saya nak kongsi satu resipi mudah yang saya tengok kakak ipar saya buat. Cuma saya add bread crumb supaya lebih menarik. Dan hasilnya Alhamdulillah, anak2 sedara, atuk, nenek, hubby dan sepupu saya sukakannya...
Bahan2 membuatnya:
1. Sosej panjang. Ayam atau Daging.
2. Roti putih Gardenia @ High 5 @ apa sahaja
3. Marjerin @ mentega
4. Telur 2 biji
5. Bread crumb @ bahasa melayunya serbuk roti
6. Suku sudu garam
7. Minyak masak
Cara2 membuatnya:
1. Rebus sosej sehingga masak dan lembut. Toskan airnya.
2. Sapukan marjerin ke atas roti dan kemudian gulung sosej tadi ke dalamnya. Kepal-kepal roti berinti sosej tadi agar isinya tidak terburai bila dimasak.
3. Pecahkan telur dan taruk sedikit garam ke dalamnya. Pukul sehingga sebati.
4. Salut roti dengan telur tadi dan kemudiannya salut pula dengan bread crumb. Goreng ke dalam minyak panas.
5. Selepas roti berwarna keemasan, angkat dan toskan agar tidak terlalu berminyak. Dan apalagi, lepas sudah suam2 kuku panasnya, tadah tangan dan bacalah doa makan... :)
Nak lagi sedap, boleh cicah dengan sos cili atau sos lada hitam.
SELAMAT MENCUBA...
p/s: Jika anak2 atau kawan2 ramai, sosej tu blhlah dipotong dua tapi roti kena tambah sekali ganda lagilah... :) Bukan apa, takut ada yang tak dapat merasa nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan