Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Hari ini hari terakhir kita di tahun 2010. Ada orang hidupnya seronok di tahun ini. Banyak peristiwa-peristiwa indah berlaku dalam hidup mereka berbanding yang sedih-sedih. :)

Apa-apa pun bagi saya tahun 2010 banyak meninggalkan pelbagai peristiwa berwarna-warni dalam hidup saya dan suami. Jatuh bangun kami hanya DIA yang tahu dan hanya pada DIA juga tempat kami mengadu. But, the best thing ever, tahun ni atas rahmatNYA saya dapat setup my very own company. Alhamdulillah... meskipun kecil dan baru bertatih, tapi insyaAllah saya akan cuba membangunkannya dengan tulang empat kerat ini. Wish me luck readers... and Happy New Year 2011...

Isnin, 27 Disember 2010

Hangin di Pesta Buku Kanak-kanak


Kalau ikutkan hari ni, tahap hangin saya dah kurang sikit berbanding dengan hari Sabtu lalu.
Kalau ikutkan hati, dah tentu saya jumpa supervisor marketer tu dan sound sikit. Exactly, kejadian yg tak diundang ni berlaku 2 hari lepas. Di Pesta Buku Kanak-kanak 2010.

Memang saya ke sana kejap aje. Ada buku yang nak dicari. Tapi, insident yg berlaku weh! buat saya geram kalau difikirkan balik. Saya ceritakan situasi saya yg sedang berjalan di kawasan orang yg menjual barangan pendidikan kanak-kanak ni....

Jurujual 1: Selamat pagi kak.
Saya: Selamat pagi.
Jurujual 1: akak ada anak? (soalan direct tu, tak bertapis dah).
Saya: Saya tiada anak dik. (dengan senyuman ya. faham akan kekurangan diri.)
Jurujual 1: Oh... tak de anak.

Saya ingatkan setakat itu aje dan biarkan saya berjalan keseorangan. Tapi rupa-rupanya boleh pulak dia...
Jurujual 1: Weh! dia takde anak lah. (dia laungkan kat kawan dia yg jaraknya dalam 6 kaki aje bila kawan dia pandang saya).

Wah....! ini sudah lebih. Suka-suka aje menjerit di khalayak ramai menyatakan saya takde anak. Serasanya ada beberapa kepala menoleh. Saya sengih aje. Masih bersabar. Tapi rasa-rasanya kalau diikutkan lagi sekali saya kena, mahu saya saman aje syarikat tu. Tak hormat saya sebagai pelanggan satu. Memalukan saya di khalayak ramai satu. Awak tak educate staf awak dengan baik satu. Plus, manners sebagai orang melayu yg kononnya punya tingkah laku yg baik tu dah hilang semata-mata nak kejar sales... HELLOOOO... Saya pun marketer juga dulu, tapi tak memalukan orang yg tak nak beli produk kita....... Hangin hangin......


Rabu, 22 Disember 2010

Pesta buku Kanak-Kanak yg pertama di PWTC


Assalammualaikum...

Dah lama betul saya tak update blog. Exactly, hubby saya tak sihat. Slip disc dia datang balik. Kali ni belah kiri pulak. Merasalah saya tidur kat hospital dalam 3 malam (tak best langsung tidur kat hospital ni. Miss my bed masa tu). Alhamdulillah, suami saya dah semakin ok cuma tak boleh nak naik kereta lama-lama sekarang ni.

Hari ni pesta buku kanak-kanak yang pertama kali diadakan berlangsung di PWTC. Ingatkan dapatlah ke sana dengan hubby. Alih-alih dah jadi mcm ni, entah dapat entah tidak saya ke sana. Ada rezeki, InsyaAllah saya ke sana jap (ada ke masa tu...??). So, sesiapa yang ada anak-anak kecil or awal remaja atau remaja dewasa, amat-amatlah digalakkan menjengah ke sana masa cuti-cuti sekolah ni. InsyaAllah, ada ilmu yang boleh dikongsikan oleh para penulis kepada semua...

Happy Holiday dan Happy Reading Everyone...


Rabu, 1 Disember 2010

Paintball World Cup Asia 2010

Jumaat lepas, saya tumbang hubby ke KL. Ada hal skit. Bila mana kita orang lalu kat tepi padang Merbuk, kami nampak ada 'kandang besar' warna biru. Dengan 'bantal2 golek' n 'piramid besar' kat dalam tu. Kami berdua apa lagi. Excited. Paintball game lah kat sana. Hubby saya kata. Both of us teruja.

Saya pulak apa lagi, dari mintak diturunkan kat area Sogo, alih-alih saya suruh hubby saya turunkan saya kat tepi Padang Merbuk tu. At least, saya tau nak buat apa sebelum pergi ke tempat yang hendak dituju jam 9 nanti. Tersengih-sengih hubby saya layan kerenah bini dia yang sorang ni. Hehehe...

Nak sampai aje ke tempat paintball tu, telinga saya dah dapat tangkap bunyi gegak gempita bunyi senapang paintball. Pergh!!! First time ni nengok orang PRO main. Tegak aje saya kat depan kandang pertama tu, mata saya dah terpaku. Seronok tengok depa main. Memang tak macam hubby saya n the geng dulu main (amatur le katakan).

Kat kerusi-kerusi batu tu tak lah ramai orang tapi banyak le gak mat salih, minah saleh, melayu, India n cina yang dok menonton gak. 'Riki punya riki', oooo... kawan-kawan dan family depa ada main dalam tu. Sempat jugak le saya berkenalan dan menemuramah sorang lelaki dari Thailand. Tanya le apa-apa yang patut pasal sukan and tournament ni kat dia.... nasib dia ramah dan nak layan saya (last sekali masa saya masuk kat tempat para pemain, rupa2nya lelaki tu temankan anak dia yg masuk tournament tu. Tabik Springgg le kat lelaki ni sbg ayah.). Yang tak bestnya, tengah saya dok berborak dengan dia, Pelepop! sebiji pallet paint ball melayan cun aje kat tumit saya. Alahai... tak pasal-pasal dah kuning tumit n kaki seluar. Pasrah aje lah...

Dalam masa sejam tu, sempat gak lah saya ronda2 kawasan tournament dan gerai2nya. Bagus jugalah mereka2 ni bersukan daripada buat benda yang bukan2. Betul tak. Tapi ada yang 'kurengnya' jugak. Wahhhh...!!! pakaian sesetengah perempuan yg ada kat situ blh buat mata saya pening jap. Tu belum bebudak lelaki yg ada kat situ. MasyaAllah, macam tak sesuai pulak untuk bersukan. Rasanya sesuai utk clubbing or dating2 aje. Ish Ish Ish...

Anyway, apa-apa pun saya selagi orang bersukan, buat benda baik dan bukan benda diharamkan agama, saya masih sokong lagi. Cuma, harap-harap kurang-kurangkan lah bab-bab dosa ni. Makin panas dah Malaysia ni walaupun skarang musim tengkujuh... Oleh itu, Majulah Sukan Untuk Negara (sempat lagi promote cogankata ni, hehehe...). Jom layan gambar-gambar yang sempat saya snap... Dan TAHNIAH juga kepada pemenang2 PALS.

Ni kalau tak silap, team dari Malaysia tapi tak tau lawan dengan sapa. Dah semua kulit sawo matang dan ada yg pakai tudung, so dah tentu2nya dari negara kita kan... Ia ke...? :P

Ini pulak team Australia lawan Australia. Yang saya ingat nama kumpulan dia tsunami. Satu lagi entahlah...


Para penonton yang dok sama menonton... Free aje geng, bukannya berbayar... Hehehehe....

Poster untuk tournament PALS. Nak tau lebih lanjut blh pi lawat web dia http://palseries.wordpress.com. Mana le tau lepas ni nak try main paintball pulak... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...