Ajakan adik saya telah menyebabkan saya mengkhatamkan siri korea lagi. Kali ni sassy girl chun-hyang pulak. Aduhaiiii... parah jap saya seminggu ni. Mana taknya ada 17 cd. 1 cd sama dgn 1 jam. Hambik kau. Berpinar-pinar bijik mata bila nengok cerita tu 3 jam direct. Kesudahannya saya cuma boleh tengok 2 cd dalam satu-satu masa (haiii,,, jgn bertambah power cermin mata dh ler...).
Oleh kerana dah mengadap, sayang pulak kalau tak tau story dan endingnya. Saya gagahi juga sebabbbb... second hero tu nampak macho, matured and caring (hahahaha... tau dek hubby saya sure dia gelak gila). Ialah, penat saya nunggu hero dok tau si girlfriend ni suka dia dan sanggup buat apa saje. Dah tu payah pulak nak luahkan perasaan masing-masing. Rasa macam nak cepuk-cepuk aje dia orang.
Ha, inilah cik abang yang saya kata mature dalam cerita tu... namanya uhm tae wong. Nampak berkaliber berbanding hero (dah cerita remaja, so memang hero le menang, ya tak?)
Anyway, untuk cerita ni dari lima bintang, saya bagi 3 bintang stengah ajelah. Ok ler tu dari tak berbintang langsung. heheheh... Tapi untuk ost dia, saya bagi 4 bintang stengah. Sedap jugalah bila dah tau maksud lagu yang dinyanyi bila dah ditranslate. Plus, melodi memang sedap. Macam My Beautiful gak...