Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 29 Julai 2010

Aizdean - half lyric of mou ichido (one more time)

Dulu masa belajar, ada juga saya dengar lagu-lagu Jepun macam Utada Hikaru. Ada juga member-member yang beli album mereka. Saya dah tentu tumpag dengar sekaki plus download kat mp3. Tapi sejak dah tamat belajar ni, kepekaan nak dengar lagu-lagu mereka cam dah kurang. Tapi, sekarang ni termeningkatlah balik... ini kerana alkisahnya...

Sambil menunggu satey dan kuew tiaw malam sabtu lalu, kedai makan tersebut menayangkan rancangan Majalah 3. Mula-mula tentang penjara pudu yang dirobohkan (ntah apa yg tinggal kenangan kat Malaysia lepas ni tak tau lah). Pastu muncul pula cerita tentang seorang budak lelaki. Saya tanya kat hubby, sape pulak budak ni? Tak kenal pun. Ini kerana suasana kat kedai makan tu sedikit bingit, so tak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh pengacara.

Akhir sekali, baru kami tahu rupa-rupanya dia penyanyi yang berasal dari Malaysia berjaya menerbitkan album di negara matahari terbit. Hebat kurniaan Allah pada hambanya ini. Itu yang saya terfikir.

Nak try gak dengar lagu dia di kedai tersebut tapi alahai... sayup-sayup aje dengar suaranya. Dan oleh kerana saya bersemangat nak dengar lagi, tu yang carik kat youtube. Pencarian saya itu berhasil tetapi alahai... separuh aje video klip dia kat situ. Rupa-rupanya baru saya tahu yang kat sana mereka ada isu copyright.


Dari video klip ke interview dia di youtube saya tengok. He speak Japenese so fluently. Gaya pun dah macam orang sana je. So, setelah digodek-godek internet ni, dapatlah saya senikata lagunya yang separuh tu... mai le layan...

Mou Ichido (One More Time)

Sayonara wo iwanai mama ni
Kimi to nido to aenakunatta
Ano toki kimi to isshoni ireba
Nanikaga kawattakana

Totsuzen sugite wakaranakute
Namidasae mo detekonakattanda
Bokuniwa kimi shika inakattanoni
Kimiwa doudattandarou

aaa... namidaga
Imasara detekurunante

Mou ichido
Kimi ni aitaiyo... kurushikunaruyo
Kanaunonara... boku wa kimi dake wo
Mamorikattayo
Kimi sae ireba
Boku wa nanimo iranai
Just one more time

p/s: una, kau blh translate tak lirik ni...?

Isnin, 26 Julai 2010

Roti telur mata kerbau yang unik tapi sedap... dari hubby

Hubby saya memang bukan seorang yang pandai memasak (dia cuma pandai masak air n maggi je. jangan marah yangggg...).

Tetapi oleh kerana satu emel bergambar yang diperolehinya, dia dan rakan-rakan ofisnya bersemangat waja untuk mencuba. Dan ada beberapa orang telah berjaya. Jom saya kongsikan cara-cara membuat roti telur mata kerbau tanpa menggunakan kuali...

Bahan2nya:
  1. 1 buku english bread / roti benggali / apa-apa sahaja jenis roti tetapi mesti tebal. Roti gardenia dan sama waktu dengannya tidak disaran. (sebab tidak dpt menampung telur di tengahnya)
  2. Telur. Ikut kepada berapa orang nak makan.
  3. Mayonis atau mentega. Ikut suka.
  4. Lada sulah dan lada hitam.

Bahan-bahan penting ya...


Ambil empat keping roti yang tebal tadi. Dua darinya tebuk di bahagian tengah. Hubby saya tebuk menggunakan penutup botol mentega kacang.


Sapu dua keping roti yang tidak ditebuk tadi dengan mayonis atau mentega. Letakkan di atas tray oven. Kemudian lekatkan roti yang ditebuk tadi di atas roti yang disapu mentega.

Pecahkan telur dan taruk di tengah-tengah bulatan roti. Baki roti yang bulat letak sahaja di dalam tray yang sama untuk dibakar. Dan masukkan tray roti tersebut ke dalam oven dan bakar sekitar 5 minit dengan 140 darjah. Kalau lama sangat, telur akan jadi sangat masak dan roti akan hitam.

Selepas selamat dibakar, taburkan lada hitam dan lada sulah sebanyak mana yang diingini. Dannn...

Tadaaa! Inilah hasilnya. Roti telur mata kerbau yang sedap dan unik masakan hubby saya.

Makan panas-panas dan telur sedikit cair sangat sedap. Nak taruk kicap sikit or madu or sos pun boleh.

SELAMAT MENCUBAAA...

Selasa, 13 Julai 2010

Cuti2 Taiping part 1: Berpuluh2 motor kuasa tinggi depan restoran mee udang zetty

Sabtu lalu, saya dan all of keluarga suami balik ke Taiping. Pak su suami ajak kami semua datang ke rumahnya. Katanya ada kenduri sikit. Kami pun ingatkan kenduri untuk menyambut anak bongsunya. Punyalah awal kami bertolak, lepas solat subuh aje terus chaw.

On the way ke Taiping, punyalah banyak motor-motor berkuasa tinggi kat jalan. Kami pun saje2 je lah berseloroh mengatakan mereka tu semua kawan-kawan pak su. Ni mesti dia orang ada aktiviti kat utara. Tup-tup memang betul.

Bila kami lepas aje masuk tol Changkat Jering dan lampu isyarat ke kiri, kami terperasan dua orang budak lelaki standby kat lorong menghala ke area rumah pak su. Eh? Function apa pulak ni? Bila kami nak masuk aje ke lorong, kami pandang poster yang depa dok ikat kat tepi jalan tuh. Laaa... rupa-rupanya dah sah lah memang motor-motor besar yang kami berpapasan di highway tadi nak datang ke sini. Hehehehe...

Ni kain rentang kat area tempat parking. Yang kat depan lorong masuk ke rumah tak sempat nak snap pasal jauh pulak nak menapak ke sana. Hehehe...

Nasib masa kami datang, banyak lagi motor yang on the way, so adalah lagi tempat parking untuk kami. Saya yang pada masa yang sama ingin terpanggil untuk memenuhi 'tuntutan alam', masuklah ke rumah pak su. Tapi eh! Kat dalam pun ada acara gak. Acara mengendoi ahli keluarga baru pak su dan mak su. Anak bongsu mereka, Mohd Syaban Rohaizat sedang enak didendangkan dengan alunan ayat-ayat suci Allah, marhaban, sekali gus aktiviti mencukur jambul turut diadakan. Tapi, gambarnya tak dapat saya nak kongsikan sebab kamera, suami saya dah amik untuk ambil gambar aktiviti di luar rumah.

Selesai sahaja saya melangsaikan 'tuntutan alam', saya pun join ler suami kat luar rumah. Dan amik kau, makin bertambah motor-motor berkuasa tinggi kat tempat parking dan tepi-tepi jalan. Sebut aje, semua ada. Ducati, Kawasaki, Harley, Gold Wing, Honda, Suzuki dan macam-macam lagi. Apa lagi, saya, hubby, abang ipar and family plus orang-orang kampung pun melayan mata dan perasaanlah bila nengok motor-motor yang besar, cantik, superb, canggih, bulky dan apa-apa ajelah yang sama ertinya dengan pandangan mata.

Mai lah layan gambar-gambar yang sempat di snap oleh hubby dan saya.

Ni lah restoran mee udang pak su saya. Nur Zetty tu nama anak dia tau. Mee udang dia memang sedap especially udang-udang dia yang saiz XL tu. Mak ai, konyang giler kalau dapat.

Antara aksesori-aksesori untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi yang turut dijual di hadapan kedai mee udang pak su. Ada jaket, tali pinggang, kepala tali pinggang yang pelbagai rekabentuk, padding untuk lutut, siku dan yang sama waktu dengannya dan macam-macam lagilah yang saya tak tahu nak sebutnya. Hehehe... nak wat camne, saya bukannya reti bab-bab ni sangat.

Pancaragam yang didatangkan khas oleh pak su bagi meraikan anak-anak istimewa dan rakan-rakan bikersnya

Barisan anak-anak istimewa yang diraikan berjalan masuk menuju ke restoran mee udang Nur Zetty. Lupa pulak saya nak snap gambar Zetty bila dah ramai-ramai ni.

Tiga koleksi motosikal berkuasa tinggi pak su and sons.

Rasanya ni pun motor pak su coz bila kami singgah sebelum balik KL, nampak motor ni ada kat depan rumah. Motor paling latestnya kot... Nasib le pak su takde masa kami balik, kalau tak sure saya dah mintak permission nak bergambar gak atasnya. Hahahah... orang tua lepas gian aje kan...

Ahli keluarga dan orang-orang kampung yang turut sama memeriahkan majlis.

Cikgu-cikgu yang turut hadir ke majlis ini. Tanpa mereka, sure murid-murid yang pekak atau bisu tidak memahami apa yang diperkatakan semasa ucapan pak su dan mereka-mereka yang berkenaan

Anak-anak istimewa tunggu masa untuk meng'ngap' makanan. hehehe...

Ada 52 orang semuanya anak-anak istimewa dan cikgu-cikgu yang dijemput.

Motor idaman suami saya. Yang saya tak tau apa brandnya. Nak kata Ducati atau Kawasaki ada 4 tayar. Yang paling menarik tu siap ada gear reverse. Huh! Memang syok. Tak pernah saya tau sebelum ni motor ada gear reverse

Motor idaman hubby dari posisi hadapan pulak. Punyalah admire, nasib baik dia tak cari budak yang bawak motor ni untuk mintak permission drive super duper bike nih. 4 rodalah katakan...

Ni lah Pak su hubby @ tokeh restoran mee udang masa buat speech untuk anak-anak istimewa. Speech dia tu telah di translatekan ke bahasa isyarat oleh seorang guru di situ

Saya dan hubby mestilah nak menyelit gak. Kali ni berlatar belakangkan puluhan motor-motor besar yang bunyinya tidak menyakitkan telinga seperti motor mat rempit.

Tengah kami dok tunggu tetamu pak su, tetiba aje hubby terjumpa housemate lama dia kat Ipoh. Apa lagi, mulalah aktiviti bergambar dan bercerita perihal kerja

My sister in law pun nak terpaut dengan motor tuh. Anak-anaknya pun nak join gak bila amik gambar

Pancaragam sedang mendendangkan pelbagai jenis lagu untuk halwa telinga semua kecuali untuk beberapa anak-anak istimewa yang tidak dapat mendengar. Ada sorang mat saleh yang terselit antara bikers tu siap request lagu ireland lagi. nostalgik kot

Hubby and part of his family

Deretan motosikal berkuasa tinggi yang menunggu masa untuk bergerak. Mereka semua membawa anak-anak istimewa seorang satu untuk dibawa merasai menunggang motosikal ini. Mereka membawa anak-anak ini melawat Zoo Taiping dan Muzium


Ini deretan motor yang paling belakang.

All blacks. Itu yang saya boleh berikan pada brader yang bawak motor besar di tengah tuh. Dari motor sampai ke aksesori, semuanya hitam

Semua kepala terteleng memerhatikan para bikers ingin memulakan perjalanan

Anak-anak istimewa membonceng motosikal besar ni. Harap-harap dia tak jatuh di perjalanan ke zoo dan muzium

Khamis, 8 Julai 2010

Permata hati baru keluarga Molis

Alhamdulillah, saya dan suami baru sahaja mendapat seorang lagi anak saudara perempuan baru hari Selasa lepas. She's big, healthy n cute. So, hari ni saya nak kongsikan several picture of her kat sini.

Si kecil Ain Adira Qisha selepas menangis.

Si Afiq yang benjol kepalanya dok pandang-pandang adik dia. Nasib dia tak jeles. Kalau tak abis...

Hope you have a wonderful life little princess...

Selasa, 6 Julai 2010

Kisah Nabi Zakaria: Rezeki Luar Biasa



Nabi Zakaria a.s. sangat menginginkan seorang anak seperti mana keinginan semula jadi manusia untuk memiliki zuriat, sekali gus menggantikan baginda memimpin Bani Isreal.

Baginda bimbang sekiranya ia wafat tanpa pengganti, kaumnya akan kembali melakukan kemungkaran, bahkan yang lebih teruk lagi mereka akan mengubah syariat yang termaktub dalam kitab Taurat.

Justeru, Nabi Zakaria sering berdoa memohon kepada Allah s.w.t. agar diperkenankan permintaan baginda.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 89 yang bermaksud: "Dan (ingatlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."

Dalam ayat seterusnya, Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia memakbulkan doa yang dipanjatkan oleh Nabi Zakaria a.s. Sedangkan ketika itu umur baginda sudah pun tua dan isterinya pula seorang yang mandul.

Sebenarnya khabar baik itu adalah suatu perkara yang luar biasa. Allah s.w.t. berfirman seterusnya dalam ayat 90, maksudnya: Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anak) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak) baginya (iaitu dengan mendatangkan haid).

Kurniaan Allah ini hakikatnya adalah ihsan buat Nabi Zakaria yang tidak pernah jemu berdoa. Syarat untuk memperolehi ihsan dan rahmat Allah s.w.t. adalah sebagaimana yang dijelaskan pada sambungan ayat tersebut: "Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan harapan serta takut dan gerun (akan azab-Nya), mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami."


Malaikat Menyampaikan Berita Gembira

Suatu ketika sedang baginda berdiri melakukan ibadah di mihrab, ia diseru oleh malaikat (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar gembira kepadamu, dengan (mengurniakan seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang ia beriman dan membenarkan khalimah (yang datang) daripada Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri daripada (runtunan nafsu) dan akan menjadi seorang Nabi dalam kalangan orang yang soleh." (Surah Ali Imran: 39).

Begitu juga Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 7 yang bermaksud: "(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakan dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikannya sebelum itu, seseorang yang mempunyai nama sepertinya."

Nabi Zakaria menjadi hairan dengan berita tersebut kerana dirinya yang sudah lanjut usia dan isterinya yang dikatakan mandul.

Allah merakamkan kehairanan Nabi Zakaria itu pada ayat 8 yang bermaksud: "Nabi Zakaria bertanya: 'Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedangkan isteriku ialah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"

Kemudian malaikat Jibrail a.s. menyampaikan jawapan Allah bagi mengungkai kemusykilan Nabi Zakaria a.s. sebagaimana firman Allah dalam ayat 9, maksudnya: "Dia berkata: 'Demikian keadaannya, jangan dihairankan, Tuhanmu berfirman: 'Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedangkan engkau pada masa itu belum ada sebarang apa pun."

*Artikel ini dipetik dari Majalah Solusi Isu 21, m/s 90-91.

p/s: Saya baru aje dapat anak saudara baru. Anak adik lelaki saya. Insya-Allah, nanti saya taruk gambar dia dlm ni esok atau lusa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...