Nabi Zakaria a.s. sangat menginginkan seorang anak seperti mana keinginan semula jadi manusia untuk memiliki zuriat, sekali gus menggantikan baginda memimpin Bani Isreal.
Baginda bimbang sekiranya ia wafat tanpa pengganti, kaumnya akan kembali melakukan kemungkaran, bahkan yang lebih teruk lagi mereka akan mengubah syariat yang termaktub dalam kitab Taurat.
Justeru, Nabi Zakaria sering berdoa memohon kepada Allah s.w.t. agar diperkenankan permintaan baginda.
Allah berfirman dalam surah al-Anbiya' ayat 89 yang bermaksud: "Dan (ingatlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jangan Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."
Dalam ayat seterusnya, Allah s.w.t. mengkhabarkan bahawa Dia memakbulkan doa yang dipanjatkan oleh Nabi Zakaria a.s. Sedangkan ketika itu umur baginda sudah pun tua dan isterinya pula seorang yang mandul.
Sebenarnya khabar baik itu adalah suatu perkara yang luar biasa. Allah s.w.t. berfirman seterusnya dalam ayat 90, maksudnya: Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anak) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak) baginya (iaitu dengan mendatangkan haid).
Kurniaan Allah ini hakikatnya adalah ihsan buat Nabi Zakaria yang tidak pernah jemu berdoa. Syarat untuk memperolehi ihsan dan rahmat Allah s.w.t. adalah sebagaimana yang dijelaskan pada sambungan ayat tersebut: "Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan harapan serta takut dan gerun (akan azab-Nya), mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami."
Malaikat Menyampaikan Berita Gembira
Suatu ketika sedang baginda berdiri melakukan ibadah di mihrab, ia diseru oleh malaikat (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar gembira kepadamu, dengan (mengurniakan seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang ia beriman dan membenarkan khalimah (yang datang) daripada Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri daripada (runtunan nafsu) dan akan menjadi seorang Nabi dalam kalangan orang yang soleh." (Surah Ali Imran: 39).
Begitu juga Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 7 yang bermaksud: "(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): 'Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakan dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikannya sebelum itu, seseorang yang mempunyai nama sepertinya."
Nabi Zakaria menjadi hairan dengan berita tersebut kerana dirinya yang sudah lanjut usia dan isterinya yang dikatakan mandul.
Allah merakamkan kehairanan Nabi Zakaria itu pada ayat 8 yang bermaksud: "Nabi Zakaria bertanya: 'Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedangkan isteriku ialah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"
Kemudian malaikat Jibrail a.s. menyampaikan jawapan Allah bagi mengungkai kemusykilan Nabi Zakaria a.s. sebagaimana firman Allah dalam ayat 9, maksudnya: "Dia berkata: 'Demikian keadaannya, jangan dihairankan, Tuhanmu berfirman: 'Hal itu mudah bagi-Ku kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedangkan engkau pada masa itu belum ada sebarang apa pun."
*Artikel ini dipetik dari Majalah Solusi Isu 21, m/s 90-91.
p/s: Saya baru aje dapat anak saudara baru. Anak adik lelaki saya. Insya-Allah, nanti saya taruk gambar dia dlm ni esok atau lusa.
sy amik ny utk buat assignment ye..:)
BalasPadammintak izin nak simpan dlm blog saya utk rujukan saya ya... :)
BalasPadamno problem... :)
BalasPadam