Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 30 Julai 2009

A lot of activities yesterday

Penat gila kaki saya malam tadi. Rasanyer kalau ada skru maunyer dah tercabut. Satu hari saya meronda-ronda KL. Hehehe...

Hari ni saya turun KL coz nak meraikan rakan saya yang nak berhenti kerja hujung bulan ni (ada kisah sadis di tempat kerja dia dan saya dulu). Awal-awal pagi saya dah ikut suami saya pergi kerja. Sampai KL dlm jam 8.15. Kami berdua breakfast kat tingkat 3 Maju Junction. Jam 9 aje saya ke kedai mamak utk beli prepaid manakala suami pula pergi ke ofisnyerlah.
Lepas dah beli apa yang dicari saya pun merayau-rayaulah kat area jalan TAR. Banyak kedai yang belum dibuka lagi time2 pukul 9.15. Seronok gak jalan bila masa kereta dan orang tak ramai lagi ni.

Bila sampai aje depan kedai buku Mukmin apa lagi, laju aje kaki saya masuk. Saya carilah buku yang saya nak beli. Alhamdulillah ada. Bila sampai area novel dewasa, mata saya melilau mencari novel trologi 'Bagaikan Puteri' oleh Ramlee Awang Murshid yang dipesan oleh suami saya (dia tengah syok baca buku cerita tu & sanggup beli utk buat koleksi walaupun dah baca adik ipar saya punya). Mata saya dah nampak Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu tapi Hijab Sang Pencinta takdelah pulak. Saya tanyer tokeh kaunter tu, dia kata itu aje yang tinggal. Bila saya tanyer buku Norhayati Berahim yang baru (Aku Bukan Billy Milligan) dan senyum aje dia dengar soalan saya. Musykil gak saya. Dia kata yang paling baru tu Setiap Jumaat mana ada Billy Milligan. Loh, dia tak tau rupanyer. So, saya explain le kat dia yang buku tu paling latest & mungkin tak sampai lagi kat kedai dia. Tersengih-sengih aje dia lepas tu.

Dah bayar aje 3 buah buku yang saya ambil tu, saya pun mencuci mata memandang kedai-kedai yang ada. Ingat nak pergi Minerva tapi, depa baru bukak. Malaslah nak kacau orang tengah mengemas kedai. Jalan punya jalan, akhirnya saya sampai ke Kedai Buku Mukmin yang lagi satu (sebelah kedai Princess & berhadapan dengan A&W). Masuk aje dalam kedai tu laju aje saya cari Hijab Sang Pencinta. Alhamdullillah, ada pun. Lepas tu saya mata saya pantas mencari buku Hatiku di Harajuku. Yes, ada gak. Cepat aje saya minta budak yang tengah mengemas tu ambilkan (buku tu kat rak tinggi jadi saya ni tak cukup panjang nak capainya hehehe...). Dah dapat apa saya mau, saya terus ke kaunter dan bayar. Seronok rasa hati bila dah dapat except Billy Milligan (janji ada juga yang dibeli).

Keluar aje dari kedai buku, saya berjalan kaki terus ke Shopping Complex CapSquare (dekat dgn HQ Alliance Bank). Nasib baik dekat. Sampai di sana saya naik ke tinggi kat atas sekali. Punyerlah bersemangat saya nak membeli tiket, alih-alih tgv tak bukak lagi. Saya pun turun jap ke tingkat bawah tgv coz kedai buku Times ada jual buku-buku lama dengan diskaun 30%-90%.

Telek punyer telek, buku Bahasa Malaysia adalah dalam lima enam biji aje. Yang lain semuanya buku inggeris dan cina. Apa dah jadi. Mana perginya buku-buku bahasa Malaysia? Kenapa mereka tak jual sekali buku-buku tersebut? Majalah Bahasa Malaysia seperti Solusi, Remaja, Wanita, Perempuan, Keluarga dan pelbagai lagi majalah BM memang takde. Musykil betul saya. Pelbagai persoalan bermain di minda. Kebanyakannnya adalah negatif. Walaupun ada buku-buku yang dijual menarik minat saya (koleksi Septimus Heap) namun atas tanda protes, saya tidak membeli satu buku pun di tingkat bawah. Bagi saya, pemilik kedai buku di Malaysia patut mempelbagaikan jenis bahan bacaan agar semua lapisan masyarakat dan umur mendapat manfaat daripadanya. Dengan pantas, saya naik ke tingkat atas & terus booking tiket pukul 3.30. Cerita Harry Potter.

Bila dah booking, saya keluar dari CapSquare dan terus ke Sogo sementara menunggu jam 1. Saya terus pergi ke tingkat kafeteria. Beli air bandung segelas dan terus lepak dekat air terjun buatan di situ. Sejuk mata saya memandang. Lega seketika rasa kaki yang penat melangkah.

Bila jam 12.30 aje, saya keluar kembali dan menuju ke Maju Junction. Sementara menunggu rakan saya itu keluar ofis, saya jumpa sebentar suami saya dan berikan dia buku2 yang dipesan. Tengah menunggu-nunggu rakan saya tu, sempat jugak saya snape sekeping gambar di food court maju junction. Boring menunggulah katakan.

Akhirnya, jam 1.15, rakan saya tu pun muncul jugak dengan member-member baru dia. Well, banyak jugalah yang kami borak-borak, kutuk mengutuk, membebel-bebel dan sebagainya. Apa-apa pun saya tumpang happy bila rakan saya itu happy nak berhenti. Ialah hanya Allah yang tahu betapa peritnya kami berkerja di company tersebut. Daripada kebajikan staf tak dijaga sampailah cuti dan gaji pun dia berkira-kira. Moga-moga Allah mengubah perangai tuan punya company tersebut. Well, picture kat bawah ni me n my friends lah. Semoga kau berjaya hendaknya cik gyee.
Dah berborak sampai jam 2 ptg, kami semua pun terpaksalah berpisah. Insya-Allah kita akan berjumpa kembali geng... Lepas aktiviti berjumpa, berborak dan makan tu, saya pun terus menuju semula ke CapSquare. Apa lagi aktiviti menonton wayang pun bermulalah. Bila dah abis tengok cerita Harry Potter tu, daripada 5 bintang, saya bagi 4 bintang. Jalan cerita banyak juga diubah daripada buku cerita sebenarnya.

Jam 6.20 saya sampai di tempat letak kereta di area Tahan Insurance. Suami saya dah tunggu di sana. Rupanya happy sahaja coz nak balik rumah dan buku ceritanya ada. Lagipun buku cerita yang diambilnya daripada saya tengah hari tadi menarik perhatian rakan-rakan ofisnya untuk membaca juga. Promote ayang jangan tak promote. Hehehe...



Ini antara buku-buku dan CD yang saya borong di kedai buku. Dua dah baca tiga lagi belum dan satu lagi belum dengar.

Ahad, 26 Julai 2009

Puding Prun

Hari ni saya buat puding prune untuk keluarga. Mari saya kongsikan cara buatnya. (Sebenarnya simple dan sedap, tu yang saya suka).

Bahan-bahannnya:
1. 38gm agar-agar
2. 1.5 liter air
3. 1 tin susu cair
4. 225gm gula
5. 1 kotak prun (terpulang sama ada nak taruk banyak atau sikit)
6. 4 biji telur

Cara memasaknya:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut. Biarkan seketika.
2. Dalam bekas berasingan, campurkan telur, gula, susu dan buah prun. Kacau hingga sebati.
3. Setelah agar-agar larut, campurkan adunan tadi dan biarkan masak hingga adunan menjadi berketul-ketul.


4. Biarkan sejuk dan tuang ke dalam acuan. Lepas itu apa lagi, ngap ngap dan ngaplah. Budak-budak dan orang tua pasti suka.

Makan-makan di Jombali

Semalam, hari Sabtu, saya, suami dan keluarga pergi makan-makan di restoran Jombali di Carrefour, Wangsa Maju. Ni semua gara-gara rancangan Jalan-jalan Cari Makan. Suami dan kakak ipar saya teruja betul bila tengok makanan yang di makan oleh Maria Tunku Sabri. So, setelah berbincang, kami semua ke sana.

Bila ambil order sahaja, suami saya terus order sama seperti apa yang Maria Tunku Sabri makan. Vanilla with dragon fruit, eye in face dan crispy chicken chop with black paper source. Saya pula order vanilla with kiwi mango dan Ipoh chicken and prawn ho fun soup. Bila sampai sahaja apa yang di'order', suami saya tersenyum lebar tanda puas hati.

Nampak menarik airnya kan...

Jangan katakan suami, saya pun puas hati bila dapat menu saya. Saje je nak try kuew teau sup sebab paginya saya dah makan nasi lemak.

Cuba try. Dijamin sedap. Insya-Allah...

Tengoklah anak sedara saya, Nurin tu. Bila nampak aje air saya dan suami, terus dia terlupa tentang air coklat dia. Siap berebut lagi dengan adik dia baru berumur setahun.


Kakak-kakak ipar saya yang makan nasi goreng belacan dan braised chicken cutlet rice juga menyatakan nasi mereka sedap. Mereka sudah berkira-kira untuk datang lagi lain kali.

Secara keseluruhannya, harganya berpatutan, makanannya disiapkan dengan cepat dan rasanya Alhamdullillah. Outletnya ada di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Danga Bay. Siapa-siapa yang nak try, boleh servey2 website mereka dulu. http://www.jombali.com.my/. Selamat mencuba.

Rabu, 22 Julai 2009

Tawakal kepada ALLAH

Semalam, saya mula membaca novel Cinta Sang Ratu oleh Ramlee Awang Murshid. Satu petikan membuatkan saya berasa kuat dan yakin bahawasanya hanya ALLAH sahaja tempat kita mengadu dan meminta pertolongan. Tiada makhluk yang dapat membantu kita kecuali ALLAH s.w.t.

Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat, tidak memberi atau mengambil sesuatu dan tidak menggantung harapan kepada makhluk.

ALLAH membicarakan soal tawakal dalam al-Quran; surah Ali Imran ayat 160, firman-NYA, “Apabila ALLAH menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu; apabila ALLAH membiarkan kamu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu? Selain daripada ALLAH sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada ALLAH saja orang mukmin bertawakal.”

Jumaat, 17 Julai 2009

Bagaikan Puteri Ramlee Awang Murshid


Sudah 3 hari saya habis membaca novel Bagaikan Puteri oleh Ramlee Awang Murshid (RAM). Namun, sehingga ke hari ini kisah tersebut membuatkan saya rasa seronok bila teringatkannya.


Garapan RAM sungguh unik. Watak Laksamana Sunan yang menyebarkan Islam secara tidak langsung memikat hati saya terutama sekali ketika bertarung dengan Laksamana Hang Tuah. Bait-bait ayat yang digunakan walaupun simple tapi benar-benar berkesan. Nampaknya selepas ini RAM akan menjadi novelis yang saya minati seperti Lamia Aimal, Norhayati Berahim dan Mimie Afinie.


Moga RAM dapat menghasilkan novel yang bermutu, berilmu dan menyeronokkan.

Tak sangka dapat award plak


First time ni saya dapat benda2 macam ni. Nampak sangat yang saya tak berapa aware tentang award2 ni. Hehehehe... Anyway, thanks a lot rehal for the award. Insya-Allah, setiap apa yang Allah beri kepada kita ada sebab dan asbabnya. Baik atau buruk itu semua qada dan qadar Allah.

Isnin, 13 Julai 2009

Tawaran

Semalam, sedang saya enak membakar muffin coklat saya, tiba-tiba abah saya call. Bila diangkat sahaja, dia menyatakan yang atuk sedara saya hendak bercakap. Musykil betul saya.

Selepas memberi salam, dia bertanya saya betulkah saya boleh buat website? Saya pun kata bolehlah sikit-sikit. Tapi tidaklah bagus sangat. Dia kemudiannya bertanya sama ada saya boleh tak membuat website untuk persatuan rumpun keluarga kami? Saya pun kata boleh, Insya-Allah. Maka, dia pun meminta saya untuk membuat satu website atau blog yang membolehkan ahli keluarga yang lain mengaksesnya. Katanya idea itu sudah lama ada tapi terperuk sahaja. Bila dengar sahaja kata-katanya itu terus saya teringat blog abah saya yang saya sedang usahakan. Ni mesti abah yang beritahu atuk dan atuk terus minta tolong saya. Hehehe... akhirnya abah mempercayai saya walaupun sedikit dalam bab-bab IT ni.

So, after this saya kenalah rajin-rajin belajar tentang website dan blog dengan lebih terperinci lagi. Bukan senang woo nak gain trust from our parents eventhough anak dia tu dah besar. Betul tak?

Khamis, 9 Julai 2009

Pandangan

Orang boleh beri pandangan mahupun pendapat tentang apa sahaja. Tiada siapa boleh melarang mereka memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan orang lain. Tidak kira sama ada baik atau buruk.

Bila mana pendapat yang berada di minda itu diutarakan melalui kata-kata dan pengucapan, ianya pasti akan mengundang perasaan lain pada penerimanya. Penerima boleh mentafsirkannya sama ada positif atau sebaliknya. Jika positif, baguslah tapi jika sebaliknya, bagaimana penerima hendak menerangkan isi hatinya yang terguris. Maka, apabila ini semua berlaku hubungan yang sebelum ini baik atau rapat pasti akan mulai renggang sedikit demi sedikit. Perkara seperti inilah yang amat disukai oleh syaitan.

Jadi, sebelum semua ini terjadi adalah lebih baik sekiranya kita berfikir dahulu sebelum meluahkan pandangan mahupun pendapat kita. Oleh itu, usaha memperbaiki diri bukan suatu suratan atau ketentuan tetapi adalah satu perjalanan. Perjalanan yang harus dilalui dengan kesabaran, kekuatan dan keyakinan.

Selasa, 7 Julai 2009

Makan-makan di Sepang sempena anniversary mak dan abah

Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan suami lagi. Kali ni saya dan semua family sebelah suami pergi makan-makan. Kami semua menjamu selera di Sepang sempena anniversary mak dan abah yang ke 39 tahun. Restoran yang kami pergi ni memang sedap dengan kuew tiau gorengnya, bihun sup dan juga nasi goreng kampungnya. Memang tak toleh kiri kanan kalau makan. Kalau tak percaya boleh pergi sana. Dengan dengan kolej KTT.



Pasangan bahagia Haji Nazar dan Hajah Jaliah yang disayangi oleh anak, menantu, cucu dan ahli keluarga yang lain.


Aktiviti minum-minum sahaja sebelum menunggu makanan sampai kecuali buat suami yang dah dapat bihun supnya.

Sambil makan sambil borak-borak. Fatin, Nurin dan Hanzalah punyer khusyuk mengadap makanan dan air carrot sampai tak pandang kiri kanan.

Budak-budak ni pun nak bergambar gak. Semua kontrol ayu dan macho. Hehehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...