Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Resipi rendang daging yang sedap
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Seumur hidup saya, tak pernah le masak rendang daging sorang-sorang. Selalunya akan jadi sous chef untuk Hajah Inon & Hajah Jaliah. Dan kali ni, saya cuba masak sendiri guna resipi dari @aziekitchen . Alhamdulillah jadi & sedap. Rudy siap ratah-ratah lagi dagingnya.
Ini bahannya untuk 700g daging dibuat rendang.
Bahan:
700gm daging dihiris lawan urat
1 kotak kecil santan (kara)
1.5 liter air
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit dihiris halus
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
Biskut lembut cip coklat yang sedap
Assalammulaikum & Salam Sejahtera.
Bila mood sedih & tak mahu layankan sangat, kita sibukkan diri dengan masak di dapur. Tapi bila di dapur pun, still teringatkan the bulus yang dah takde. Mana tidaknya, terpandang aje area barang & microwave Rudy terus cakap, "Time-time gini, depa selalu tidur kat situ. Arini kosong aje..." 😔
Ok. Ini bahan biskut lembut tu. Rudy kata sedap. Ayah mertua pun berulang makan.Customer saya yang dok melbourne pun suaminya kata sedap. Bila depa kata sedap, makanya insyaAllah sedaplah resipinya.
Bahan:
2 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking powder
250gm mentega suhu bilik
1 3/4 cawan gula perang
2 biji telur suhu bilik
Bahan:
2 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking powder
250gm mentega suhu bilik
1 3/4 cawan gula perang
2 biji telur suhu bilik
Penne masala berdaging, menu pasta yang mudah yang enak dimakan pagi atau petang.
Assalammulaikum & Salam Sejahtera. Thanks to Sheila Rusly untuk resipi penne masala berdaging yang dikongsi di medsosnya. Dek kerana mostly bahan-bahan dia ada stoknya, makanya kita ngetest. Ada 1-2 bahan yang saya tambah skit 😁. Ikut sedap tekak sayalah.
Bahan:
1 pek pasta penne direbus
1 biji bawang didadu
4 ulas bawang putih didadu
3 tangkai daun kari
2 inci halia didadu
1 sudu besar garam masala
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil kas kas
2 kiub pati ikan bilis
1 cawan daging cincang
2 biji tomato potong 8
1 batang tangkai saderi dihiris serong
Maggi goreng sambal ijo
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Esok lusa, tulat boleh le cuba masak. Sedap. Nak lagi best, letak dengan perahan limau nipis & sambal. Pergh!!
Bahan:
3 pek maggi ayam
1 cawan isi kerang
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi hijau
3 batang cili hijau besar
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 batang saderi dihiris serong
1 biji tomato dipotong 6
2 biji telur
Sedikit minyak untuk menumis
1. Rebus maggi 2 minit sahaja. Angkat & toskan. Ketepi. Kisar/tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi hijau & cili hijau besar.
2. Panaskan kuali & minyak. Tumis bahan kisar tadi. Masak hingga naik bau & sedikit garing. Kemudian, masukkan perencah maggi. Kacau.
3. Masukkan perahan jus limau. Kacau seketika & masukkan pula kerang. Masak sebentar. Masukkan batang saderi. Kacau & ketepikan sikit. Masukkan pula telur. Masak sambil pecah-pecahkan telur agar tidak berketul.
4. Masukkan maggi. Gaul mesra & akhir sekali masukkan tomato. Kacau seketika & siap.
Sambal sotong simple
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Sambal ni anda boleh aje terus guna cili kisar yang dalam pek tu tapi still boleh nampak pekat sambalnya. Jimat sikit masa.
Bahan:500gm sotong
3/4 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat & leraikan
1/4 cawan jus asam jawa
1 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Bahan tumbuk / kisar:
1 biji bawang besar potong
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
Penyediaan:
1. Sotong diasingkan kepala, buang kotoran & cuci bersih. Badan sotong dikelar-kelas tapi tidak putus. Cuci & tos. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/kisar hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau & masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil & kacau sentiasa.
3. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa & gula (selalunya jika sambal sotong, gula kena lebih sikit). Kacau & masukkan sotong, gaul rata & masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang lembut & sotong bertukar warna. Rasa & jika ok matikan api. Siap untuk dihidang.
Agar-agar gula melaka bersusu dengan Cream-O
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi baru saya try selepas buat buat agar-agar milo berlapis dahulu. Cuma kali ni, saya buat agar-agar gula melaka bersusu dengan cream-o pula. Base bawahnya saya guna gula melaka. Aromanya bila makan, lain skit.
Ini resipinya untuk dicuba.
Bahan:
1 pek agar-agar 30g
1 tongkol besar gula melaka (sagat gula melaka)
1500ml air
1 cawan gula putih
170 ml susu cair
1 sudu besar gula batu
1 pek biskut cream-o
Penyediaan:
1. Dalam periuk besar, masak agar-agar, gula batu & air sehingga agar-agar mencair. Ceduk 8 senduk adunan ke dalam periuk kecil & masak dengan api paling kecil (kacau sekali sekala).
2. Dalam periuk besar tadi, masukkan gula & gula melaka. Kacau sehingga hancur. Tutup api & tuang agar-agar ke dalam acuan. Biarkan sejuk sebentar.
3. Dalam periuk satu lagi tadi, tuang susu cair ke dalamnya & kacau sehingga mendidih. Tutup api & kacau sekali sekala untuk redakan kepanasannya.
4. Setelah agar-agar gula melaka tadi sedikit keras, cakar halus dengan garfu di bahagian atasnya. Ia bagi membantu agar-agar putih melekat pada bahagian coklat & tidak mudah tertanggal. Selepas itu, tuangkan agar-agar susu ke atas agar-agar gula melaka perlahan-lahan.
5. Letakkan kepingan biskut cream-o yang dipatah dua ke atas agar-agar susu. Biarkan agar-agar gula melaka bersusu kita ni sejuk & mengeras sedikit barulah diletakkan di dalam peti sejuk. Simpan agar-agar selama 2 jam sebelum dihidang.
Jagung panggang pedas berempah yang menyihatkan
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Lamanya tak update blog. Busy sikit dengan kehidupan sepanjang PKPB ni. Buatlah kerja apa yang patut untuk menceriakan diri, meneruskan hidup & belajar ilmu :)
Kali ni saya kongsikan resipi jagung panggang pedas berempah. Kudapan mudah & menyihatkan.Selalu kita makan jagung bakar atau panggang salut dengan mentega aje. Kali ni, kita try pedas pula. Resipi dari @melissadarabian dari Food Network.
Bahan:
3 tongkol jagung
2 sudu besar mentega suhu bilik
1/2 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil chili flakes
Secubit garam
1/4 sudu lada hitam
Kertas aluminium
Penyediaan:
1. Panaskan kuali panggang dengan api sederhana.
2. Gaulkan semua bahan dengan mentega. Sapu bahan tadi pada jagung. Salut keseluruhannya. Kemudian, balut dengan kertas aluminium.
3. Panggang jagung atas kuali. Putarkan sekali sekala dalam 20-25 minit. Tutup api & buka plastik aluminium perlahan. Siap untuk dihidang.
Langgan:
Catatan (Atom)