Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kari Udang Kapitan yang buatkan rumah bau wangi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tak pernah makan kari ni sebelum ni. Cuma last minute terfikir, nak masak karilah udang ni. Selalu buat sambal, goreng tepung atau tempoyak aje.

Dan bila dah cuba, sangat sedap karinya & bau rumah sangat wangi dengan bahan yang dikisar ketika menumis.

Thanks @matgebu untuk resipinya. Adalah sikit saya ubah resipinya ikut apa yang ada di dapur.

Bahan:
500 g udang besar, dibersihkan
3 tangkai daun kari
200 ml santan segar
1 biji bawang besar, didadu
1 sudu besar gula
2 1/2 sudu besar jus limau kasturi
1 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji tomato dipotong 6

Bahan Kisar Halus :
5 tangkai cili kering digunting & rendam dalam air panas & toskan
8 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
2 batang serai, hiris halus
1 inci belacan

Penyediaan:
1. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bahan kisar halus & daun kari kemudian tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan udang, gaul rata & tuang air. Kacau & biar mendidih.
2. Masukkan santan, gula & garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan jus limau kasaturi. Kacau & rasa, jika ok boleh matikan api. Masukkan potongan tomato.

Home-Made Roti Bakar Telur Leleh & Sambal Bilis yang Marvelous


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Home-made Roti Bakar Telur Leleh & jika suka, boleh letak sambal bilis di atasnya
The simplest, the best. Hanya perlukan roti tebal, telur 2 biji, kicap, oregano & lada sulah.

Bakar roti atas kuali leper tanpa minyak. Rebus telur dalam periuk selama 6 minit / masukkan air panas menggelegak dalam kole besi & masukkan telur. Tutup & biarkan selama 10-12 minit.

Sesuai dimakan ketika sarapan, minum petang atau makan malam.


Mi Goreng Pattaya yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya guna mi kering untuk masak menu ni. So, ia kelihatan macam makan mi segera.
Anyway, resipinya. Simple.

Bahan:
4 keping mi kering direbus seketika & ditapis
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air (untuk masakkan cili giling tu sebentar)
5 biji fishball dipotong dua (letak aje apa yg ada dlm fridge)
1/2 cawan isi ayam
3 sudu kicap biasa
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 biji tomato potong dadu
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3-5 tangkai sawi pendek. Dipotong
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
2 biji telur untuk membalut mi

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & tomato, kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, sos tiram & sos cili. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.
5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Bila dah lihat telur macam dah berketul sedikit (separuh masak), masukkan mi & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga semua bahan masakan sebati. Jika warna tak berapa umph, tambahkan sedikit kicap. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit kicap cair & sos tiram. Kacau & angkat.
6. Untuk balutan telur, pecahkan telur dalam mangkuk. Panaskan kuali & masukkan sedikit minyak. Goyang kuali agar minyak merebak sekitar 1/3 saiz kuali. Masukkan telur & ratakan. Masakan seketika & bila nampak sedikit garing tepinya, masukkan mi goreng dalam 4-5 sudu. Perlahan-lahan, balut mi tersebut. Ambil sekeping pinggan & telangkup atas balutan. Dengan pantas, terbalikkan balutan mi. Taburkan dengan daun bawang & cili potong. Siap.


Resipi Blueberry Cobbler @ Beri Biru Pembuat Kasut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi Blueberry Cobbler.
Bila baca novel, selalu keluar menu cobbler ni. Ada yang buat peach cobbler, blueberry cobbler, strawberry cobbler & macam2 lagi. Dan bila nampak satu kedai buah ni jual blueberry pada harga yang murah berbanding biasa, kami beli.

Dan Alhamdulillah, rezeki dapat masak & rasa apakebendanya cobbler ni. Ia manisan yang sedap & enak dimakan sekali sekala. Ini resipinya.

Bahan:
2 cawan buah beri biru dibasuh bersih
1 sudu besar jus lemon
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil buah keras
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu
3 sudu besar mentega suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung (untuk topping)
1 cawan gula perang (untuk topping)
3/4 cawan air panas

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175°. Masukkan buah beri biru ke dalam bekas 22 x 15cm & ratakan. Taburkan jus lemon di atas buah beri (ala kadar aje). Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, gula perang, susu, mentega, garam, buah keras & esen vanila. Pukul bahan sehingga menjadi adunan yang gebu. Lapiskan adunan ini di atas buah beri. Ratakan.


3. Untuk topping, campurkan gula perang & tepung jagung. Gaul mesra. Taburkan campuran ini di atas adunan tepung. Tuang air panas perlahan-lahan atas adunan. Kemudian, buat beberapa lubang (4-5 lubang) di atas adunan cobbler tadi. Biar air sedikit masuk ke bahagian bawah.


4. Masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang 50-60 minit sehingga bahagian atas berkerak keemasan & kelihatan belon buah beri menggelembung ke atas. Setelah masak, keluarkan perlahan-lahan & biarkan ia sejuk dalam 30 minit sebelum makan (kang tak pasal-pasal melecur mulut). Enak dimakan blueberry cobbler ni dengan aiskrim atau begitu sahaja.

Daging Masak Kicap, kegemaran pemakan daging


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi daging masak kicap yang sedap & feveret semua peringkat umur. Yang penting, untuk dapatkan daging yang lembut & senang mengunyahnya, hiris daging ikut saiz yang anda mahu & rebus daging lebih kurang 20- 25 minit.
Ini resipinya.

Bahan:
1kg daging hiris nipis, dicuci & direbus 20 minit untuk lembutkannya.
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
3 tangkai cili merah dipotong tengah
5 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Gaul daging dengan serbuk lada hitam, kicap pekat, kicap manis & minyak bijan hingga rata dan perap dalam 1/2 jam. Simpan dalam fridge.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bawang putih & halia hingga harum. Masukkan daging yang diperap tadi bersama bahan perapan. Gaul rata. Masukkan pula air. Kacau & biarkan ia masak dalam 15 minit guna api sederhana.
3. Kemudian, setelah daging agak empuk, masukan hirisan bawang & cili merah. Gaul rata & masak sebentar. Jika rasanya ok boleh matikan api. Pindahkan dalam mangkuk. Siap daging masak kicap untuk dinikmati. 

Roti Titab, Terbaiklah...


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu simple bila nak sarapan, minum petang atau kudapan makan malam. Dah lama tak makan & tiba-tiba teringat di rumah ada kaya & mentega, so, saya belilah roti pound yang dah siap potong. Besar & teballah isinya.

Untuk menu ni, kita hanya perlu sediakan roti, telur, planta, sri kaya & lada sulah. Easy.

Penyediaan:
1. Masukkan telur dalam mangkuk & masukkan air panas di dalamnya. Biarkan dalam 6-7 minit. Jika nak cepat, rebus telur tu dengan suhu mendidih selama 4-5 minit. Selepas itu ketepikan.
2. Panaskan kuali leper guna api sederhana. Sapukan mentega pada satu bahagian di roti putih. Telangkup roti saduran mentega ke atas kuali. Sedang dia masak, sapukan mentega di bahagian atas roti pula. Kemudian, terbalikkan. Masak sebelah lagi. 
3. Setelah garing kedua-dua belah bahagian, pecahkan telur setengah masak di tengah & letakkan sedikit kaya di penjuru roti. Jika nak pedas, boleh letakkan lada putih. Siap.

Kueh Tiaw Goreng Berdaging, Feveret MIL


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Mak mertua saya memang suka kueh tiaw goreng. Boleh katakan, seminggu 2-3 kali dia akan makan kueh tiaw. Dulu masa tak berapa pandai masak, selalunya beli aje kat kedai tertentu. Dan sekarang, bila menantu dah boleh masak, kita goreng aje untuk dia. Jimat duit & boleh letak macam2 dalam kueh tiaw tu.

So, dek kerana ada baki daging masak kicap semalam, kita letak dalam menu. Alhamdulillah sedap aje Allah beri rasa. Ini resipinya.

Bahan:
1 pek kueh tiow dibasuh bersih.
1 jambak sawi batang pendek dihiris kasar
1/2 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 cawan daging yang dah direbus
1 keping fish cake dihiris
5 ketul fish ball dipotong 3
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap cair
1 biji telur, dipukul sedikit
1 ketul tauhu
2 sudu besar cili giling
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Daun bawang & cili merah dihiris untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar & goreng seketika. Masukkan pula sos tiram & kicap manis. Kacau sebentar. Kemudian, masuk hirisan daging & air. Kacau & biarkan ia masak seketika.
2. Masukkan pula fishball & fish cake. Masak sebentar & kemudian ketepi bahan di tepi kuali, masukkan telur & biar telur sedikit masak & kemudian hancurkan.
3. Masukkan pula kicap pekat & kicap cair serta sedikit air. Kacau rata & masak hingga sedikit pekat. Letakkan kueh tiaw, sawi, taugeh & ramas tauhu sebelum gaul mesra semuanya. Jika warna tak berapa menarik, letak sesudu dua lagi kicap pekat. Gaul. Rasa & siap dihidang. Taburkan cili & hirisan daun bawang ke atas kueh tiaw goreng berdaging kita.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...