Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak share PERKARA PENTING bila kita nak pastikan makanan yang keluar dari dapur adalah bersih, sihat dan penyimpanannya teratur bila letak dalam peti ais atau almari. Ilmu penting asas kesihatan dapur ni saya dapat dalam buku Lauk-Pauk Kampung juga. Buku ni memang bagus dan bantu saya ketahui asas memasak dan add-on ilmu baru.
Jom kita add-on ilmu baru asas kesihatan dapur di rumah.
- Pastikan anda sentiasa membasuh kedua belah tangan sebelum memulakan kerja dan sesudahnya. Kaedah ini bagi menyekat pembiakan kuman terutama setelah memegang dan menyiang daging, ayam atau ikan.
- Kerja pembersihan dapur seperti menyapu, mengelap meja dan table top, membersihkan sinki dan tong sampah perlu dilakukan setiap hari.
- Peti ais mesti sentiasa bersih dan berfungsi pada suhu negatif 18 atau ke bawah.
- Peti sejuk mesti dibersihkan seminggu sekali atau mengikut keperluan.
- Apabila memanaskan makanan pastikan ianya menggelegak dan bukan di tahap merenah.
- Asingkan penyimpanan bahan mentah dan bahan yang telah dimasak.
- Kawasan kerja/kaunter/papan pemotong mestilah sentiasa bersih terutama selepas kerja-kerja memotong bahan mentah.
- Span pembersihan juga merupakan sumber bakteria, lebih baik jika menggunakan tuala kertas. Gantikan span paling kurang 2 bulan sekali.
- Pastikan balang penyimpanan bertutup rapat.
- Ketuhar, dapur pemanggang dan periuk menggoreng sentiasa dalam keadaan bersih.
- Pastikan lantai, sinki, dinding dan longkang dalam keadaan bersih dan terkawal. Jika ada membela haiwan kesayanga, bersihkan dulu kawasan hendak memasak sebelum memulakan aktiviti memasak.
- Pinggan dan peralatan yang retak merupakan tempat pembiakan bakteria yang sesuai.
- Makan makanan yang ganya disejuk bekukan sekali sahaja. Pastikan makanan yang telah dinyahfros terus dimasak.
- Bakteria akan merebak dari peralatan dapur yang kurang bersih.
- Bakteria hidup selesa dalam makanan yang tidak dimasak dengan betul.
- Pastikan makanan yang telah dimasak dan lebihan makanan disejukkan secepat mungkin sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
- Pastikan anda menyimpann daging, ayam dan telur berasingan. Daging mentah mestilah sentiasa dibalut dan disimpan asing dalam bekas sejuk beku.
- Bakteria masih hidup jika makanan tidak dipanaskan secukupnya.
- Simpan barang beracun berasingan daripada makanan.
- Kajian mendapati sinki dapur lebih berbahaya berbanding dengan tong sampah dari sehi pembiakan bakteria. Sungguhpun menggunakan air panas agak efektif, lebih baik lagi menggunakan air bilasan bahan peluntur (1 sudu besar bahan peluntur dicampir dengan 4 cawan air).
Rujukan: Norani Sidek. 2016. Lauk-Pauk Kampung. Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd. Selangor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan