Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pineapple & coconut milkshake @ susu kocak nenas & kelapa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana ada sebiji nenas kecil, saya 'kerja'kan dia semalam. Saya kurang gemar nanas jika makan begitu sahaja, so kita buat air.

Boleh cuba resipi ni untuk rasa sedikit kelainan pada buah.
Jika nak lebih refreshing, anda boleh cuba letak 2-3 helai daun pudina@mint
Dan jika tak mahu rasa nanas mendominasi sangat, letak sebiji pisang. Rasanya juga sedap (semalam saya buat 2 gelas berbeza untuk experiment). 

Ini resipinya.
Bahan:
1 cawan nanas yang dipotong kecil
1 cawan susu minum
1/2 cawan santan kotak
2 skop aiskrim vanila
1 sudu besar madu
2 biji limau kasturi diambil jusnya
3 ketul ais kiub
(Jika suka, boleh letak daun mint atau pisang ya)

Penyediaan:
Kisar semua bahan serentak sehingga halus. Tuang ke dalam gelas. Siap.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...