Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 3 Oktober 2024

Jus kedondong asam boi segarkan badan yang lesu


Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Jus kedondong asam boi, penyegar tekak bila-bila masa. Bila adik ipar kata pokok kedondong kat kampung berbuah lebat, apalagi, dia bawah balik sikit haritu masa gathering birthday abah.

Buah ini berbentuk bujur, hijau kekuningan dan sedikit warna hitam. Banyak ditemui di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Jamaica dan Barbados. Senang cerita di negara kawasan garisan khatulistiwa. Hasil kajian menunjukkan, buah kedondong ini baik untuk:
  1. Meningkatkan sistem imunisasi
  2. Kesihatan jantung
  3. Baik untuk penglihatan
  4. Membantu masalah pencernaan
  5. Melawan jangkitan pada kulit
Bahan:
12 biji buah kedondong
5 biji asam boi
4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 liter air
1/2 cawan gula pasir
Kiub ais secukupnya

Penyediaan:
1. Cuci buah kedondong hingga bersih atau boleh juga kikis dengan pisau. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Masukkan dalam pengisar. Masukkan gula pasir
2. Rendam asam boi dengan air panas dalam 5 minit. Kikis isinya yang telah direndam tadi & buang bijinya. Masukkan dalam pengisar (buat 2 kali jika pengisar/blender jus kecil).
3. Masukkam air asam boi dalam pengisar & kisar hingga buah kedondong hancur. Tapis air sebelum masuk ke dalam jag.
4. Perahkan jus limau kasturi serta masukkan kiub ais & kacau. Sedia untuk dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...