Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

11 jenis makanan yang meningkatkan mood bila down

 

Mood atau emosi ada ketika tidak stabil terutama sekali bila kita dalam hidup yang mengalami tekanan, stres, marah ataupun sedih. Bila marah, selalunya kita akan melampias segalanya jika tidak pada orang, pada makanan. Bila sedih pula, kita lebih suka mendiamkan diri dan tak ada selera nak makan. Dan bila kita berada dalam mood tertekan atau stres, kita lebih suka melempias rasa pada apa sahaja yang mampu buat kita rasa tenang. Sebagai contoh tonton drama lama yang best, baca novel, tidur mahupun makan atau minum apa sahaja yang boleh melegakan tekanan.

Sedang saya cari bahan untuk artikel web Ekspresisyukur , tiba-tiba terjumpa artikel tentang makanan yang boleh boost mood kita dari down kepada fasa bertenang dan gembira kembali. Weh... Ini sudah bagus. Sebab kadang-kadang mood kita memang ada ke laut atau swing. Nak centerkan balik, rasa macam susah aje. Tapi bila lihat senarai-senarai makanan ni, rasanya mudahlah nak dapat lagi dan murah (kalau mahal sangat macam truffle, kirim salam ajelah boleh beli...). 

Ini 11 jenis makanan yang anda boleh cuba untuk ON kan balik mood tak best dalam diri. 

1. Pisang - No wonder monyet happy aje bila dapat pisang. Rupanya ia membantu menyumbang kepada mood bahagia dalam diri. Pisang membantu meningkatkan mood kerana mengandungi triptofan dan vitamin B6. Dua bahan ini berkait rapat dengan memberi rasa bahagia dan relaksasi. Gula yang terdapat di dalam pisang membantu mencegah perubahan mood yang drastik dan membantu kadar gula di dalam darah. Apapun, jangan ambil berlebihan pisang dalam sehari. Takut nanti jadi penyakit lain pula.

Pisang goreng

2. Coklat - Siapa yang tak suka coklat kan. Ia antara makanan yang mampu menaikkan kembali mood manusia. Tak perlu banyak tapi cukup sekadarnya. Contoh seperti minum air coklat, makan coklat sedap sekeping, nikmati manisan berinti coklat 4 ke 5 ketul atau dapatkan aiskrim coklat sebatang. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa coklat mampu meringankan gejala depresi dan meningkatkan kadar hormon serotonin dan endorfin dalam diri. 

3. Kacang-kacangan dan biji-bijian - Kacang ini tidaklah spesifik kepada kacang apa tapi as long ia adik-beradik kekacang dan bijian. Lihat orang yang suka mengunyah kacang, makan kuaci, letak kekacang dalam  salad sayuran, makan tempe, mereka semua cuba menimbulkan mood bahagia dalam diri dan pada masa yang sama cuma menenangkan diri. Kacang dan bijian ini secara langsung membantu menambah kadar magnesium dalam badan sekaligus mengurangi kolestrol jahat serta menjaga kadar gula agar stabil. 

4. Gandum - Gandum mampu boost mood anda yang down untuk naik perlahan-lahan. Gandum mampu membekal kadar magnesium yang diperlukan tubuh dan kurangnya kita memakan benda bergandum mampu meningkatkan risiko kemurungan. Orang murung selalunya tak lalu makan. Jadi, untuk elakkan murung berpanjangan, berikan mereka paling kurang roti berinti jem atau berikan biskut oat yang boleh dicicah dengan air atau makan begitu sahaja. 

5. Buah beri - Jika kita di Malaysia, buah jenis beri ini tak banyak pilihan berbanding luar tapi masih mudah juga untuk didapati. Buah beri segar yang mudah dibeli adalah seperti strawberi, mulberi dan blueberi. Jika anda sejenis orang yang suka buat minuman atau makan suplimen, dapatkan aje air mengandungi acai beri, goji beri dan rasberi di kedai buah atau kedai ubat cina. Buah-buahan beri ini kaya dengan anti oksidan, vitamin c dan membantu juga penghadaman.

Blueberry cobbler

6. Makanan yang kaya dengan omega-3 - Makanan yang kaya dengan omega-3 ini contohnya seperti ikan makerel, sardin, kembung, tuna, salmon, selar dan juga ikan bilis (kecil tapi berkuasa). So, bila mood kita ke laut, maka, carilah makanan laut yang sesuai untuk mengembalikan semula semangat. Antara menu makanan yang anda boleh cuba untuk masak adalah seperti salad tuna, sandwich, bakar, buat gulai singgang, masak kari mahupun dijadikan sup. 

Ikan cencaru panggang inti tempoyak

7. Bayam - Sayur bayam memang kelihatan biasa, tapi sebenarnya ia mengandungi nutrien yang kuat mempengaruhi kesihatan emosi dan mood. 5 sebab utama kenapa bayam boleh membantu mood gembira; 1. Kaya dengan magnesium (mineral penenang semulajadi), 2. Mengandungu folat dalam menghasilkan seratonin dan dopamin, 3. tinggi aktioksidan (lawan radikal bebas yang ganggu emosi), 4. Sumber besi (membantu melawan keletihan yang buat kita down), 5. Rendah kalori, kaya serat (bantu rasa ringan dan puas).

8. Teh hijauOrang kata minum teh hijau boleh tukar mood ‘down’ jadi happy bukan sekadar mitos. Ada asas sains di sebaliknya. Teh hijau mengandungi gabungan unik bahan semula jadi yang memberi kesan kepada otak dan emosi. 5 sebab utama kenapa teh hijau mampu tingkatkan mood ; 1. Mengandungi L-Theanine (penenang otak semulajadi tanpa menyebabkan mengantuk dan beri rasa relaksasi), 2. Kafein rendah (beri tenaga lembut dan cipta mood tenang), 3. Kaya antioksidan (lindungi otak daripada tekanan, keradangan dan kesihatan mental lebih stabil), 4. Bantu imbangi hormon mood(dopamin dan seratonin), 5. Ritual minum teh selalunya membantu tubuh masuk ke mood tenang seakan-akan 'restart' emosi. 

agar-agar teh hijau


9. Buah avokado - Buah avokado dalam kajian sains menyatakan ia mampu meningkatkan mood dan buat diri rasa gembira. 5 sebab utama avokado dikatakan antara buah yang bagus untuk orang mood swing ialah kaya dengan lemak baik, tinggi folat iaitu vitamin yang diperlukan otak, mengandungi triptofan sejenis asid yang menghasilkan hormon serotonin, kaya dengan magnesium yang membantu lawan stres dan kebimbangan dan bantu stabilkan gula dalam darah. Avokado ni kalau sedap bila dapat buat air alpukat dan juga buat salad sayuran. Ralit aje bila makan.

10. Ubi keledek - Ubi keledek ni kalau kita goreng, memang ralit makannya. Bagikan aje pada orang yang stres, confirm sekeping demi sekeping dia makan sambil berkhayal. Bukan apa, ubi keledek ini membantu secara tidak langsung menurunkan hormon kortisol iaitu hormon stres dalam tubuh badan. Bukan itu sahaja, ia turut membekalkan tenaga, bantu tingkatkan mood dan baik untuk kesihatan mental dan emosi. 

11. Binatang dari kumpulan burung seperti ayam, itik, angsa - Bila mood tak berapa nak anda, carilah menu yang mengandungi 3 binatang ini. Ia bukan setakat memberi tenaga tetapi juga menghasilkan hormon serotonin yang menerbitkan hormon gembira, tenang, puas dan ceria. Haiwan ini menjadi sumber protein yang tinggi dan mengandungi zat besi dan zink yang membantu melawan keletihan dan kemurungan. Jika anda perasan, ada di kalangan kawan-kawan kita bila stres aje, dia akan pergi cari ayam goreng. Menu ini secara tak langsung membantu dia melepaskan stres pada makanan. Tapi, tip ini jangan diamalkan selalu. Tak baik juga untuk kesihatan jika makan berlebihan.


ayam goreng berempah

11 jenis makanan yang meningkatkan mood bila swing atau down ni adalah asas untuk semua. Bergantung pada anda bagaimana untuk menikmatinya. Allah beri kita pilihan, jadi pilihlah yang mana sesuai. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...