Assalammualaikum dan salam sejahtera. Setiap negara ada minuman feveret rakyatnya. Dan minuman lemonade dari negara Brazil ini berbeza dengan lemonade yang kita biasa minum. Penduduk negara Brazil menggunakan limau nipis sebagai lemonade mereka. Bukan itu sahaja, mereka meletakkan susu pekat dalam minuman ini. Rasanya memang lain sedikit tapi masih tetap berikan kesegaran dan wow bila minum.
Untuk minum ini, dua perbezaan ketara dari lemonade biasa. Pertama, guna susu pekat dan gula yang agak banyak. Kedua, setelah kisar, kena tapis dulu airnya untuk dapat pati minuman yang sedap dan segar.
Bahan-bahan:
Untuk minum 2 orang.
3 biji limau nipis (asingkan kulit dan buahnya)
4 sudu besar susu pekat
3-4 sudu besar gula
600ml air
Sedikit kiub ais
Penyediaan:
1. Potong kulit limau yang berwarna hijau dari isinya. Jika kulit putih yang tebal melekat pada buah, buang (yg putih ini lebih pahit banding hijau). Asingkan mangkuk buah dan mangkuk kulit.
2. Sediakan jug besar atau blender pengisar untuk kisar semua bahan. Masukkan limau, kulit limau yang hijau, gula dan air. Kisar sebentar dan kemudian baru mmasukkan susu pekat. Kisar sehingga lumat.
3. Setelah kisar, sediakan mangkuk atau jug minuman serta penapis. Perlahan-lahan, tuang bahan kisar tadi ke dalam penapis. Tekan-tekan sedikit untuk mengeluarkan pati ais dari hampasnya.
4. Setelah siap semuanya ditapis, masukkan ais kiub dalam cawan dan tuang air Brazilian lemonade berkrim ini.
**Jika anda rasa agak masam, tambahkan aje sedikit air gula ke dalam minuman dan kacau**




Tiada ulasan:
Catat Ulasan