Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 6 September 2018

Sambal Udang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Amat jarang saya makan makanan berasaskan udang kerana suami tak makan langsung udang (seafood pun tengok jenis apa yang blh masuk). Dan, dek kerana semalam ke pasar Nilai 3 & 1/2kg udang dalam RM14 (tgk saiz), murah le skit, makanya akak belilah. Makanya, terjadilah sambal udang pada hari ini. Hehehe... .

Bahan:
1/2kg udang dibuang kepala & ekor. Cuci bersih.
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala.
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula udang & bawang besar. Gaul mesra seketika & rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam. Jangan lama sangat masak udang dalam kuali, nanti bila terlebih masak, kulit udang akan melekat pada isi. So, susah skit nak kopek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...