Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Sambal Kentang, Tempe dan Bilis
Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Menu feveret kami sekeluarga, sambal kentang, tempe dan bilis. Menu ni selalunya akan dimasak 1-2 minggu sekali. Menu mudah, sedap & boleh dimakan dengan nasi, roti & ratah begitu sahaja. Orang yang suka sambal mestilah suka resipi ni juga.
Bahan:
5 biji ketang dihiris kasar
2 keping tempe dipotong kecil
1 genggam ikan bilis, rendan seketika & toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah dibuang biji
20-25 tangkai cili padi
1 sudu besar belacan bakar
2 keping asam keping
Gula & garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Goreng kentang, tempe & ikan bilis (goreng berasingan tau bukan sekali semua). Toskan.
2.Kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi & belacan.
3. Panaskan minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit kering. Masukkan pula asam keping, garam & gula.
4. Setelah sedikit garing, masukkan kentang, tempe & ikan bilis yang digoreng. Kacau hingga sekata. (Pastikan sambal tidak berair sangat, nanti jadi berair. Tak berapa 'kick'). Siap sambal kentang, tempe dan bilis yang sedap ni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan