Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi kuih bingka yang sangat lembut dan sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Kuih bingka ubi yang sekali hadap, tinggal setengah dulang.

Family Rudy mostly suka kuih ni. Kalau kakak dia pergi pasar malam jalan TAR, mesti dia ada bawak balik kuih ni. Dan bila buat kuih bakar haritu cantik kejadiannya & sedap, saya teringin nak cuba buat kuih bingka ni.

Dan cari punya cari resipo, saya ambil resipinya dari web @aziekitchen . Alhamdulillah, mak ayah mertua, suami, anak2 sedara & saya pun suka. Sedap... 😋😋 Ini resipinya saya share tapi dek kerana ubi kayu sikit, saya ubah kuantitinya ya puan @aziekitchen

Bahan:
3 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°c menggunakan api atas & bawah.
2. Parut ubi kayu & sukat. Masukkan semua bahan lain & kacau rata sehingga gula hancur.
3. Tuang dalam loyang adunannya dalam 7x7. Ratakan permukaan adunan. Masukkan loyang ke dalam ketuhar & letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bingka keperangan.
4. Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar api oven pada fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar untuk 5 - 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yang dikehendaki. Tutup api & keluarkan loyang. Biarkan kuih menyejuk dalam 1-2 jam sebelum dimakan. Siap.

Lala rebus yang mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Dek kerana kejar masa & baru balik kelas mengaji, makanya, menu ini yang mudah. Tak sampai 20 minit dah siap. Kot ada nak reserve sebagai menu buka puasa nanti, silakan. Jimat masa.

Bahan:
1kg lala dibasuh bersih
3-4 ulas bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu minyak zaitun/sayuran untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih & 1 garam hingga berbau harum. Masukkan lala & serai, gaul mesra. Tuangkan air & gaul sebentar. Tutup lala dengan penutup nasi atau penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 5-7 minit.
2. Angkat penutup, gaul sebentar. Dan jika semua lala dah terbuka, angkat & letakkan dalam bekas. Siap. Nak jadikan lauk makan dengan nasi boleh, nak ratah pun silakan...

Kuah Kacang Yang Sedap dinikmati dengan nasi impit mahupun sate.


Kuah kacang yang sedap untuk nasi impit. Rasa macam hari raya pula bila buat menu ni. Menu yang sedap juga bila makan dengan kuah lontong.

Untuk yang teringin nak buat untuk minum petang ni atau sarapan esok, ini resipinya. Nak lagi sedap, guna gula melaka atau gula anau.

Bahan:
500gm kacang tanah
2 biji bawang besar dihiris
1 cawan cili giling
1 cawan gula melaka/gula anau/gula putih
1 cawan minyak sayuran
3 cawan air
1 sudu besar garam halus

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & sangai kacang tanah. Masak tanpa minyak ni sehingga kebanyakan kulit kacang kehitaman & dengar banyak bunyi letupan kecil kulit kacang. Tutup api & letak kacang atas dulang & sejukkan seketika. Kemudian, ramas kacang untuk membuang kulitnya (jika kulit tak dibuang, kuah kacang akan rasa pahit).


2. Setelah settle buang kulit kacang. Masukkan kacang ke dalam blender. Masukkan air sedikit agar bahan dapat dikisar 80% lumat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali besar. Setelah panas, masukkan hirisan bawang. Setelah naik bau, masukkan cili giling & masak hingga naik minyak.


4. Masukkan pula kacang yang dah dikisar. Kacau sebentar & masukkan air. Kacau hingga mesra. Setelah menggelegak, masukkan gula & garam ke dalam kuah. Kacau hingga mesra. Kuah kacang mesti ada rasa manisnya. Masak hingga kuah menggelegak & mengeluarkan sedikit minyak. Tutup api & biarkan kuah kacang sejuk sedikit baru dihidang. Siap.



Aglio Olia Seafood


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tetiba teringin nak makan aritu & tengok stok seafood pun ada, so kita masak. Menu sihat untuk semua

Bahan:
1/2 pek spaghetti siap direbus & tos
15-17 ekor udang dicuci bersih
1/4 kg lala dicuci bersih
1 sudu kecil red pepper flakes
1/2 sudu kecil lada hitam
3-4 biji jus limau kasturi
4 ulas bawang putih dicincang
5 ulas bawang putih dihiris (utk pasta)
1 batang saderi dihiris
1 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak zaitun untuk perapan udang & menggoreng

Penyediaan:
1. Perap udang dengan minyak zaitun, red pepper flakes, garam & bawang putih. Perap dalam 15-20 minit. Kemudian, salai udang tersebut atas kuali non-stick. Masak kedua-dua belah. Angkat & ketepikan.
2. Selepas itu, masukkan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang putih seketika. Kemudian masukkan sedikit red pepper flakes & black pepper. Kacau & masukkan air. Setelah mendidih, masukkan lala & batang saderi. Kacau seketika & tutup lala dengan penutup periuk/kuali. Biarkan lala masak dalam 4-5minit.
3. Angkat penutup & kacau lala seketika. Masukkan spaghetti & garam secukup rasa. Kacau mesra. Masukkan pula udang. Kacau sebentar & boleh tutup apinya. Siap dihidang.

Ikan Goreng Sambal Belacan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ikan goreng sambal belacan, menu yang sangat mudah, sedap & best time makan dengan nasi panas atau time lapar. Marvelous.

Bahan:
5 ekor ikan kembung dikerat dua & dicuci bersih
1 sudu besar kunyit
1/2 sudu besar garam
3/4 cawan cili padi
1-2 batang cili merah
1/2 biji bawang besar
1 sudu kecil belacan
1 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Kisar/blend cili padi, cili merah, bawang, belacan & sedikit air. Ketepikan. Selepas itu, salutkan ikan kembung dengan kunyit & garam. Kemudian panaskan kuali & masukkan minyak. Setelah panas, goreng ikan sehingga masak & angkat.
2. Tuangkan 3/4 minyak menggoreng tadi ke dalam bekas lain. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar.
3. Selepas itu, masukkan air asam. Kacau sebentar & biarkan ia mendidih lebih kurang 3-4 minit. Masukkan pula gula & garam secukup rasa. Kacau. Bila dah agak garing sambalnya, masukkan ikan goreng tadi ke dalam kuali. Gaul sehingga mesra. Siap ikan goreng sambal belacan.

Lala Goreng Serai & Cili


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu mudah lala goreng serai dan cili. Menu ni kalau dah buat. memang mampu buat saya meratah aje bila dah hadap. Sekarang ni, harga sekilo lala dalam RM12-RM13. Bergantung pada tempat jualan.

Bila masak guna cili kering ni, teringat housemate cina di Labuan dulu. Suka mereka berdua masak letak cili kering & halia banyak2.

Bahan:
1kg lala dicuci bersih & toskan
2 batang serai dititik
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 camca besar sos tiram
5 tangkai cili kering dipotong serong & direndam dalam air panas dalam 5 minit
1/2 cawan air
Sedikit garam
2 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan hirisan cili kering. Tumis hingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia & serai. Kacau rata.
2. Tambah sos tiram, gaul mesra & masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air. Tutup kuali & masak 5 -7 minit dengan api sederhana. Kacau & tambah sedikit garam. Kacau seketika & siap. Boleh dah dihidangkan menu lala goreng serai dan cili ni.

Kuih Bakar yang simple & lembut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sedap sangat rasa kuih ni bila dimakan lepas ia betul-betul sejuk. Semalam, cuba makan time dah tak berapa panas (1/2 jam lepas keluar oven), rasa sedap tapi tak berapa ngam (masih terasa panasnya). Dan tadi, lepas balik kelas mengaji, terus buka fridge. Nampak mak ayah Rudy dah potong banyak. 'Wah!! Ni mesti sedap'. Dan bila saya ngap time sejuk2 tu, Subhanallah, sedapnya... Terima kasih kak @aziekitchen untuk resipi kuih bakar istimewa tu. Sedap sangat. Berkali2 le mertua amik makan.

Ini saya kongsikan resipinya. Bahan mudah sangat. Cuma bergantung pada kuantiti & kebesaran loyang untuk membakar.

Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah sedikit air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau .

Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°. 2. Loyang dilenser dengan mantega & kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur & gula. Gunakan mixer & putar hingga adunan kembang & gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum & garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven & bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman.
5. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia betul-betul sejuk baru dipotong. Jika tak, kuih akan mudah pecah bila dipotong & ianya lembik. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 1 jam.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...