Kadangkala kita terlalu fokus pada apa yang tiada, hingga terlepas melihat nikmat yang masih ada. Jadi kali ini, saya ingin kongsikan 5 perkara penting yang patut dihargai bila usia mencecah 40 tahun (saya dah cecah umur ni ya) yang perlu kita syukuri – terutamanya selepas melepasi fasa umur 30-an.
1. Kesihatan yang Masih Mengizinkan Kita Bergerak – Pada usia begini mungkin kekuatan tak sekuat dulu, telinga sudah mula kurang dapat menangkap ucapan, badan semakin ‘comel’ atau semakin kurus atau mata dah perlu bantuan cermin mata dengan tamabahan ‘power serta silau’. Tetapi jika kita masih boleh bangun dengan mudah tanpa dipapah, berjalan tanpa sakit kaki dan lutut, dapat memasak makanan enak untuk keluarga dan memeluk orang tersayang dengan eratnya, itu dikira nikmat yang besar. Ingatlah, bahawa pada usia begini, ada rakan-rakan kita sudah mula diuji dengan tahap kesihatan yang pelbagai. Ucapkanlah “Alhamdulillah, hari ini aku masih mampu berdiri, bergerak dan hidup,” sebagai tanda kita menghargai kesihatan yang masih dipinjamkan oleh Allah.
2. Masa Bersendirian yang Lebih Tenteram – Selepas bertahun-tahun menguruskan anak, pasangan, melayan masalah emosi, keluarga, belajar, kerja rumah dan sebagainya, ramai wanita mula mendapat semula “ruang diri” mereka. Pada masa ini, mereka mula mempunyai masa untuk membaca buku dan novel, minum kopi tanpa gangguan, menambah ilmu bab masakan, merancang percutian pendek dengan mudah atau sekadar duduk diam sambil mendengar burung berkicau — semua itu sangat berharga dan menenangkan. Pada usia begini, waktu untuk terlalu berkejar-kejar hal dunia mula semakin berkurangan. Ada tapi lebih menjurus untuk menambahkan juga saham buat akhirat. Anda bolehlah tulis dalam jurnal peribadi perkara seperti ini, “Syukur atas setiap detik tenang yang menjadi terapi buat jiwa saat ini.”
3. Hubungan yang Lebih Berkualiti, Bukan Kuantiti – Di usia ini, kita semakin tahu siapa yang benar-benar penting. Kita mula menghargai sahabat sejati, keluarga yang menyokong, dan pasangan yang setia. Walaupun bulatan sosial makin kecil, ia jadi lebih bermakna. kita akan lebih ‘picky‘ kualiti








