Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi Jemput-jemput Maggi yang enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kuih jemput-jemput maggi, khas untuk orang yang suka maggi & kuih jemput-jemput. Nak rasa kelainan sikit dari kuih yang dibuat, kita letak mi segera pula.

Resipi ni mudah aje. Bahan asasnya hanya mi maggi, rencah maggi, telur & tepung. Tapi oleh kerana kita nak sihatkan diri, kita add sayuran & cili. Ikut aje nak letak apa pun dalam tu.
Nak guna maggi ayam, kari, asam laksa, tomyam, ikut apa ada dalam stok. Jika anda nak guna mi segera yang lain, boleh aje. No problem.

Bahan:
2 pek maggi ayam yang direbus
2 perencah maggi
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cili benggala dipotong kiub
1/2 cili merah dipotong kiub
1 batang sosej dihiris nipis
1/4 bawang besar didadu
1 cawan air (bancuh agar adunan tak cair atau pekat sangat)
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk. Gaul sehingga menjadi adunan yang boleh dibuat jemput-jemput. Ketepikan. Biarkan bahan mesra dalam 10-15 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Setelah panas, anda goreng seperti biasa sehingga warna keemasan. Angkat & toskan. Makan dengan sos kegemaran jemput-jemput maggi ini. 

Moist Butter Cake yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Moist butter cake yang sedap.

Akhirnya kek saya buat tak bantat kejadiannya lagi. Alhamdulillah... 

Saya & kek bantat tak dapat dipisahkan. Kalau tak bantat, hangit. Memang tragis betul nak dapatkan kek yang diidam. 

Tapi kali ni, entah kenapa teringin sangat nak makan & buat, godek punya godek, jumpa resipi butter cake ni. Teringat mama & am yang suka kek ni. Makanya, saya cuba juga. Jadi... Yeah... 
Rudy kata, "Ni namanya kek PKP. Tak bantat, tak kecut. Sedang-sedang tingginya." 

Jom cuba. Kot anda jenis seperti saya, hopefully menjadi juga.

Bahan:
250 gram mentega (saya guna brand Anchor)
250 gram tepung naik sendiri (tepung gandum 1 1/4 cawan + 1/2 sudu kecil baking powder+ 1/4 sudu kecil garam)
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 170°c.
2. Dalam satu mangkuk, pukul mentega & gula hingga kembang, gebu & bertukar warna cerah. Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang-seli dengan tepung. Pukul hingga mesra. Kemudian, masukkan susu segar & pukul hingga sebati. Just guna low speed.
3. Masukkan dalam loyang segi empat tepat yang saiz sederhana (bahan tak banyak sangat) & telah disapu mentega & disadur tepung / baking sheet. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan & dipotong.

Sandwich Pataya yang mengenyangkan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi Sandwich Pataya yang simple tapi mengenyangkan.

Nampak tak di saat-saat dok rumah sambil fikir apa nak masak, idea baru muncul.
Bila stok telur mak mertua beli banyak, sambal bilis baki semalam ada, roti encik hubby baru beli & baki keju sebulan lepas ada, kita pun buat le sarapan pagi tadi guna idea @matgebu yang terjenguk keluar di IG.

Bahan:
6 keping roti
6 biji telur
3 keping keju
Baki sambal bilis / sardin secawan
Sedikit marjerin atau mayo untuk sapuan
Sedikit minyak untuk masak lapisan telur

Penyediaan:
1. Pecahkan telur 2 biji dalam mangkuk & kacau. Panaskan kuali leper guna api perlahan & letak sesudu besar minyak dalamnya. Setelah minyak panas, masukkan telur & dadarkan telur dalam kuali sehingga menipis & lebar.


2. Letakkan roti & disapu marjerin di tengah & letakkan kepingan keju. Letakkan pula sambal bilis/sardin di atasnya. Katup dengan sekeping lagi roti.


3. Perlahan-lahan, katup roti dengan telur seperti gaya melipat surat ☺️. Tutup api dapur & biarkan haba kuali memanaskan isi roti. Ini agar telur anda tak terlalu garing atau hangit. Setelah beberapa ketika, ambil piring atau pinggan lebar untuk tangkupkan roti pataya di atasnya & terbalikkan. Boleh dihidangkan sekali dengan sosej, kentang goreng mahupun jejari ketam. Siap.

Resipi keria gula melaka & gula putih, pilih mana berkenan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi kuih keria mudah aje. Hanya perlu 6 bahan. Kos barangan kuih ni pun bawah RM13-RM15 & dapat lebih 22 ketul.

Ini bahannya. Anda boleh cuba di rumah & InsyaAllah semua suka. .

Bahan:
700gm keledek/ubi manis yang siap direbus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Bahan gula:
3 sudu besar gula putih / gula melaka
1/4 cawan air


Penyediaan:
1. Lenyek keledek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum & baking powder, gaul & adun hingga menjadi doh.
2. Kemudian, sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh dalam sebesar bola tenis & bulatkan serta leperkan sedikit. Buat bulatan kecil di bahagian tengah. Kemaskan sedikit & letak atas loyang/pinggan besar. dan alih ke dalam loyang.
3. Setelah siap semua adunan keria, panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Guna api sederhana . Setelah miny panas, goreng hingga keemasan. Angkat & toskan.
4. Setelah selesai menggoreng, tuang minyak ke dalam bekas lain & masukkan gula pasir & 1/4 cawan air, masak hingga gula memekat. Selepas itu, masukkan kuih keria & gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih tadi.
5. Kemudian, boleh diangkat & biarkan ia sejuk. Apabila sejuk, kuih keria tadi akan berkerak dengan gula.

Gulai Asam Pedas Ikan Kembung yang dah lama tak makan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Masak apa tu???
Menu mudah bila dah boring masak gulai lemak atau sup. Jika anda nak tukar ikan lain pun, boleh aje.

Bahan:
4 ekor ikan kembung dicuci bersih
5 batang bendi
1 biji tomato belah 6
1/4 cawan air asam jawa
1 senduk cili giling
2 cawan air
1 kiub ikan bilis
1 kuntum bunga kantan, belah 2
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 sudu besar lada hitam
2 biji buah keras

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk guna api sederhana. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili giling & masak hingga cili garing & terbit minyak. Kacau. Masukkan air asam jawa & tuang air. Kacau dan biar hingga mendidih.
2. Masukkan bunga kantan, kiub ikan bilis & ikan. Kemudian tambah bendi . Jika nak kuah banyak, boleh letak air lagi. Masak hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam & sedikit gula. Kacau & masukkan tomato. Tutup api. Siap.

Puding Ubi Manis Lapis Susu yang enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Asalnya minta encik Rudy belikan ubi kayu bila beli barang dapur. Sudahnya, dia bawa balik ubi manis. Saya tanya dia, "awak tersalah beli ke?" Jawabnya, "Tak lah. Ubi kayu dah habis, so saya belilah ni." Bila dia dah jawab camtu, pasrah ajelah. Mesti ada sebab dia terbeli ubi ni. Dan... Inilah hasilnya. Resipi baru yang saya cuba dari @aziekitchen , puding ubi manis lapis bersusu. Saya baru tahu yang keledek pun boleh buat puding.

Ini resipinya. Mungkin anda boleh cuba. Kita ada 2 minggu lagi PKP.

Bahan:
Bahan Lapisan Susu:

500 ml air
150 gram susu pekat manis
10 gram agar agar

Bahan Lapisan keledek/ubi manis:
1000 ml air
500 gram ubi keledek rebus
150 gram gula pasir
50 gram susu pekat manis
20 gram agar agar
½ sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Sediakan lapisan susu dengan memasak 500 ml air dengan agar-agar sehingga hancur. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih. Tuang ke dalam acuan.
2. Sediakan pula lapisan keledek dengan mengisar ubi keledek rebus dengan sedikit air dari jumlah keseluruhan air sebanyak 1000 ml air tadi.
3. Masak baki air dari jumlah di atas dengan agar-agar hingga agar-agar hancur. Masukkan gula pasir & garam. Kacau sehingga gula larut.
4. Setelah larut, masukkan ubi keledek kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih.
5. Tuang adunan keledek di atas lapisan agar-agar susu dengan dituangkan secara perlahan-lahan ditepi acuan atau dilapik dengan sudu supaya tidak jatuh & meninggalkan kesan pada lapisan susu yang belum betul betul keras
6. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan ia dalam 1-2 jam & boleh dipotong puding ubi manis lapis susu yang comel ni.

Masak Kicap Ikan Kerisi yang mudah tapi sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua. Selalunya, menu ikan ni yang akan makan, saya & mak ayah Rudy. So, kita masak sorang sekor. Untuk Rudy yang jenis makan daging, sambal burger aje untuk dia.

Menu mudah masak kicap ikan kerisi ni rasanya semua orang boleh buat. Mudah sangat. Budak muda atau orang baru belajar masak, boleh aje cuba. InsyaAllah sedap. 

Bahan:
3 ekor ikan kerisi
2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai cili merah dihiris
1 batang kayu manis
4-5 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 cawan air
Gula & garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Ikan dilumur garam kunyit & digoreng. Angkat & ketepikan. Keluarkan sedikit minyak goreng tadi & tumis bawang merah, bawang putih, halia & kulit kayu manis. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan kicap, gula, garam & air. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan bawang besar & cili merah. Masak seketika & tuang kuah kicap ke atas ikan yang digoreng tadi. Siap masak kicap ikan kerisi hari ini.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...