Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

International Horseback Archery di Malaysia


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya dan encik hubby akhirnya diizinkan Allah untuk pergi ke event horseback archery atau dalam bahasa malaysianya menunggang sambil memanah di Selangor Turf Club, Seri Kembangan.
Acara ni saya tahu dari seorang sahabat yang juga join memanah (tapi di area Melawati). Encik hubby terus aje whatsapp bini dia dan tunjukkan info yang sahabat saya tu berikan.

Wah!! Macam menarik tertarik aje. So, kita orang cuba untuk ingatkan tarikh tersebut (we know about it around 3-4 months before tournament). Itupun nasib baik tengok balik kalender tarikh 27 tu bila. Ingatkan nak datang hari Ahad, rupanya last day hari Sabtu. Fuhhh... Lega... Malam hari Jumaat tu jugak, saya tertekan astro oasis, tiba-tiba nampak rancangan Salam Muslim yang perkenalkan pasal sukan memanah dan menunggang kuda. Excited kami berdua menontonnya. Makes both of us can't wait for tomorrow.

Jeng-jeng... dan harinya pun tiba. Lepas hantar mak dan ayah mertua ke rumah kakak ipar di Cheras, pantas kami ke STC. Dan, rezeki kami hari tu, tak payah naik tram atas sebab-sebab tertentu. Parking aje kat dalam :) Jimat masa kami...

Masuk aje kat area depa buat event International Horse Show tu, bukan main ramai lagi budak-budak sekolah. Seronok betul depa. Lepas jumpa khemah untuk orang awam, terus kami duduk. Tapi dalam masa sejam, budak-budak sekolah makin ramai. Sudahnya hubby pun kata, "Yang, bagi ajelah tempat duduk kita kat budak-budak ni. Kesian depa. Kita cari tempat lain."

Walaupun berat hati nak bagi, tapi dek kerana saya ni nak belajar ikut cakap suami, kuturutkan jua...
Cari punya cari sampai ke hujung, aduh... semua dah penuh dengan budak sekolah dan cikgu. Last sekali, kami jalan ke depan sikit. Dan tanyalah pak guard yang tengah tunggu nak naikkan bendera negaraku (Sultan Terengganu nak rasmi masa ni tapi dia belum tiba lagi ya). Kami tanyalah, khemah yang kat seberang padang tu boleh ke kami duduk. Sebab khemah panjang untuk orang awam dah penuh budak-budak sekolah. Dia kata, pergi ajelah. Tak ada apa-apa.

Ini suasana masa kami mula-mula datang ya. Tak ramai lagi.

Makan, rezeki dari Allah tiba lagi. Kami dapat duduk kat khemah yang facing khemah orang awam. Tak ada orang nak halau. Seronok aje hati sebab angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Dalam hati dah dok terfikir, rupanya ini hikmah ikut cakap suami kot. :)

Dan rezeki Allah datang lagi. Tak lama lepas tu, para pemanah berkuda dari pelbagai negara dan siap berpakaian perang zaman dahulu lalu belakang kami. Weh! Menarik giler ni. Pantas encik hubby dan orang-orang kat bawah khemah tu bangun dan ambil gambar mereka. Siap depa bersalaman lagi (pemanah wakil Malaysia dengan org kita ya). Makcik pun teruja juga tapi lihat dari jauh aje dulu. Segan ya... Hehehe...

Saya dan hubby akhirnya dapat dok kat khemah sebelah depan tu ya. Itu namanya rezeki :)

Ini acara ulik mayang guna kuda masa opening ceremony. Baru saya tahu, kuda pun boleh buat ulik mayang. hmmmm...




Lepas opening ceremony berlangsung dengan jayanya (walaupun ada tang-tang tertentu yang nampak agak kelakar masa tu), tiba-tiba mata ni terperasan yang peserta pemanah berkuda dah start datang ke khemah belakang kami. Khas untuk pertandingan memanah sambil menunggang kuda. Tanpa membuang masa, saya dan encik hubby dan beberapa orang lain pun, join the club.

Bila kami dok aje kat bawah khemah yang 1st, (gambar kat atas ni), kami terus nampak beberapa peserta dengan pakaian khas mereka yang menarik. Kami tengok-tengok dulu. Ambil feel... Adalah beberapa hamba Allah dah start berbual dengan peserta dan bertanyakan negara mereka (kena masuk otak ni sebab nak masukkan dalam blog. Salah kang, buat malu aje). Dan peserta pertama yang kami ambil gambar, of course Encik Din Mahidin. Kami cam dia pasal dia ada masuk dalam rancangan kat slot National Geographic dan Salam Muslim. Cantik pakaiannya dan tak sabar nak tengok dia beraksi (tapi takde rezeki nak tengok sebab kena balik awal atas sebab keluarga).

Anda layan dulu gambar yang ada ni ya... bawah nanti saya sambung lagi.

Hubby dengan Encik Din Mahidin

Ini pula dengan peserta dari Syria tapi rasanya dia mewakili Qatar. Walid Khawajkie

Wakil perempuan tunggal untuk Malaysia. Saya cam dia dalam rancangan Salam Muslim tu ya. Erina Emelina.

Entah macam mana terjadi, saya pun lupa, boleh pulak hubby berborak dengan peserta dari Qatar (Fuad Almudehki) dan Syria ni. Macam seronok aje depa. Pasrah ajelah makcik menengoknya. Itu yang snap sekeping dua gambar depa.

Ini pula peserta dari Jepun, Mayumi Nishizawa. Pantas saya menegurnya untuk bergambar. Exactly, baju-baju yang dipakai mereka untuk mewakili negara memang unik. Represent their country. Bukan senang nak jumpa kan. Inilah kenangan yang ada. Snap aje cepat-cepat. Si Mayumi ni kata, dia ada makan nasi lemak tapi katanya, "its too spicy." Encik hubby pulak kata, "most of our food is spicy. It represent Malaysia food." Pandai aje dia.. jangan dilupa orang Kelantan dan Sarawak mana nak makan pedas sangat ayang oii...

Cantik dan menarik kan momen ni? Himpunan berlainan bangsa dengan berlainan pakaian. 

Unikkan tempat simpan arrow dan arrownya.

Akhirnya, dapat juga encik hubby ambil gambar dengan pemanah berkuda dari China. Masa mula-mula nampak depa, saya terus teringat cerita hantu cina masa kecik-kecik dulu. Adehhh... :)




Betapa terujanya saya dan hubby bila tengok depa menunggang sambil memanah. Terus teringat Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang berperang demi mempertahankan Islam pada perang Badar dan perang Uhud. Agaknya, lebih kurang beginilah cara mereka berjuang ketika menunggang kuda dan melepaskan panah pada Quraisy Mekah.

Lelaki Inggeris ini, kami perasan dia masa kami berpindah ke khemah hadapan sedikit (senang nak tengok view dari start sampai ke tengah perjalanan mereka menunggang). Saya tanya hubby, nak ambil gambar dengan dia ke? Hubby kata, takpelah. Dia macam tengah berlatih aje tu. Tak nak kacau. Kami pun perhatikanlah dia kejap masa dia dok berlatih tarik-tarik arrow tu. Lepas tu, mata dah kembali fokus ke depan bila game dah mula. Then, bila pusingan kedua bermula dan dia antara pesertanya, ambil kau, terus kami speechless kejap. Dalam sekejapan, dia dah lepaskan banyak anak panah ke target point. Peserta lain rasanya dalam 2-3 anak panah aje dan ada antaranya 1-2 mesti tersasar. Tapi dia, dalam 9 anak panah dia lepaskan, 7 kena target point dan 2 kena bulls eye. Pergh!!! 
Subhanallah, Allahu Akbar. Hebatnya dia... lagilah minda ni terus teringat cara perang Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Mungkin macam ni hebatnya dan ada potensi lebih baik dari itu. Subhanallah...
Lelaki ini, namanya Kassai Lajos. Dia ada horseback archery school kat Hungary. Dan untuk info lanjut, saya sarankan anda google aje atau carinya di FB. InsyaAllah jumpa sebab saya dan hubby pun buat macam tu gak :) A very humble person (from our perspective sebab dia dengan sendirinya menepuk sebelah tangannya dengan penonton bila aksinya sudah habis). Masa dia dok practice belakang kami, dia buat macam biasa aje. Takdenya nak show-off atau nampak annoyying (makcik tak nak puji lebih2 sebab bukan kenal sgt pun kan. Hanya mereka dlm bidang ini aje yg kenal).

Rasanya, dah banyak saya celoteh. Jom layan aje gambar di bawah ni ya...






Sukan menunggang kuda di Malaysia, dianggap sebagai antara sukan yang elit. Tidak semua orang mampu untuk membayar kelas latihannya. Itu belum lagi termasuk kelengkapan pakaian dan lain-lain. Memanah juga, jika dilihat, baru sahaja mula berkembang di Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sama juga seperti sukan renang. Muslimah sudah semakin ramai yang menghadiri kelas-kelas renang kerana sudah ada pakaian yang menutup aurat. Muslim sekarang ini, perlahan-lahan mula untuk berusaha mengaplikasikan bukan setakat sukan saranan Baginda s.a.w tetapi juga dalam kehidupan harian. Alhamdulillah, perkembangan ini amat memberangsangkan.

Meskipun ada beberapa suara negatif yang memperlekeh atau mentertawakan sama ada sukan ini atau orang yang ingin terlibat dengannya, mereka sepatutnya lebih berhati-hati kerana secara tidak langsung, mereka telah mempersendakan apa yang disukai dan digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Untuk anda tahu lebih lanjut, saya amat sarankan agar anda merujuk orang yang pakar dalam bidang ini dan juga merujuk kepada hadis Baginda s.a.w yang sahih dari kitab-kitab ulama terdahulu. Sebarang kemusykilan, bolehlah bertanya kepada mereka yang PAKAR dan telah mendalami ilmu ini. Bagi saya dan hubby, selagi mana ianya terdapat dalam kitab-kitab sahih yang kebanyakan para ustaz di Malaysia menggunakannya, kami akan cuba untuk mengimplimentasikan sunnah Baginda setakat mana yang kami mampu.

Daripada Salamah bin Al-Akwa', Rasulullah s.a.w bersabda, "Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”
(Hadis riwayat Bukhari no 592)

Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, “Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.” (HR. Muslim no. 4711)

"Demi Allah! Sungguh Rasullulah s.a.w pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain. Baginda s.a.w sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankan." (Riwayat Ahmad)

Moga Allah membantu kita untuk terus berada di jalan yang lurus meskipun ada banyak cabang yang mengganggu di kiri dan kanannya.

Pisang goreng & sambal kicap madu yang menggoda


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua. Pisang goreng. Siapa yang tak sukakannya. Makan panas-panas ataupun sedikit sejuk, laju aje. Kalau tengok di youtube, Chef Gordon Ramsey siap ada menu tersendiri untuk pisang goreng ni. Cari aje kat youtube tu banana fritters by Gordon Ramsey. Mesti keluar punya cuma kita tambah aiskrim aje letak tepinya. Sedapnya...

Tapi, kali ni, saya nak kongsikan resipi pisang goreng ni dengan sambal cili kicapnya yang sungguh sungguh umph! Sebab apa saya kata umph. Sebabnya masa dok godek-godek web tiffinbiru cari resipi, tetiba mata ni tertancap kat sambal cili kicap tu yang nampak menarik sangat. Apalagi, esoknya saya minta ayah mertua saya belikan pisang di pasar dan tengaharinya saya proses.

Bila hidangkan pisang goreng panas-panas dengan sambal cili kicap madunya, pergh! terangkat... makan time hujan tengah turun pulak tu. Lagi le sedap aje masuk ke mulut.
Sampaikan anak sedara saya yang darjah dua pun kata, "pedas mak su tapi sedap..." :) Sampai ke malam dia makan pisang goreng tu cicah sambal kicap dengan air sejuk segelas kat tepi. Hehehehe...

Jom kita cuba...

Bahan-bahan:
Pisang goreng:
1. Belilah sesikat pisanga abu / pisang awak / nipah (pisang yang sesuai untuk dibuat pisang goreng tapi saya punya kes ni special, guna pisang nangka. Sebab semua pisang lain, yilek)
2. Tepung goreng pisang Adabi 1 paket
3. Tepung beras 100gm
4, Garam 1/2 sudu kecil / 1 sudu kecil (tengok pada kuantiti pisang ya)

Sambal cili kicap madu:
1. Cili padi 20 tangkai (yang ni saya amik yang pedas, nasib kau takde jalapeno, kalau tak mau makcik ngetest)
2. 2 biji bawang besar
3. 5 ular bawang putih
4. 3/4 cawan kicap
5. 1/4 air masak / suam
6. 1-2 sudu besar gula
7. 1 sudu besar madu
8. 3-4 biji limau kasturi / 1/2 biji lemon

Penyediaan:
Pisang goreng:
1. Potong pisang separuh sama ada dari atas ke bawah atau dari kanan ke kiri. Ikut suka hati anda.
2. Bancuh tepung Adabi , tepung beras dan garam dengan sedikit air. Pastikan air tidak banyak sangat kalau tak lepuhnya (sadurannya) yang salut pisang tu bila menggoreng.
3. Sadurkan pisang satu persatu dan goreng dalam minyak panas. Setelah masak, tapis pisang tersebut atau letak atas paper towel agar minyak tak menjejeh bila makan nanti.

Sambal cili kicap madu:
1. Kisar semua bahan kecuali limau/lemon tu ya.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan perah limau kasturi / lemon tersebut dan kacau sehingga sebati.

Tadaaa... Dah Siap pisang goreng kita. Apalagi, boleh aje cuba bila nak makan untuk minum petang atau hidangkan pada tetamu.

HAPPY COOKING

Big day for my sis

Alhamdulillah...
Akhirnya adik saya yang ketiga selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan dari Allah untuknya.
Pertemuan mereka berdua dijanjikan Allah di tanah sucinya. Moga kasih & sayang yang tersemai di dalam hati menjadi asbab untuk terus kekal sehingga akhir hayat dan syurga.
Selamat Pengantin Baru Aini Husna & Azham...








Nasi Ayam Bakar Madu sungguh gebusss...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Nasi ayam. Rasanya semua rakyat Malaysia sukakannya. Jika ada yang tak suka, mungkin ada sebabnya yang tersendiri.

Resipi yang saya nak kongsi ni, saya ambil dari web Che Mat Tiffinbiru. Dari dulu sampai sekarang, saya suka cari idea nak masak apa dari blog dia. Dan selalunya resipi yang dikongsikan 95% menjadi. Betul... Tak tipu punya. Arwah makcik saya yang tak makan pasta pun boleh makan pasta dibuatnya.

Kali ni saya gunakan resipi nasi ayam bakar madu dari webnya. Ada beberapa perkara yang saya kurang sebab ada bahan yang tak ada di rumah mak saya ni. Kiranya, guna ajelah apa yang ada. But still sedap tau...


NASI AYAM.....
Bahan-bahan:
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 45 minit dan toskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar penuh majerin (planta)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Daun salad
Hirisan timun dan tomato secukupnya

Penyediaan:
Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, daun pandan dan bunga lawang hingga harum, masukkan beras basmathi, gaul rata dan goreng 1 minit, guna api sederhana dan kacau selalu. Matikan api.
Pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air rebusan ayam, masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak hingga nasi masak. Gemburkan dan off suis periuk nasi. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama daun salad, hirisan tomato, timun, sup ayam, sos dan ayam bakar madu...

SUP UNTUK NASI AYAM....
Bahan-bahannya:
6 - 8 kaki ayam / 2 bahagian dada ayam
2 inci halia, dititik*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 kiub pati ayam (optional)*
1 camca teh lada hitam kisar
4 liter air (atau secukupnya)
1 sup bunjut Adabi
1 biji kentang, kupas dan potong kiub

Penyediaan:
Kaki / dada ayam dicuci bersih dan kerat. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan bahan-bahan bertanda (*), kacau dan masak hingga menggelegak, kemudian sederhanakan api dan terus merenih selama 45 minit (kalau kurang kuah, tambah air lagi) jika ada seakan-akan buih timbul dipemukaan sup, keluarkan. Asingkan 5 1/2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.
Kemudian masukkan sup bunjut, lada hitam kisar dan kentang. Masak lagi hingga kentang empuk. 

AYAM BAKAR BERMADU....
Bahan-bahan:

6 kepingan kepak ayam bersaiz besar / apa sahaja bahagian ayam yang anda suka
4 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
Sedikit majerin

Penyediaan:
Cuci bersih kepak / bahagian ayam, kemudian cucuk-cucuk dengan garfu pada semua bahagian. Masukkan dalam satu bekas. tambah semua bahan2 diatas kecuali garam dan majerin. Gaul rata pada semua bahagian kepak ayam, tambah garam secukup rasa dan perap 5 - 6 jam dalam peti sejuk....
Panaskan kuali ajaib dengan sedikit majerin, kemudian susun kepak ayam tadi dan ketepikan jus yang terhasil dari bahan perap tadi. Kecilkan api dan tutup kuali. Masak 10 minit. Sementara itu, jus perapan dimasak hingga pekat sedikit. Gunakannya untuk menglis ayam semasa proses membakar. Ayam akan masak kurang lebih 25 minit... Boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi..

SOS UNTUK NASI AYAM...
Bahan-bahan:

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah saiz sederhana, potong kecik
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
2 cawan air
3 camca besar gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam

Penyediaan:
Kisar cili, bawang putih dan tomato dengan 2 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalau.
Masukkan kiub ayam dan cuka makan. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Perlahankan api, tuang bancuhan tepung jagung (kacau sebelum dituang) dan kacau hingga sebati dan terus memasak hingga pekat. Matikan api dan biar sejuk. 

Happy cooking

Congo bars, pertama kali rasa terus jatuh cinta.

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua. Masa hari raya lepas, saya beraya di rumah sepupu di Bentong, Pahang. Tengah lepak-lepak lepas selesai makan tengahari, dia dok hidangkan kek pada anak-anaknya dan kami. Lepas sesuap aje potongan kek @ brownies tu masuk dalam mulut, terus kata dalam hati, 'Eh! cam sedap aje.' Tangan pun capai seketul lagi.

Rupanya my mum pun suka bila dah masuk mulut. Apalagi, lepas my cousin siap potong dalam piring elok-elok, saya bawak pi ruang tamu. Bagi hubby dan abah makan. Hubby pun kata sedap. Itu yang tanya cousin, apa nama kek @ brownies ni. Dia kata congo bars. Dua ke tiga kali jugaklah saya nak menyebutnya sebab tak pernah dengar. Rupanya, kek @ brownies ni, seorang lagi cousin saya yang buat dan jual tapi saya tak tahu tentang congo bars ni. Selalunya makcik saya dan adik-beradiknya selalu beli carrot cake aje dengan dia.


Lepas dari hari tu (dan stok yang diberikan sedikit cousin saya dah habis), saya godek-godek internet dan pakcik google. Bersungguh-sungguh mencari resipinya. Akhirnya, selepas 'mengkaji' resipi mana yang mudah dan sedap (kebanyakannya cut & paste aje), saya pun ngetest. Akhirnya, jadilah congo bars yang diidamkan seperti dalam gambar kat atas. Itupun saya heret adik bongsu saya sekali minta tolong. Bukan apa, akak dia ni kalau buat kek, kekadang jadi, kekadang tak jadi. Tapi, selalunya kalau kek, memang chances dia 50-50. Hehehehe...

Dan, Alhamdulillah, semalam saya buat lagi dan berikan sedulang pada suami untuk bawa ke ofis. Alhamdulillah, depa sukakannya juga. Barangkali rasanya yang tak berapa manis dan lembut tu bila dimakan meskipun sejuk selepas 5 jam dalam peti sejuk. Tapi, memang kalau dimakan time sejuk-sejuk, rasanya memang mengancam skit :)

Ini buktinya betapa pantasnya congo bars ni habis bila orang dewasa makan. Kiranya, memang kanak-kanak dan orang dewasa boleh masuk dengan rasanya.

Jom saya kongsikan resipinya. Memang mudah dan nak lagi mudah dan cepat, saya sarankan guna hand mixer atau mixer. Kalau guna pemukul biasa tu, alamatnya dekat sejam gak lah nak bagi butter dan gula tu kembang (bergantung pada kepantasan tangan kiri dan kanan anda memukul).

Bahan-bahan (yang ni untuk 1 dulang sederhana besar):
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm mentega
320 gm gula perang yang halus (lebih cepat untuk mentega dan gula kembang) - boleh dikurangkan kuantitinya jika tak suka manis.
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1/2 atau 1 cawan kacang badam yang "slice". (Kalau masuk seketul-seketul tu, mau siapa yang ada masalah gigi, terus tak suka makan kacang langsung)
1/2 atau 1 cawan kacang pecan (kalau sukalah)
1/2 atau 1 cawan gajus (just cincang-cincang tapi tidak terlalu halus tau. Sedang-sedang gitu)
ataupun pelbagai jenis kekacang lain yang anda suka nak taruk.

Penyediaan:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.

2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan pukul sehingga butter melarut atau adunan kembang. Selalunya gula tersebut akan jadi amat halus lepas dipukul lebih kurang 15-20 minit guna hand mixer.


3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar pukul adunan dengan pukulan sederhana perlahan atau no. 2 pada mixer tersebut.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan pukul rata. 

6. Akhir sekali masukkan 3/4 chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna. Yang ni tak payah pakai mixer dah. Pakai aje senduk kayu atau plastik tu. (Oh ya, coklat tu, saya campurkan extra coklat bar yang tak habis masa kenduri bertunang cousin saya. Pakai aje apa yang ada, janji jangan membazir).


7. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar ukuran 13 X 9 atau apa aje dulang yang ada tapi jangan besar sangat yang telah digris dgn mentega dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukaan adunan. 
8. Taburkan 1/4 baki coklat chip yang ada ke atas adunan dalam tin pembakar atau loyang sebagai hiasan. Kalau anda google, ada macam-macam benda boleh anda taburkan atas adunan sebelum dibakar. Ada yang taruk smarties, coklat m&m, badam cincang, kelapa kering, chocolate chip warna putih, kepingan karamel yang dipotong dadu, marshmellow dan macam-macam lagi.
9. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atas kuning keemasan. Guna api atas bawah. Jangan terlebih bakar. Kalau oven kecil, guna 160C ya. Setelah masak, keluarkan dan rehatkan conga bar ini lebih kurang 15 minit. Potong ikut saiz yang anda suka.



Happy cooking... 

Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-anak Gaza di Dataran Merdeka

Assalammualaikum semua...

Saya, hubby dan 3 orang anak sedara telah bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia dan luar negara yang lain, berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan sokongan kami kepada Palestin dan juga sebagai tanda kami sayangkan anak-anak kecil yang dibunuh, dicedera dan diseksa ketika ini. Anak-anak yang sepatutnya tidak terlibat dalam peperangan tetapi oleh kerana kejamnya Yahudi Zinonist Laknatullah, mereka terseksa sehingga kematian menjemput mereka.

Moga anak-anak Palestin yang telah meninggal, ditempatkan di dalam syurga dan bagi mereka yang kehilangan ibu bapa dan cedera, moga Allah memberi mereka kekuatan zahir dan batin dalam meneruskan kehidupan. Kami berdoa dan berharap, Palestin akan bebas dan Yahudi Zionist dan sekutu-sekutunya.
Moga kita semua juga diberi kekuatan untuk terus memboikot barangan yang dananya disalurkan kepada Israel dan sekutunya.

Moga pemimpin-pemimpin Islam bangkit dalam mempertahankan agama mereka dan tidak sekadar hanya menjadi pemerhati...

Daripada Abdullah bin Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, " Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat dan ceritakanlah mengenali Bani Israel. Tiada sebarang kesempitan dan dosa."
(Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah akan terjadi kiamat, sehingga kaum Muslimin membunuh sekalian orang Yahudi. Apabila orang Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, maka batu dan pohon kayu itu akan berkata: 'Hai orang Islam, inilah orang Yahudi yang ada di belakang saya. Datanglah! Dan bunuhlah dia!' Kecuali pohon Gharqad (semacam pohon yang berduri) kerana sesungguhnya pohon ini adalah daripada pohonYahudi (oleh sebab itu ia melindunginya).
(Riwayat Bukhari & Muslim)










Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...