Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cover baru untuk "Misteri Bunyi di Gunung Nuang"


TERIMA KASIH JEMARI SENI...

Itu yang saya benar-benar ucapkan dari hati. Alhamdulillah, buku keempat saya ini sudah berwajah baru. :)

Langkah Mencintai Allah

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun, cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah lah yang selayaknya dikejar.

Petua-petua bagi merasai manisnya mencintai Allah.
  1. Amalkan segala suruhanNYA dengan bersungguh-sungguh & tidak banyak soal & alasan.
  2. Jauhi larangan Allah & jangan sesekali mendekatinya apatah lagi melakukannya.
  3. Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup & dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
  4. Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  5. Reda atas segala ketentuan qadak & qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  6. Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati & juga lidah.
  7. Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (riwayat Muslim).
  8. Renew. Sentiasa perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat.
  9. Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNYA.
Rujukan: Pahrol Mohamad Juoi. m/s 19. Solusi Isu 23. Telaga Biru Sdn Bhd.

Ada sesiapa berminat tak kereta antik?


Ada sesiapa yang teringin nak beli kereta antik?

Ayah mertua saya nak jual kereta FORD 1973 ni. Enjin Dutsun 1.6. Body dia "besi waja" tau. Mana taknya orang langgar dia, kereta orang tu kemik. Dia langgar kereta orang lagi le kemik.

So, if ada yang berminat, boleh emel saya. Harga dalam RM1700 ke bawah. Masih boleh dirunding lagi tu...

Syoknya dapat key chain n notepad free......


Kengkawan semua, belidiskaun sedang adakan promosi hebat untuk buku-buku dan novel-novel Islamik. Nampaknya bukan setakat harga diskaun 12% dan penghantaran percuma aje, tapi beli 3 buku, kita bakal dapat "Goodies" percuma barangan ANA MUSLIM seperti key chain dan note pad. Pi lah ke http://belidiskaun.blogspot.com.

Marilah kita tambahi ilmu dengan membaca. InsyaAllah, ianya bakal membantu kita di masa hadapan.

"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan."
(Sayidina Ali bin Abi Talib)

Thank you for all the wishes


Semalam, saya sambut hari jadi yang ke 3.... (biarlah rahsia). hehehe...

Saya ucapkan terima kasih kepada DIA yang satu kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus hidup di bumiNYA dan mendapat kebahagiaan dan kasih sayang dari orang sekeliling.

Saya juga ingin ucapkan kepada terima kasih kepada suami tersayang, ahli keluarga dan juga sahabat handai yang meng"wish" pada hari semalam dan hari ini.

Terima kasih banyak2

I really appreciate... Thank you...

Tengah saya saje gatal-gatal meng'google', tiba-tiba saya terjumpa blog ni. Senyum hingga ke telinga rasanya... Rasa amat dihargai untuk buku pertama saya ni. Terima kasih banyak-banyak Nur Afifah @ qistina4ever. Thank you for loving it... :)

Malay book review

Personal Taste dgn Hubby

Malam tadi, hampir jam 1 pagi barulah saya habis mengadap cerita korea Personal Taste.
Tapi kali ni, saya suka sebab hubby saya temankan saya tengok cerita ni juga. Risau juga saya kot-kot le dia sakit belakang ke atau lenguh-lenguh sebab mengadap cerita ni dari jam 9 malam. Syukur alhamdulillah, dia ok aje.

Frankly speaking, saya suka cerita ni walaupun tidak terlalu berat atau kelakar sangat. But, cerita ni ada 'kemanisannya' yang tersendiri. Bagi saya aktor dia, Lee Min Ho pandai memainkan wataknya sebagai arkitek yang punya cita-cita tinggi dan berfikir dia mampu mengawal segalanya tetapi akhirnya dia ditundukkan oleh rasa cinta dan tanggungjawab.

Aktres dia, Son Ye Jin pun ok gak berlakon. Meskipun ada macam pening2 skit cara actingnya. But she's great. Tapi tak blh lawan Choi Ji wo. For me, she's very talented. Punya penat le tengok dia nangis-nangis... hehehehe...

Bayangkan ukiran apple ni dibuat kerusi utk kanak-kanak di tadika. Memang comel sangat2 kan... Sweet...

So, sesiapa yang teringin nak tangok cerita ni, ada amat-amat disarankan. Hubby saya pun kata, "ok lah cerita ni. Not bad. Ada gak kelakar-kelakarnya. Especially adegan 'mata panda' tu."

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...