Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 14 Februari 2011

Langkah Mencintai Allah

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun, cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah lah yang selayaknya dikejar.

Petua-petua bagi merasai manisnya mencintai Allah.
  1. Amalkan segala suruhanNYA dengan bersungguh-sungguh & tidak banyak soal & alasan.
  2. Jauhi larangan Allah & jangan sesekali mendekatinya apatah lagi melakukannya.
  3. Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup & dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
  4. Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  5. Reda atas segala ketentuan qadak & qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  6. Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati & juga lidah.
  7. Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (riwayat Muslim).
  8. Renew. Sentiasa perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat.
  9. Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNYA.
Rujukan: Pahrol Mohamad Juoi. m/s 19. Solusi Isu 23. Telaga Biru Sdn Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...