Kucing seronok dengan catio kiuts.
Semua anak-anak bulus Rudy teruja bila catio mereka dah siap. Masing-masing sibuk mencium, berjalan, teroka, panjat, naik tangga & masuk dalam kotak lepak mereka. Lagi teruja, bila mereka jenguk luar jaring. Nampak lebih jelas jiran belakang rumah mereka iaitu encik doggy sefamily, cik menti, cik tupai & gagak sekawan. Apalagi, si bulus mula bulatkan mata bila nampak banyaknya gagak datang bila saya campak sedikit makanan keluar. Terpegun terus
Ada yang berani explore semua benda, ada yang gayat bila letak tempat tinggi & ada juga tak pandai turun (our Chiki B yang sakit tu).
Puas hati sangat dengan apa yang Encik Irwan buat untuk bulus-bulus. Sangat kemas & bersih. Dia siap kata, "untuk kotak kucing ni, saya tak shellec kayunya sebab kucing tak suka baunya bila nak tidur dalam tu. Saya shellec untuk tangga aje." So, dari situ kita tahu dia faham kehendak pelanggan dia iaitu kucing.
Jika ada pemilik kucing nak buat catio di dalam rumah, ruang belakang rumah, di tanah corner lot sendiri, boleh hubungi Encik Irwan di 011-31371878 atau www.wasap.my/601131371878 .
Untuk catio kami ni, harga semuanya tak termasuk rumput karpet tu dalam RM1200. Deposit diperlukan untuk komitmen.
Untuk catio kami ni, harga semuanya tak termasuk rumput karpet tu dalam RM1200. Deposit diperlukan untuk komitmen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan