Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 29 November 2020

Sedapnya Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

First time buat menu ni. Selalunya kalau bab berempah ni, masak ayam yang sering dimasak. Tapi dek kerana saya lebih suka makanan laut, jadinya kita try menu baru.

Resipi ni, saya ambil web @matgebu di tiffinbiru. Alhamdulillah sedap. Ini resipinya jika nak cuba.

Bahan:
1 ekor ikan tongkol dikerat & cuci bersih
1 biji bawang besar dihiris bulat & leraikan
4 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar ketumbar biji*
1/2 sudu teh jitan manis (kasar)*
1/2 sudu teh jintan putih (halus)*
1 sudu teh lada sulah*(*ditumbuk halus)
1 sudu besar penuh gula pasir

Sabtu, 28 November 2020

Roti Jala buat minum petang & makan malam


 Assalammualaikum & Salam Sejatera semua

Siapa yang pernah buat roti jala, you will know how 'renyah' it is. Alhamdulillah, nasib baik ada anak sedara yang dok belajar kat rumah. So, boleh le dia tolong siapkan separuh sambil akak dok kemas rumah & mop bagai.

4 cawan tepung gandum, anda boleh dapat dalam 59 ketul roti jala. Untuk petang ni, nak makan dengan kuah kari boleh atau dengan sambal sardin pun ngam. Letak dua2 pun marbeles. Ini saya kongsikan bahan yang separuh dari yang saya masak. Portion 4 cawan tu untuk keluarga saya yang besar.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
3 2/4 cawan air
3 biji telur, dikacau sedikit
4 camca besar minyak zaitun
2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan-bahan di atas. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi untuk elak ketul-ketul tepung. Ketepikan 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak masak (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila kuali panas, masukkan sesenduk adunan ke dalam bekas berlubang untuk menjala (jika anda guna botol, itu mudah juga). Buat bulatan.


3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, lipat kiri dan kanan ke tengah , kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung guna sudip & sudu. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan yang lain. Siap.

Happy cooking

Jumaat, 27 November 2020

Lempeng Coklat Meriah Gelap Warnanya


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Lempeng omputih ni saya cuba guna tepung coklat sedikit. Tapi kenaikan warnanya, masyaAllah, gelap sungguh. Untuk rasa yang enak, pancakes ni bolehlah dimakan dengan madu, maple syrup, buah-buahan ataupun jem.

Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk coklat
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil bikarbonat
1/4 sudu garam
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil ekstrak vanila
sebiji telur
1 1/2 cawan susu full cream
3 sudu besar mentega dicairkan

Penyediaan:
1. Campur kesemua bahan. Kacau hingga sebati.
2. Panaskan kuali non-stick. Jika tak ada kuala non-stick boleh aje guna kuali leper biasa cuma anda perlu ratanya dengan sedikit minyak/me ntega di permukaannya agar pancake tidak melekat.
3. Setelah panas, sendukka campuran pancake ke atas kuali. Jika nak besar pancake, letak banyak, Jika nak kecil aje, then, letak sikit lah. Bila tuang adunan pancake tu, tuang setempat aje & jangan pusing-pusing sebab adunan akan kembang dengan sendirinya.
4. Bila gelembung-gelembung kecil banyak muncul di permukaan pancake, itu tandanya anda sudah boleh terbalikkan untuk masak di bahagian sebelahnya.
5. Setelah beberapa minit, dah boleh angkat. Tuang lagi adunan sehingga selesai semuanya.

Khamis, 26 November 2020

Jejari kentang & sosej berkeju dengan sos bolognese


Untuk yang tak berapa nak diet, menu ni sesuai sangat menghadapnya. Tapi, seminggu atau dua minggu sekali dah cukup. Jika boleh buat banyak, boleh buat bekal lagi (Rudy bawak pi ofis skit arini).

Bahannya:
1/2 pek jejari kentang
7 batang sosej dipotong serong
1 cawan keju mozzarella
1/2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
3 sudu minyak zaitun
1 cawan daging cincang
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil oregano



Penyediaan:
1. Goreng kentang sehingga masak dan toskan minyaknya. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain, masukkan 2 sudu besar minyak masak dan gorengkan bawang bila minyak sudah panas. Api sederhana aje.
3. Bila bawang dah sedikit garing dan naik bau, masukkan daging cincang dan hancur-hancurkan dia dalam kuali tu. Masak sehingga kelihatan tiada darah lagi keluar.
4. Masukkan puri tomato dan suku cawan air. Gaul sehingga sos mendidih.
5. Masukkan pula sos tomato dan sos cili dan lebihan air tadi. Gaul sehingga mendidih.
6. Masukkan pula parutan lobak merah. Gaul dan biarkan selamat 2-3 minit. Biar mesra.
7. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa serta daun oregano/rosemary. Kacau dalam 1-2 minit atau sos tidak terlalu cair (sedang2 gitu). Pastu tutup api dapur.
8. Letakkan kentang goreng tadi atas pinggan tahan panas atau yang boleh masuk microwave. Sendukkan 2 senduk sos bolognese tadi ke atas kentang dan kemudian letak kepingan keju cheddar tadi / parutan keju ke atas sos pula. Masukkan pinggan tadi ke dalam microwave dan ambil masa 2-3 minit untuk cairkan keju tersebut. Tadaaaaa... Dah siap... (oh ya, kalau masuk dalam oven, bakar pada suhu 140C sehingga keju cair dan sedikit perang.

Isnin, 16 November 2020

Cencaru bakar sambal tempoyak serius sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk peminat ikan & peminat tempoyak, haruslah cuba ya. Sangatlah sedap. Nak lagi kaw, korang lebihkan sikit cili padi masa menumbuk tu & daun kunyit letak 2-3 helai (kalau ikannya 3 ekor). Bila bakor aje, harum rumah bau tempoyak kome...

Bahan:
3 ekor cencaru saiz sederhana dicuci bersih, dibelah belakang & disalut kunyit garam
1 cawan tempoyak
20-25 batang cili padi
3 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar minyak untuk bakar atas kuali ajaib

Penyediaan:
1. Tumbuk cili padi hingga lumat. Masukkan tempoyak & daun kunyit dalam lesung. Gaul mesra.


2. Masukkan/sumbat tempoyak ke bahagian belakang & bahagian perut ikan. Panaskan kuali ajaib/kuali leper & letakkan sedikit minyak. Setelah panas, letakkan ikan perlahan-lahan & biarkan masak dalam 2 minit sebelum katup kuali ajaib. Biarkan ikan masak sepenuhnya dalam 3-4 minit. Buka kembali penutup & terbalikkan ikan untuk bakar sebelahnya pula. Masak dalam 2-3 minit lagi. Siap untuk dihidang. 



Ahad, 15 November 2020

12 Minit dah siap maggi goreng kari cili api


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi mudah tak kisahlah untuk sarapan ke, minum petang ke atau famili lapar tengah malam. Cepat, sedap, mudah, murah.

Bahan:
3 paket maggi kari cili api
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Minyak masak untuk menumis
3 sudu cili giling
1/4 cawan air
1 batang fish cake dihiris
1 biji kentang didadu & digoreng sedikit garing
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap biasa
2 biji telur
3 batang sawi dipotong kasar
1 ketul tauhu (1/2 digoreng & 1/2 diramas)

Penyediaan:
1. Rebus Maggi dahulu kemudian toskan. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & bawang putih. Tumis seketika & kemudian masukkan cili giling. Kacau seketika & masukkan air. Kacau & biarkan cili masak sebentar.
3. Selepas cili mendidih & sedikit garing, masukkan pula perencah Maggi semuanya, sos tomato, kicap pekat & kicap biasa. Kacau & biarkan masak sebentar. Masukkan pula, fishcake. Kacau & kemudian masukkan pula telur. Kacau perlahan-lahan hingga telur sedikit memejal & barulah masukkan maggi, sawi, tauhu goreng dipotong kasar & pecahan tauhu biasa. Kacau hingga mesra & siap.

Sabtu, 14 November 2020

Resipi rendang daging yang sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Seumur hidup saya, tak pernah le masak rendang daging sorang-sorang. Selalunya akan jadi sous chef untuk Hajah Inon & Hajah Jaliah. Dan kali ni, saya cuba masak sendiri guna resipi dari @aziekitchen . Alhamdulillah jadi & sedap. Rudy siap ratah-ratah lagi.

Ini bahannya untuk 700g daging.

Bahan:
700gm daging dihiris lawan urat
1 kotak kecil santan (kara)
1.5 liter air
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit dihiris halus
2 keping asam keping
1 sudu besar garam

Jumaat, 6 November 2020

Biskut lembut cip coklat yang sedap


 Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Bila mood sedih & tak mahu layankan sangat, kita sibukkan diri dengan masak di dapur. Tapi bila di dapur pun, still teringatkan the bulus yang dah takde. Mana tidaknya, terpandang aje area barang & microwave Rudy terus cakap, "Time-time gini, depa selalu tidur kat situ. Arini kosong aje..." 😔

Ok. Ini bahan biskut lembut tu. Rudy kata sedap. Ayah mertua pun berulang makan.
Customer saya yang dok melbourne pun suaminya kata sedap. Bila depa kata sedap, makanya insyaAllah sedaplah resipinya.

Bahan:
2 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking powder
250gm mentega suhu bilik
1 3/4 cawan gula perang
2 biji telur suhu bilik

Khamis, 5 November 2020

Penne masala berdaging


 Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Thanks to Sheila Rusly untuk resipi ni. Dek kerana mostly bahan-bahan dia ada stoknya, makanya kita ngetest. Ada 1-2 bahan yang saya tambah skit 😁

Bahan:
1 pek pasta penne direbus
1 biji bawang didadu
4 ulas bawang putih didadu
3 tangkai daun kari
2 inci halia didadu
1 sudu besar garam masala
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil kas kas
2 kiub pati ikan bilis
1 cawan daging cincang
2 biji tomato potong 8
1 batang tangkai saderi dihiris serong

Rabu, 4 November 2020

Maggi goreng sambal ijo


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Esok lusa, tulat boleh le cuba masak. Sedap. Nak lagi best, letak dengan perahan limau nipis & sambal. Pergh!!

Bahan:
3 pek maggi ayam
1 cawan isi kerang
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi hijau
3 batang cili hijau besar
2 biji limau nipis (ambil jusnya)
1 batang saderi dihiris serong
1 biji tomato dipotong 6
2 biji telur
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Rebus maggi 2 minit sahaja. Angkat & toskan. Ketepi. Kisar/tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi hijau & cili hijau besar.
2. Panaskan kuali & minyak. Tumis bahan kisar tadi. Masak hingga naik bau & sedikit garing. Kemudian, masukkan perencah maggi. Kacau.
3. Masukkan perahan jus limau. Kacau seketika & masukkan pula kerang. Masak sebentar. Masukkan batang saderi. Kacau & ketepikan sikit. Masukkan pula telur. Masak sambil pecah-pecahkan telur agar tidak berketul.
4. Masukkan maggi. Gaul mesra & akhir sekali masukkan tomato. Kacau seketika & siap.

Selasa, 3 November 2020

Sambal sotong simple


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sambal ni anda boleh aje terus guna cili kisar yang dalam pek tu tapi still boleh nampak pekat sambalnya. Jimat sikit masa.

Bahan:
500gm sotong
3/4 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat & leraikan
1/4 cawan jus asam jawa
1 sudu besar gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
1 biji bawang besar potong
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

Penyediaan:
1. Sotong diasingkan kepala, buang kotoran & cuci bersih. Badan sotong dikelar-kelas tapi tidak putus. Cuci & tos. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/kisar hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau & masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil & kacau sentiasa.
3. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa & gula (selalunya jika sambal sotong, gula kena lebih sikit). Kacau & masukkan sotong, gaul rata & masukkan bawang besar. Kacau hingga bawang lembut & sotong bertukar warna. Rasa & jika ok matikan api. Siap untuk dihidang.

Isnin, 2 November 2020

Agar-agar gula melaka bersusu dengan Cream-O


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi baru saya try selepas buat buat agar-agar milo berlapis dahulu. Cuma kali ni, bawahnya kita guna gula melaka.

Ini resipinya untuk dicuba.

Bahan:
1 pek agar-agar 30g
1 tongkol besar gula melaka (sagat gula melaka)
1500ml air
1 cawan gula putih
170 ml susu cair
1 sudu besar gula batu
1 pek biskut cream-o

Penyediaan:
1. Dalam periuk besar, masak agar-agar, gula batu & air sehingga agar-agar mencair. Ceduk 8 senduk adunan ke dalam periuk kecil & masak dengan api paling kecil (kacau sekali sekala).
2. Dalam periuk besar tadi, masukkan gula & gula melaka. Kacau sehingga hancur. Tutup api & tuang agar-agar ke dalam acuan. Biarkan sejuk sebentar.
3. Dalam periuk satu lagi tadi, tuang susu cair ke dalamnya & kacau sehingga mendidih. Tutup api & kacau sekali sekala untuk redakan kepanasannya.
4. Setelah agar-agar gula melaka tadi sedikit keras, cakar halus dengan garfu di bahagian atasnya. Ia bagi membantu agar-agar putih melekat pada bahagian coklat & tidak mudah tertanggal. Selepas itu, tuangkan agar-agar susu ke atas agar-agar gula melaka perlahan-lahan.
5. Letakkan kepingan biskut cream-o yang dipatah dua ke atas agar-agar susu. Biarkan agar-agar sejuk & mengeras sedikit barulah diletakkan di dalam peti sejuk. Simpan agar-agar selama 2 jam sebelum dihidang.

Ahad, 1 November 2020

Jagung panggang pedas berempah yang menyihatkan


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Lamanya tak update blog. Busy sikit dengan kehidupan sepanjang PKPB ni. Buatlah kerja apa yang patut untuk menceriakan diri, meneruskan hidup & belajar ilmu :)

Kali ni saya kongsikan resipi jagung panggang pedas berempah. Kudapan mudah & menyihatkan.
Selalu kita makan jagung bakar atau panggang salut dengan mentega aje. Kali ni, kita try pedas pula. Resipi dari @melissadarabian dari Food Network.

Bahan:
3 tongkol jagung
2 sudu besar mentega suhu bilik
1/2 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil chili flakes
Secubit garam
1/4 sudu lada hitam
Kertas aluminium


Penyediaan:
1. Panaskan kuali panggang dengan api sederhana.
2. Gaulkan semua bahan dengan mentega. Sapu bahan tadi pada jagung. Salut keseluruhannya. Kemudian, balut dengan kertas aluminium.
3. Panggang jagung atas kuali. Putarkan sekali sekala dalam 20-25 minit. Tutup api & buka plastik aluminium perlahan. Siap untuk dihidang.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...