Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 27 Ogos 2020

Kueh Tiaw Goreng Sotong


Kueh tiaw goreng memang feveret di rumah ni.
Oleh kerana MIL suka menu ni, makanya kita masak harini untuk makan malam. Ini resipinya.

Bahan
500 gram kue teow
1 cekak kucai, potong pendek
1 genggam taugeh
1/2 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 ekor sotong saiz sederhana dihiris
10 biji fish ball dipotong dua
3 sudu besar kicap
1 1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 keping tauhu
2-3 sudu kicap cair (ikut pada kemasinan anda)

Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar & goreng seketika. Masukkan pula sos tiram & sedikit air, kacau dan tumis hingga cili garing.
2. Masukkan pula sotong & fishball. Masak sebentar & kemudian ketepi bahan di tepi kuali, masukkan telur & biar telur sedikit masak & kemudian hancurkan.
3. Masukkan pula kicap pekat & kicap serta sedikit air. Kacau rata & masak hingga sedikit pekat. Letakkan kue teow, daun kucai & taugeh. Pecah-pecahkan tauhu ke dalam kuali & gaul rata semuanya. Rasa & jika kurang masin, masukkan kicap cair. Gaul rata & siap.

Rabu, 26 Ogos 2020

Resipi Senang Kueh Tiaw Sup Bebola Daging


Sarapan paling pantas dibuat, kueh tiaw sup bebola daging.
Sedap, mudah, kenyang. Sesuai untuk yang kejar masa 🏃‍♀️🕐

Bahan:
1 pek kueh tiaw
12-15 biji bebola daging
5-7 biji fishball
3 batang saderi dihiris
4-5 biji telur rebus
1 biji tomato dipotong 6
1 genggam taugeh
1.5 liter air
1 kiub maggi daging
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar minyak untuk menumis
20 tangkai cili padi
Kicap
Garam & gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bawang besar & bawang putih. Setelah naik bau, masukkan air. Biarkan air sehingga mendidih.
2. Sementara tunggu air mendidih, celur kueh tiaw & taugeh dengan air panas seketika & toskan. Dan untuk cili kicap, masukkan dalam pengisar, cili padi, kicap & sesudu besar gula. Kisar & masukkan dalam mangkuk. Selepas itu, rebus telur di dapur sebelah.
3. Setelah air mendidih, masukkan bebola daging. Masak seketika & kemudian masukkan fish ball, batang saderi & kiub daging. Kacau & biarkan seketika.
4. Masukkan garam secukup rasa. Jika dah ok, tutup api & masukkan tomato. Kacau sebentar & siap dihidang.

Selasa, 25 Ogos 2020

Resipi Bendi Goreng Ala Mamak


Tetiba rasa nak try resipi baru bendi ni. Selalu letak dalam asam pedas aje. Kali ni makan dengan nasi panas, kuah kari nasi kandar, pergh!! Sedap sangat.

Ni resipinya untuk cuba.

Bahan:
8-10 batang bendi dipotong bulat
1 biji bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4-5 tangkai cili kering dipotong, rendam dengan air panas & ditoskan
1/2 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan daun kari, biji sawi & cili kering. Kacau seketika.
2. Selepas itu, masukkan bendi, serbuk kunyit, serbuk ikan bilis & garam. Kacau sebentar sehingga bendi masak & siap dihidangkan.


Rabu, 5 Ogos 2020

Daging & Ayam Masak Kicap Berempah Kaw



Ayam & Daging Masak Kicap Berempah. 
Pilih mana berkenan di hati.

Resipi mudah feveret semua yang suka masak kicap ala mamak. Resipi ni saya cuba dari FB Mamak Haji. InsyaAllah sedap.

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 10 dicuci bersih / 1kg daging
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 batang serai diketuk
3 biji bawang besar dikisar halus
2 sudu besar pes halia bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil kas kas
1 cawan air
1 biji limau nipis, ambil jusnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Garam kunyitkan ayam tadi & biarkan dalam 5 minit sebelum menggoreng. Goreng separuh masak aje. Angkat & toskan.
2. Dalam kuali lain, panaskan 4 sudu besar minyak masak & kemudian masukkan serai, bunga lawang, buah pelaga & kayu manis. Masak seketika & apabila naik bau, masukkan pes halia bawang putih. Kacau seketika & masukkan bawang besar pula. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan semua bahan-bahan rempah lain & air. Kacau & biarkan sehingga ia mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan ayam goreng tadi & gaul mesra. Jika mahu kuah lebih, boleh tambah sedikit air. Masukkan garam & gula secukup rasa. Gaul & tutup api. Masukkan perahan limau nipis ke dalam kuah & kacau. Siap untuk dihidang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...