Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Gulai Lemak Udang Dengan Kacang Buncis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Gulai lemak udang dengan kacang buncis. Untuk udang, selalunya encik hubby tak makan. Kuah dia ok lagi. So, menu ni hanya orang tertentu akan bedal :)

Menu mudah. Ambil masa dalam 20 minit (pastikan udang dah kopek kulit siap2).

Bahan:
1/2kg udang yang dibuang kepala & kulitnya
7-8 tangkai kacang buncis dipotong serong
1 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
250ml santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi

Penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai yang diketuk, asam gelugor dan santan cair (2 sudu besar santan pekat + 2 cawan air). Kacau rata dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan udang, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna dan nanas lembut. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacauhingga mendidih dan guna api sederhana.
3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, jika perlu. Biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau untuk elakkan santan pecah. Masak seketika, siap.

Cekodok Jagung Ungu, Nak Lagi Kaw Tambah Cili


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

1st time makan & mencekodok / menjemput guna jagung ungu.
Jagung warna ni tak semanis jagung kuning yang biasa kita makan. But still, enak juga bila dibuat kuih. Saranan saya, jika guna jagung ungu ni, lebihkan sedikit cili merah & tambahkan sedikit garam. InsyaAllah sedap.

Bahan:
1 tongkol jagung diambil buahnya (guna pisau)
1 tangki cili merah dihiris
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
1/4 baking powder
2 1/2 cawan air (jika adunan pekat, letak air sedikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Masukkan jagung, cili, bawang dalam satu bekas. Gaul.
2. Masukkan pula tepung, garam, baking powder, telur & air. Gaul mesra. Tambah air jika adunan pekat atau tambah tepung sedikit jika adunan cair
3. Biarkan adunan mesra dalam 5 minit. Panaskan kuali & goreng sejemput demi sejemput sehingga garing. Angkat dan toskan. Siap

Happy cooking

Rak buku yang kemas dan cantik.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah sebulan lebih saya tak update di blog. Agak sibuk sedikit kerana rumah under renovation so nak update masakan atau apa sahaja agak sukar. Alhamdulillah sekarang semua dah settle. Dan antara kelengkapan yang kami add-on untuk reno ni, kami request untuk customize rak buku. Yang ini tetiba encik hubby tanya, nak tak rak buku? Dah tentu akak angguk aje dek non, hehe...

Setelah digodek-godek gambar window bench & rak buku di Instagram & Pinterest, makanya dapatlah satu gambar (tengok gambar last sekali). Suami tunjukkan pada kontraktor rumah & dia berikan kami 2 quotation. Pilih mana berkenan & selaras dengan bajet. Dan Alhamdulillah ini hasilnya setelah direalisasi.

Meskipun ada masalah ketika pemasangan di mana bim rumah kami senget katanya, namun pekerja perabot dapat settlekan masalah. Mereka siap bawa gergaji khas untuk potong sedikit kayu untuk merapikan kayu almari. Makanya pemasangan mengambil masa hampir 4 jam.

Jika anda berminat untuk customise/tempah khas rak buku, almari baju, almari dapur, rak kasut dan lain-lain, boleh cari mana-mana contoh yang sesuai di Pinterest atau Instagram & WhatsApp/hubungi Encik Razep di 012-6219088. Dia akan berikan 2 quotation untuk harga (berdasarkan jenis material/kayu yang sesuai dengan bajet anda).



Nampak tak ruang di atas sebelah kanan? Di situ, bila letakkan almari buku, ia bergoyang & senget jadinya. Maka pemotongan sedikit kayu diperlukan. Mereka juga sendal kayu lain di kiri kanan dinding agar almari tidak bergoyang & terletak cantik. 


Setelah dirapikan & dikemaskan.  

Ini contoh gambar di Pinterest yang diambil untuk rujukan. Jika ruang di area tingkap anda kecil, boleh aje buat. Just search di Pinterest gambar window bench atau bookshelf in small area, maka akan keluar gambar-gambar yang menarik untuk anda pilih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...