Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 12 April 2018

'Rustic' Pastri. Janji Sedap...


Assalammualaikum & salam sejahtera semua.

Dah bertahun tak usik doh pastri ni sebab suami tak suka rotinya yang berlapis tu.
Tapi, dek kerana wifenya tetiba teringin bila ternampak doh pastri jenama Kawan kat Jaya Grocer, makanya marilah kita buat pastri.

Sangat mudah membuat pastri ni sebab dohnya yang dah siap. Kiranya kurang 1 jam dah settle blh makan.
Yang bestnya juga, kita boleh buat berbagai corak, cara & isian untuk inti pastri. Nak buah, coklat, kaya, inti daging or ayam or sambal, jadi aje... .

Jika pastri tak berapa cantik kejadiannya, takpe. Bak kata Chef Anna Olson & Chef Ezani, kita panggil kejadian tu sebagai 'Rustic'.

Nampak tak pelbagai rupa pastri dan dicuba buat. Janji sedap bila masuk mulut ;)

Beli pastry sheet jenama Kawan. Bila nak masak, pindahkan dari bahagian freezer ke bahagian sejuk biasa. Agak2 lagi 15 minit nak guna, baru keluarkan.
Doh pastri sangat sensitif. Bila lembik sangat & kena panas, kejadian puff pastry tu memang tak menjadi & doh akan rosak (tu yang Laura in the kitchen cakap). Untuk resipi ni, saya cuba guna cara Laura in the kitchen dan bentuk pastri ni saya buat ikut suka (asal boleh ngap, ok le tu... Rustic le katakan...)

Bahan-bahanya membuat puff pastri anda.

Bahan-bahan:
1. 2 keping doh pastri jenama Kawan
2. 100gm cream cheese
3. 1/2 cawan gula
4. 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
5. 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
6. 2 sudu kecil jus lemon
7. 1 kuning telur
8. 1/2 cawan blueberry
9. 3 biji strawberi
10. 2 sudu kecil tepung jagung
11. 1 biji bancuhan telur + sedikit air
12. Gula icing (jika suka)

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 185°c & sediakan loyang berisi parchment paper (saya guna loyang pizza aje)
2. Dalam mangkuk, masukkan cream cheese, parutan lemon, 2/4 gula, vanila & kuning telur. Gaul hingga mesra. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan blueberry, lebihan gula, tepung jagung & jus lemon. Gaul mesra & ketepikan.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas meja/work surface & kemudian ambil sekeping doh & gelek dengan pencanai (rolling pin) sehingga doh separuh nipis dari asal. Kemudian guna pemotong bulat saiz 4 inci (saya guna penutup botol besar aje) & potong 4 bulatan & letak di atas parchment paper.

Doh yang sudah ditekap.

5. Kaut sesudu besar campuran cream cheese & letakkan di tengah bulatan. Kemudian letak sesudu besar campuran Blueberry.
6. Sapukan keliling bulatan dengan bancuhan telur & lipat dua doh tadi & tekan kelilingnya. Sapu bancuhan telur lagi di atas doh berlipat & potong sedikit atas doh dengan hujung pisau bagi mengeluarkan udara ketika membakar.


7. Bakar pastri dalam 15-20 minit sehingga kuning keemasan. Putar kedudukan selepas separuh minit pertama dibakar untuk dapatkan bakaran sekata.
8. Selepas masak, biarkan sejuk seketika & kemudian debukan atas pastri dengan gula icing. Siap.


Happy cooking

Selasa, 10 April 2018

Blueberry Strawberry Milkshake


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sambil menyedut air buah yang sejuk tu, sambil tu kita dengar & baca komen tentang tarikh #pilihanraya kat media sosial.

Akak tengah belajar bertenang ni sebab tarikh keramat tu lah akak bakal terhegeh-hegeh bawak beg nak balik Malaysia dari oversea. Need to change flight schedule or not.

Bahan:
3 biji strawberi
12 biji blueberry
1 sudu besar madu
2 skop aiskrim vanila
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan ais

Penyediaan:
Kisar semua bahan hingga lumat. Tuang dalam gelas. Siap

Khamis, 5 April 2018

Telur Rebus Bersadur Berinti Ketam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya nampak kat IG @through_helenaeyesbuat golden balls dia. Nampak cam sedap & mudah. So, hari minggu ni saya ngetest. Alhamdulillah sedap.

Anda pun blh cuba...


Bahan:
3 biji telur rebus
1 biji telur dikocok
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan breadcrumbs
3 crab stick yang direbus
2 sudu besar mayonis
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali atau pan kecil. Api sederhana.
2. Sadur telur rebus dengan tepung dahulu kemudian salut dengan telur dan kemudian breadcrumbs. Selepas itu goreng sehingga telur berwarna keemasan. Setelah masak, letakkan di atas relai / kertas tisu. Biarkan sejuk.
3. Belah crabstick memanjang atau boleh aje potong kecil-kecil dan letaknya dalam satu mangkuk. Kemudian, masukkan pula mayonis, lada sulah & garam. Gaul hingga mesra.
4. Setelah telur sejuk, belah 2 & letakkannya dalam mangkuk kecil. Letakkan di atas telur campuran ketam & mayonis. Siap.

Happy cooking

Isnin, 2 April 2018

Chicken Popcorn / Popcorn Chicken


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Chicken popcorn atau popcorn chicken atau ayam popcorn ini sesuai dimakan dengan pelbagai cara menu masakan.
Enak dikudap-kudap depan TV, letak dalam spaghetti ataupun buat sandwich yang paling best.

Bahan:
2 ketul daging ayam tanpa tulang dihiris dadu
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk campurkan tepung dengan lada sulah, lada hitam & garam. Gaul mesra.
2.Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana.
3. Masukkan 3-5 ketul hirisan ayam dalam tepung & kemudian masukkan dalam telur & kemudian sadurkan kembali dengan tepung. Selepas goreng hingga keemasan. Selepas masak, toskan & siap.

Happy cooking

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...