Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 13 Oktober 2016

Karipap / Karipaf / Currypuff / Cornish Pasty, Pelbagai Nama Namun Rasanya Hampir Sama

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Today, saya nak kongsikan resipi old time favourite kebanyakan rakyat Malaysia ataupun rumpun Asia, karipap. Nama kuih ni memang ada macam-macam tapi, kalau orang Asia tengok, mesti tahu kesedapan & keenakannya yang tersendiri.

Kuih karipap ni memang sedap bilamana pertama kali saya menikmatinya pemberian dari encik tunang a.k.a encik hubby sekarang. Hehehe...
Masa tu, biasalah kan bila bakal-bakal bertukar juadah pemberian bila sesekali berjumpa. Dan karipap ini memang antara kesukaan saya dan keluarga.

Dan, terjadinya penghasilan karipap pada hari ini adalah kerana permintaan encik hubby berbulan lamanya nak makan karipap. Saya memang tak pandai buat. Selalunya saya hanya akan bantu mak mertua untuk kacau inti dalam kuali & klim kulit karipap tu. Mak mertua saya yang semakin berusia dan adakala sering sakit-sakit, tak berapa upaya nak buat lagi karipap ni. Makanya, demi suami tersayang, perut yang teringin & mak mertua yang dah kurang kuderatnya, saya belajar buat karipap hari ini.

So... meh saya kongsikan karipap oldies yang sedap, marvelous & lembut rangup ni. Kot le mana tahu korang nak ngetest atau jual. The recipe can be use... Janji, bila orang lain tanya mana dapat ilmu buat karipap ni, kongsikan aje dengan sesiapa pun. Jangan kedekut ilmu k... Pahala untuk kita semua bila dah tak ada nanti. Ingat pesan Rasulullah s.a.w tentang 3 perkara yang menjadi bekalan kita bila sudah tiada nanti.

Bahan-bahan:
Inti:
  1. 1 biji bawang besar - potong dadu/hiris nipis
  2. 1/2 labu bawang putih - dihiris nipis
  3. 3 sudu besar rempah kari daging dicampur suku cawan air
  4. 1 inci belacan
  5. 1 bahagian dada ayam dipotong kecil-kecil (nak guna daging pun boleh)
  6. 1 kg kentang - dipotong dadu (jangan kecil sangat sbb takut hancur bila masak & jangan tebal sangat sbb takut karipap susah nak katup bila klimkannya)
  7. 2 sudu besar kerisik (antara fungsinya untuk wangikan inti karipap)
  8. 5-6 sudu kecil garam - ikut rasa anda 
  9. 5-6 sudu besar gula - ikut rasa anda
  10. 4-6 cawan air untuk masak & empukkan kentang 
  11. 3 sudu besar minyak untuk menumis
  12. 1 genggam daun bawang yang dihiris (gaulkan bila api dah tutup ya. At least the colour will preserved)
  13. 2 tangkai daun kari (jika tiada, ganti dengan kayu manis)
Kulit:
  1. 1kg tepung gandum
  2. 2 biji telur saiz A
  3. 250gm mentega / planta (potong dadu jika mentega blok tu)
  4. 1 1/2 cawan air garam (cairkan 4 sudu kecil garam dengan suka cawan air panas dan tambah air sejuk)
  5. Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
Inti.


  1. Tumis bawang besar & putih sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan rempah kari, daun kari & belacan. Gaul sebentar dan masak sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan ayam dan sedikit air. Gaul sebentar.
  4. Masukkan kentang dan 5 cawan air. Gaul dan biarkan bahan sebati seketika. Bila mula menggelegak, masukkan garam & gula. Gaul dan masak sehingga kentang empuk. Jika kentang lambat empuk, masukkan secawan air lagi atau sehingga anda puas hati. Tapi jangan kentang tu lembik sangat tau. 
  5. Rasa jika ingin tahu inti anda masin atau tidak, sedap atau tidak. Jika ada terkurang, tambahkan apa yang perlu. Tutup api jika sudah masak dan masukkan hirisan daun bawang. Gaul mesra dan letak ketepi. Biarkan sejuk dan bahan mengering seperti dalam gambar.
Kulit karipap.

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas besar atau periuk besar (mudah nak uli dalam bekas besar atau bowl dahulu)
  2. Masukkan telur (pecah sebiji demi sebiji di dalam bekas kecil lain. Takut terkena telur tembelang or busuk).
  3. Masukkan mentega yang dipotong dadu. Ramas bahan hingga mesra.
  4. Masukkan air garam sedikit demi sedikit. Jangan sekaligus. Nanti adunan jadi terlalu lembik. Uli sehingga menjadi doh.
  5. Potong 4 bahagian doh besar tersebut agar mudah menguli di atas meja atau papan.
  6. Leperkan doh menggunakan penggelek atau rolling pin agar ia menipis (seperti gambar di atas). Jangan tebal sangat, nanti bila menggoreng, kulit karipap jadi tebal banding isi. Tekap doh yang leper dengan sesuatu yang bulat (saya guna penutup plastik balang raya). Ketepikan.
  7. Jika anda ingin buat karipap tu besar sikit, cari aje bekas bulatan yang besar. Kiranya nanti jadi macam karipap kingkong le. Ngeee...
Untuk kulit yang dah ditekap tadi, boleh aje timpakan seperti ini. Tapi jangan banyak sangat. 1 stack ada 10 kulit karipap ya. Yang kulit besar tu, saya nak buat ala-ala cornish pasty. Kita bakar dalam oven... :)

Setelah siap kulit & inti, maka mulalah proses mengelim karipap. 
  1. Letakkan sekeping kulit karipap di atas tangan. Letakkan inti dalam separuh sudu besar atau sejemput inti (jangan besar sangat, kang payah pulak nak dikatup & klim).
  2. Lipat dua kulit karipap tersebut dan kelepetkannya atau klimkannya seperti kita lihat karipap kat kedai tu. Tapi, jika anda tak reti nak kelepetnya/klimnya, boleh aje picit dan tarik ke atas kulit karipap kelilingnya atau paling mudah, penyek guna garfu keliling karipap. Susun karipap yang siap di atas bekas panjang atau tupperware. 
  3. Goreng karipap dengan minyak yang banyak dan sederhana panas. Bila dah masak, toskan. 
Susun aje seperti ini. Jika takut kulit tertanggal bila bertindih, letak keripap tu baring lah. :)

Tips:
1. Kulit karipap cepat kering bila dah ditekap jadi, untuk elakkan ia tidak kering sangat, kipas di dapur pastikan ia amat perlahan atau tutup dengan kain sedikit lembab bila dah siap.
2. Jika kulit karipap kering atau agak mengeras masa proses nak masukkan inti, pastikan bahagian lembab di dalam dan keras itu di luar. Kalau tak, susah nak klim kulit karipap tu.
3. Jangan guna api besar bila memasak kerana kulit karipap cepat hitam atau menggelembung dan ini akan sedikit menjejaskan rupa karipap tu.

Happy cooking everyone...

Selasa, 11 Oktober 2016

Cucur Badak, old time favourite

Assalammualaikum & Salam Sejahtera, Hello...

Cucur badak. Very oldies kuih. Masa kecil, tak berapa sangat nak makan tapi semakin dewasa, kuih-kuih lama mula digemari. Dan kali ini, saya cuba buat kuih cucur badak ini.

Insiden 'terbuatnya' kuih ini disebabkan oleh tetiba mata tertangkap tajuk blogger lain yang saya follow. Blogger masakan tersebut bila lihat gambar kuih ni, mak ai, terus akak terpegun jap dek non... Terliur memandangnya. Dan alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga buat kuih ni dengan pertolongan encik hubby & seorang lagi anak sedara yang baru baik demam.

Kuih ni, bagi pendapat saya yang amatur lah, agak sedikit sukar berbanding jika membuat puding karamel & kek sarang semut. You really need helper to make it. Tapi, bagi orang dah biasa buat kuih ni, mesti takde hal punyalah. Anyway, memang sedap kuih ni. Family sukakannya.

So, jom saya kongsikan resipi kuih ni yang saya ambil dari blog Azie Kitchen & juga komen dari pembacanya yang berkongsi ilmu.

Bahan-bahan untuk 35 ketul cucur badak (family ramai ya):
Untuk inti:
2/3 biji kelapa parut
150 gram udang kering (rendam dan kisar)
2 ulas bawang putih
3 biji bawang besar (rumah saya memang jarang guna bawang merah)
11 tangkai lada merah
2 cm halia
2 batang serai (kot le serai tu kurus, gunalah 3 batang)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
750 gram keledek (rebus dan lenyek)
5 - 6 sudu besar tepung gandum
5 - 6 sudu besar tepung beras
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan untuk inti:
  1. Panaskan minyak. 
  2. Kisar semua bahan kecuali minyak. Tuang bahan ke dalam minyak yang telah panas. Masak hingga menggelegak. 
  3. Masukkan kelapa. Kacau bahan sehingga mesra & rata. Tutup api dan letak di dalam bekas lain.
Penyediaan untuk kuih:
  1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak. Uli sehingga membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat. Jika tambah 1 sudu tepung gandum, tambahkan juga 1 sudu tepung beras. Kombinasi kedua-dua tepung ini akan membentuk kuih anda lembut dan kenyal & tidak keras.
  2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola tenis. Isikan inti di tengahnya. Kot nak kecil lagi, bentuklah ikut suka anda :)
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.
  4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos. Siap.
Kuih yang dibuat oleh encik hubby. Suka dia dapat makan kuih ni juga. Berketul-ketul dia makan. Lat luar ingat boleh makan berketul-ketul? Sorry... masak sendiri juga puas hati.

Happy cooking

Isnin, 10 Oktober 2016

Spiral pasta with vege @ Pasta spiral dengan sayur-sayuran

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya & Encik Hubby, Alhamdulillah boleh aje tekak ni masuk dengan menu ni. Jika masa muda-muda dulu jika dapat menu seperti ini, mesti saya tenung aje. Dalam hati berkata, 'Kenyang ke aku makan ni? Confirm tak puas makan.' Tapi sekarang, laju aje saya & suami makan sambil menambah 2 mangkuk + letak sikit sambal ketuk instant. Mungkin sebab faktor usia kot yang menyebabkan kami makan ini aje dah kenyang.

Untuk working mother, anak dara, orang bujang, bachelor yang tak sempat nak masak best-best bila balik kerja atau malas nak keluar rumah bila hujung minggu, menu ini sesuai untuk dicuba. It takes around 10-15 minutes. But, make sure masa beli barang dapur seminggu or 2 minggu sekali tu, include segala macam sayur, pasta, kiub ayam, fishball, crab stick & garam. Nak podeh , jangan lupa beli cili padi k.

Bahan-bahan:
  1. 3 genggam pasta spiral yang direbus. Rebus dalam 4-6 minit aje (kalau terlebih masa, pasta jadi overcooked)
  2. 2 ulas bawang putih dihiris
  3. 1/2 bawang besar dihiris
  4. 1 batang lobak merah dipotong mengiring
  5. 1 batang tangkai saderi dipotong mengiring
  6. 5-7 batang sawi dipotong sederhana besar
  7. 3 batang crab stick (apa aje yang ada dalam fridge tu). Potong ikut suka
  8. Stok rebusan ayam (guna 1/2 kiub ayam)
  9. Garam secukup rasa
Penyediaan:

  1. Rebus pasta dalam 3-4 minit. Toskan. Jangan lembut sangat sebab kita akan masukkan dalam kuah yang panas selepas itu. 
  2. Panaskan 1 camca besar minyak masak. 
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. 
  4. Masukkan lobak merah dan 1 cawan air. Biarkan lobak sedikit empuk. Masukkan batang saderi. 
  5. Masukkan sawi & kiub ayam. 
  6. Masukkan pasta spiral & garam secukup rasa. 
  7. Biarkan dalam 1-2 minit dan boleh tutup api. Siap.

Anda nak menikmati begitu sahaja atau letak cili kicap atau sambal atau apa sahaja, terpulang. Janji anda suka...

Happy cooking

Ahad, 2 Oktober 2016

Batik Time... Warisan Lama yang menggamit

Alhamdulillah...
Allah berikan kami rezeki mencuba kembali kraf batik.

Subhanallah... Semalam, kami ke Karnivel ICEPS di USIM. Mulanya hanya sekadar berjalan cuti hari Sabtu dan bila melihat banner yang tergantung di tiang-tiang elektrik di bandar Nilai last week, kami bercadang untuk ke sana.

Semalam, dapatlah bawa budak-budak berdua ni main game kanak-kanak, jalan-jalan & mewarna batik. Semalam juga beri mereka cuba mewarna kanvas batik yang sudah siap. Saje beri mereka merasa bagaimana hendak mewarna batik dan prosesnya.

Dan hari ni, Ahad, kami pergi lagi ke USIM. Pada awalnya hendak menyokong anak sedara yang memasuki pertandingan bayi comel dan bila habis turn dia, saya & hubby ke booth canting batik balik. Kali ini saya nak buat untuk projek bisnes saya. Saje... Dan pada masa yang sama, saya ajak hubby untuk membantu. Dalam diam tak diam, minat seni dia mula bangkit.

Encik hubby dengan seni warnanya...

Exactly, encik hubby pandang melukis & mewarna. Dia dulu pernah masuk interview melukis untuk sambung buat Diploma. Tapi, bukan rezeki dia. Sesekali masa kami bercinta, dia selalu hadiahkan saya lukisan yang cantik. Sampaikan orang ingat dia photostat gambar tersebut.

Sudahnya, saya buat 30% dari colouring tersebut dan selebihnya dia yang siapkan. Pada awalnya takde pertandingan. It just suka-suka pada sesiapa yang hadir ke situ. Dan tengah kami berdua mewarna dalam 10 minit, tetiba Encik Ismail (owner booth tersebut), bersuara agak kuat. Menyatakan ada pertandingan buat semua yang mewarna batik. Hadiahnya pula ditaja oleh ADABI.

So, apa lagi, kami pun ajak le anak saudara join. Just for fun dan tengok sama ada mereka minat seni atau tidak.

Just give them opportunity to try. Mana tahu akan datang salah sorang terminat bab seni ke.

Our batik colouring after finish

Sambil menunggu peserta lain menyiapkan batik mereka, depa bertiga sempat lagi main dam ular gergasi kat sini. Senang hati betul depa...


Kami berdua punya batik termasuk dalam top 10 & top 5 mewarna batik

Alhamdulillah, rezeki dapat nombor 5. Terima kasih lah kat pembantu Encik Ismail ajar kami mewarna dan membaiki warna yang rosak (specially time warna dah terkeluar garis lilin tu. Akak amatur dek non...) 

Anak-anak sedara dapat hadiah saguhati. Jadilah kan. Rezeki mereka... 

All the contestant with their batik colouring. Masing-masing happy buat something yang release tension dengan sesuatu yang lain dari biasa.

Moga industri batik atau kraftangan terus maju dan kekal zaman berzaman. Moga ada yang mewarisi seni ini dan harap ia tidak dipinggirkan (rupanya hari ini juga hari Batik Nasional di Indonesia. Akak ternampak dalam instagram tadi).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...