Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 19 Julai 2016

Lala masak cili padi pedas

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Oh lala lala...

Dah lama saya cari lala ni. Berbulan-bulan lepas isteri sepupu saya share di FB. Asyik takde stok atau habis aje bila cari.

Dan akhir, pergi ke Pasar Nilai 3 hari Ahad lepas untuk beli ikan, tiba-tiba, mata nama lala berbungkus besar berbanding ikan lain kat situ. Pantas saya tanya budak jual tu berapa ringgit. Tapi fikir panjang terus beli.

Alhamdulillah, bila makan semalam, saya, suami, anak-anak sedara, mak ayah mertua dan kakak abang ipar saya suka. Yes... lain kali boleh masak lagi (kalau jumpa lala ni lah...)

Bahan-bahan:
1. 3-4 tangkai daun kari
2. 2 biji bawang merah dihiris (dek kerana rumah saya jarang ada bawang merah, saya guna 1 biji bawang besar)
3. 3 ulas bawang putih dihiris
4. 15 batang cili padi dipotong (nak podeh lagi, pandai2 le tambah ya...)
5. 1 sudu besar udang kering (rendam dlm 1-2 minit)

Bahan pes (satukan semua bahan ini dalam mangkuk kecil):
6. 1 pek kecil rempah kari ikan
7. 5 sudu besar kicap pekat
8. 5 sudu besar kicap cair
9. 3 sudu besar sos tiram
10. 1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk

11. 1-2 cawan air
12. 1kg lala
13. 2 sudu besar minyak masak
14. Garam secukup rasa

Pes yang telah digaul semuanya...

Bahan tumis...

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, daun kari & udang kering. Goreng sehingga naik bau atau bawang sedikit garing.
2. Kemudian, masukkan pes tadi dan kacau. Masak sehingga pecah minyak dan tambah air. Bila mendidih, gaul dan tambah sedikit garam secukup rasa.
3. Masukkan lala dan gaul perlahan-lahan sehingga mesra. Kemudian tutup lala di atas kuali tu dengan tutup periuk nasi atau apa aje yang sesuai bagi memastikan lala masak sekata. Biarkan dalam 4-5 minit api sederhana.
4. Angkat penutup dan gaul perlahan-lahan lala tersebut & jika anda dah pasti lala sudah masak semuanya, bolehlah tutup api (jika masih belum masak sebab kuantiti lala banyak, tutup sekali lagi dengan penutup periuk dalam 2-3 minit).

Happy cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...