Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Adakala. Bukan adakala tetapi selalu kita dengar orang berkata-kata sewenang-wenangnya tanpa terfikir atau terlintas di hati mereka yang kata-kata itu boleh membuatkan orang sakit hati atau kecil hati. Dahulu, saya ada perangai ini tetapi bukan melalui percakapan tetapi lebih kepada kata-kata di dalam hati. I under estimate certain people. Saya selalu buat andaian bila terpandang rakan ini keadaanya begini, mesti dia biasa-biasa aje. Bila orang ini pula saya assume yang dia macam ni pula perangainya atau keadaanya pada masa akan datang.
Dan... apa yang saya assume itu, akhirnya Allah tunjukkan buktinya satu persatu. Saya bukam. Saya diam. Saya mula belajar menilai kembali akan apa yang saya fikirkan dan andaikan dahulu. Ya, kita tidak tahu keadaan future kita bagaimana dan keadaan. Allah itu Maha Besar dan Maha Penyanyang. Dia ajar saya dengan caraNya yang tersendiri. Dan saya belajar untuk menilai kembali banyak perkara yang berlaku di sekeliling saya.
Saya pernah berkecil hati dengan seorang hamba Allah ini. Dia menyatakan depan saya & ibu mertua saya yang wanita bila berusia 35 tahun sudah tidak boleh beranak lagi. Ya Allah, hanya Dia yang tahu rasa hati saya saat itu sehingga kini. Setiap kali saya teringatkan kata-katanya yang sesedap rasa menuturkan kata itu, hati saya pedih & sedih. Dan, sekali lagi Allah menunjukkan pada saya agar berhati-hati dengan kata-kata yang dituturkan. Allah perlihatkan kepada saya yang hamba Allah itu mengandung pada usia melebihi 39 tahun. Bila terjadi depan mata saya keadaan ini, saya terfikir kembali, buktikah yang Allah mahu tunjukkan pada saya ini? Dia mahu saya tahukah yang Dia berkuasa memberikan zuriat pada bila-bila masa atau pada siapa sahaja? Dan satu lagi bukti Allah tunjukkan pada saya, seorang jiran saya yang tidak memperolehi zuriat selepas 13 tahun berkahwin akhirnya melahirkan zuriat pertamanya semalam. Subhanallah, Allahu Akbar. Moga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mereka berdua.
Satu lagi perkara yang buatkan saya terdiam bila mendengar bicara hamba Allah ini ketika memandang rendah akan orang lain. Dia kata budak ini tak pandai. Takkan pandai. Saya menyanggah kata-katanya itu dengan memaklumkan beberapa rakan-rakan saya yang kurang berjaya sebelum ini telah berjaya dalam hidupnya dan ada juga yang pada awalnya nampak bijak dan cerdik tetapi akhirnya membuat tindakan yang tidak terfikir di fikiran kita.
Allah akhirnya menunjukkan saya sekali lagi kesan pada kata-kata ini. Alhamdulillah, kanak-kanak yang dipandang rendah dahulu & diperlekehkan akan kekurangan kebijaksanaannya akhirnya berjaya sedikit demi sedikit. Hanya Allah yang tahu betapa saya gembira. Saya gembira dia berjaya dalam pelajarannya yang tersendiri dan saya gembira kerana hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan di hadapan mata saya.
Bagi saya, pada zaman yang mencabar dan akhir zaman ini, apa yang penting bagi manusia adalah berusaha untuk mendapatkan redha Allah dan mencari rezeki yang halal & diberkati. Banyak orang berjaya tetapi lihatlah apa yang terjadi padanya dan keluarga. Perjalanan di dunia ini tidaklah panjang mana, so, cubalah kita berusaha untuk berbuat kebaikan dan pahala untuk saham akhirat kita.
Ada satu kata-kata dari ulama terdahulu yang saya baca dalam buku Dalam Hati Ada Syurga, "Jika aku lihat isteri dan anak-anakku berkelakuan tidak baik pada hari itu, akan akan mula berfikir apakah kesalahan atau dosa yang aku telah lakukan sehingga mereka bertindak begitu." Wahai ibu dan ayah mahupun ketua keluarga di luar sana, berusahalah mendapatkan rezeki yang baik buat keluarga dan berhati-hatilah dalam perbuatan dan tindakan kita. Takut nanti ia memakan diri kita satu hari nanti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan