Pada mulanya saya tak minat nak pergi ke HALFEST ni. Dari Nilai nak ke KL semata2 nak makan2 aje. Tapi alih2 saya dpt order yg byk utk buku2 Telaga Biru hari Khamisnya. Pastu en hubby pun ajak pi jalan2 hari Sabtu nanti. Dah rezeki agaknya, saya ke sana juga akhirnya. Bawak le skali anak2 sedara.
Masuk aje ke dewan PWTC, nampak mcm org beratur2 aje. So, tanya le depa2 yg sibuk dok isi borang kat situ. Rupanya pihak penganjur soh isi borang. Barangkali nak tau berapa ribu orang yg attend fiesta makanan ni kot. Nasib jugak saya bawak business kad, kalau idak makin lama le beratur nak masuk ke dewan pameran. Siap depa bagi gooedis bag lagi tu. Hehehe... TQ CIMB Islamik...
Gambar pertama kami bila sampai ke pintu masuk dewan. Makcik dia ni yg over acting pulak. hahaha... ni semua si Nureen punya kerjalah ni. Virus merebak...
Sebaik masuk, bermulalah aktiviti eksplorasi kami. Pergh, banyaknya benda2 makan utk testing. Ada coklat, air, froven food, biskut, kerepek, keropok, pelbagai jenis asam, minyak wangi, kek, kain, make-up dan macam2 lagilah. Seronok saya, hubby dan anak2 sedara. Mana taknya pergi booth ni org suakan air. Pergi booth sana, org suakan sample biskut & kerepek. Pergi depan sikit, ada sup dan kuih. Bak kata Johan dlm Edisi Khas, 'makanlah, jgn malu2. Kalau malu2, jgn makan2.' Hehehe... So, semua org kat dalam PWTC tu hulur aje tangan utk ambil makanan.
Our first booth yg dilaburkan duit. Coklat yg sedap...
Booth Telaga Biru yg sentiasa ada pengunjungnya...
Mari ngetest makanan dari negeri bumi kenyalang
Ngetest makanan dari negeri di bawah bayu pulak. Dapat saya makan amplang dan beli kuih cincin. Hilang rindu sekejap pada Sabah. Hehehe...
Ce teka, orang ke patung???
TERBAIKKK...
Tapi, ada satu insiden kurang menarik masa kat HALFEST ni. Ada satu booth ni, kami pergi. Tujuannya mmg nak beli tepung goreng ayamnya. Sejak pakai tepung ni, ayam goreng besalut tepung saya mmg sedap mcm KFC. Entah mcm mana masa org jaga gerai tu sarankan satu tepung hot n spicy dia, saya beri komen (dia ada 3 jenis tepung goreng ayam). Saya kata tepung hot n spicy ni masin sgt. Masa mula2 beli ok, tapi after that dia jadi masin. Jadinya saya bertukar kpd tepung flavor KFC dia. Rupanya org yg jaga gerai tu (cik kak ni) tak blh terima komplen.
Dia kata, "Tepung ni ok aje. Sedap. Tak pernah ada org komplen pun."
Saya pun balas le balik, "Betul sedap. Tapi masa mula2 saya beli dulu. After 2nd time I beli, rasa dia masin sgt."
Dia pun jawap, "Mana ada masin. Ok aje."
Hubby pulak jawap, "Masa mula2 beli mmg betul ok. Sedap. Tapi after 2nd time we buy, masin. Tu pasal kami tukar tepung lain."
Dahnya saya malas nak panjang2 cerita, saya terus tanya berapa dia jual tepung tu. Bukan apa, saya beli sbb nak berikan pada mama saya dan stok di rumah yg tinggal sikit. Dah beli, baru dia n the geng diam.
Tu hubby kata, patutnya dia tak blh argue sgt dgn kita. Sbb kita percaya produk dia dan terus beli, bukannya tanya dan testing2 aje. Mcm tu juga yg kami terima bila beli 1 produk murtabak ni. Dia jual RM13. Saya tanya, "blh kurang tak?" Dia kata tak blh. Saya faham. Bila saya tanya lagi, "kalau beli 3 blh kurang tak?" Tokeh dia yg pompuan ni kata tak blh. Last skali saya tanya hubby, nak beli berapa. Dia kata 5. Saya tanya lagi, "kalau 5 tak blh kurang ke. Banyak ni." Dengan muka tak puas hati n sedikit kelat, lambat2 dia congak dlm kepala. Kemudiannya baru dia kata, "Oklah RM60." Tengah staf dia bungkus2, baru nak tanya kami, "tak nak try rasa ke?" Terus saya geleng kerana saya tahu murtabak ni sedap. :)
Gambar En. Hubby n anak2 sedara. Semua pakat pegang plastik dan beg sandang berisi barang makanan. Nasib pi time promosi, murah le skit. Kalau idak, mau 1 or 2 plastik aje pegang. Hehehe...
Anyway, insyaAlllah, jika panjang umur lagi tahun hadapan, kami dah berhajat nak dtg lagi. Tapi kena siapkan perut yg sedikit kosong utk testing2 makanan yg halal & tidak diragukan (dah dpt permission JAKIM & HDC tu kira halallah kannn...).