Hari ni saya nak kongsikan sedikit artikel dari buku Dr. Danial Zainal Abidin. :)
Pasangan hidup kita adalah sumber kekuatan & ketenangan bagi diri kita. Allah berkata dalam surah al-Rum ayat 21, "Di antara tanda kebesaran Allah ialah Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antaramu perasaan kasih sayang & belas kasihan".
Nabi Muhammad saw ketika bertemu Jibrail buat kali pertama di Gua Hiraqterus diserang ketakutan & beliau kembali ke rumahnya di Mekah. Isteri beliau, Saidatina Khadijah menyejukkan hati beliau dengan kalimah-kalimah ransangan yang mendamaikan iaitu, "Allah tidak akan menyusahkan kamu kerana kamu selalu menghubungkan tali persaudaraan, selalu menolong golongan susah, selalu memuliakan tetamu & menolong mereka yang berada di atas kebenaran".
Rakan2 yang baik juga sumber kekuatan. Menurut Muslim & Ahmad, Nabi Muhammad saw berkata, "perumpamaan orang mukmin di dalam kasih sayang, belas kasihan & tolong menolong sesama mereka adalah seperti satu badan, jika salah satu anggotanya sakit, seluruh anggotanya juga sakit sehingga terpaksa berjaga malam & menderita deman".
Menurut Bukhari & Muslim, Nabi Muhammad saw berkata, "rakan yang baik adalah seperti penjual minyak kesturi. Dia mungkin memberikan sedikit minyak itu kepadamu ataupun kamu boleh membeli terus minyak itu daripadanya. Paling kurang kamu dapat mencium bau minyak wanginya".
Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi Kemaskini). Dr. Danial Zainal Abidin. 2011. PTS Millenia. Batu Caves, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan