Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 24 Februari 2011

Promosi Novel JS Adiwarna 15% Diskaun

Jom pakat timba ilmu sambil membaca dengan koleksi novel-novel JS Adiwarna. Diskaun 15% untuk semua buku dan penghantaran percuma diberikan. Layari belidiskaun.blogspot.com.

Goodies turut diberi juga untuk pembelian mana-mana 3 buah buku... :)

Selasa, 22 Februari 2011

Akaun oh akaun


Huaaaahhhh.... Macam mana ni...??? Dah lama giler tinggalkan buku akaun, alih2 skang ni nak kena ngadap balik. Cik Hubby dah tolong skit tapi saya yg 'slowmo' dalam akaun ni terkebil2 aje bila dia terangkan... Adulah... Dapat pickup pun sikit2 aje.

Bila tengok buku2 akaun ni teringat time saya belajar dulu kat ITM. Oleh kerana tiada basic langsung bab akaun, first exam aje saya dapat markah kedua terendah dari bawah. Aduhai... terasa diri amatlah tidak pandai langsung. Nasib baik bekas pensyarah saya tu faham akan kelemahan saya dan beberapa kawan yang lain. Kami dapat extra hour belajar akaun dengan dia. Dan Alhamdulillah, dalam 4 minggu aje kami dah boleh memahami apa benda yang diterangkan (ok le tu utk saya yg zero ilmu akaun masa tu).

Dan sekarang, saya terkebil2 balik bila menatap buku akaun. Ish, rasa ngeri pulak bila terbayang2 yang akaun saya tak balance nanti.

mari belajar akaun kembali. pandai ke saya bab trial balance n ledger ni... aduiii...

Khamis, 17 Februari 2011

Cover baru untuk "Misteri Bunyi di Gunung Nuang"


TERIMA KASIH JEMARI SENI...

Itu yang saya benar-benar ucapkan dari hati. Alhamdulillah, buku keempat saya ini sudah berwajah baru. :)

Isnin, 14 Februari 2011

Langkah Mencintai Allah

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun, cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah lah yang selayaknya dikejar.

Petua-petua bagi merasai manisnya mencintai Allah.
  1. Amalkan segala suruhanNYA dengan bersungguh-sungguh & tidak banyak soal & alasan.
  2. Jauhi larangan Allah & jangan sesekali mendekatinya apatah lagi melakukannya.
  3. Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup & dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
  4. Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  5. Reda atas segala ketentuan qadak & qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  6. Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati & juga lidah.
  7. Anggaplah dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (riwayat Muslim).
  8. Renew. Sentiasa perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat.
  9. Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNYA.
Rujukan: Pahrol Mohamad Juoi. m/s 19. Solusi Isu 23. Telaga Biru Sdn Bhd.

Ahad, 6 Februari 2011

Ada sesiapa berminat tak kereta antik?


Ada sesiapa yang teringin nak beli kereta antik?

Ayah mertua saya nak jual kereta FORD 1973 ni. Enjin Dutsun 1.6. Body dia "besi waja" tau. Mana taknya orang langgar dia, kereta orang tu kemik. Dia langgar kereta orang lagi le kemik.

So, if ada yang berminat, boleh emel saya. Harga dalam RM1700 ke bawah. Masih boleh dirunding lagi tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...