Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 29 Oktober 2009

Amik tempahan buku Puteri Elina dan Budak Salji

Tengahari tadi pergi ke Karnadya. Amik stok-stok buku HPE1, HPE2 dan Budak Salji + agreement juga. Stok ni saya ambik banyak-banyak bukannya apa, ada member-member dok order.

Saya publish ler kat status di facebook (saje2 buat promosi) tentang buku baru ni dan Alhamdulillah hasilnya amatlah menggalakkan. Ramai yang meng'order' buku Budak Salji dan ada juga memilih utk gabungan ketiga-tiganya. Bila dah ada orang dok memesan, saya pun bagi ler harga diskaun. Dan, lagilah ramai yang memesan (tetiba aje jd usahawan internet jap, hehehe...). Walau apapun saya memang ucapkan terima kasih banyak-banyak kat member-member yang menyokong. Moga-moga mereka suka dengan buku saya (dan jika ada kritikan, harap2 saya dpt memperbaikinya lagi pada masa hadapan). Bukan itu sahaja, saya betul-betul bersyukur padaNya kerana buku Hadiah Puteri Elina 1 sudah memasuki cetakan kedua (terima kasih ya Allah).


Ni lah dia tempahan yang diambil untuk kawan-kawan. HPE2 yang sikit sekali pasal stok lama masih ada. Yang buku Dol Leman tu saya beli untuk bacaan diri sendiri ler (okey bangat cerita pokcik Mersik ni, hehehe...)

Gambar Fatin ni saya amik masa dia syok aje baca bila dah dapat copy untuk dia dan adik-beradik. Alhamdulillah, nak jugak dia membaca kalau tak asyik main lai lai li tam plum aje...; Gambar bawah pula, saya terpaksa rela kena snap gambar ni pasal si Nurin dah nampak saya amik gambar kakak dia, dia pun nak sekali... Memang pantang nampak kamera betul si kenit nih...



Sama tapi tak serupa. Entah macam mana cover Budak Salji ni tersama pula dengan pakaian anak adik saya masa hari raya baru ni. Dua-dua berbaju kuning dan bersongkok.

Isnin, 26 Oktober 2009

Pengantin dan wanita dalam haid memasuki masjid

Dah seminggu rupanya saya tak add entry baru. So, kali ni saya nak kongsi satu ilmu yang saya perolehi dalam majalah solusi yang baru (this magazine was full of knowledge. love it so much).

Tak lama lagi musin cuti sekolah akan tiba. Maka, ramailah saudara mara or adik beradik or kawan-kawan yang akan bernikah. Tapi, ada satu perkara yang sering diringankan atau tidak diendahkan sangat oleh wanita ketika memasuki masjid untuk menghadiri upacara nikah iaitu haid atau period. Di sini saya ingin kongsikan hukum perempuan yang sedang dalam haid masuk ke masjid untuk upacara akad nikah.

Menurut Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani, hukum perempuan haid memasuki masjid bermula dengan perbezaan pandangan dalam memahami maksud firman Allah di dalam surah al-Nisa' ayat 43, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghampiri solat dalam keadaan mabuk sehinggalah kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan dan janganlah dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan sehinggalah kamu bersuci."

Imam al-Syafi'i dalam mentafsirkan ayat ini menyebut: "Sebahagian ahli ilmu telah menyatakan bahawa , 'Janganlah dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan,' bermaksud janganlah menghampiri tempat mengerjakan solat dalam keadaan berhadas kerana perkataan melintasi hanyalah untuk tempat solat sedangkan tiada (melintas) di dalam solat."

Hukum wanita yang didatangi haid adalah haram untuk masuk ke dalam masjid walaupun untuk urusan perkahwinan. Jumhur fuqaha menegah wanita haid masuk dan menetap di dalam masjid. Ini berdasarkan beberapa hadis yang jelas mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w. menegah wanita yang dalam keadaan haid menetap di dalam masjid. Antara sabda Baginda yang bermaksud, "Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari musalla." (Riwayat al-Bukhari, no. 324).

Al-Hassan dan al-Syafi'i memberi kelonggaran untuk sekadar melintasi masjid dan bukan untuk menetap di dalamnya. Maka, para wanita perlu mengambil perhatian agar tidak meringankan larangan di atas.

Khamis, 15 Oktober 2009

Kelebihan Za'faran @ Saffron @ Crocus Sativus

Sudah dua bulan saya dan hubby minum jus tok guru. Kami mula ambil jus ni masa pertengahan bulan Syaaban hari tu (awal bulan ogos). Mulanya kami dengar pasal jus ni ketika dalam perjalanan ke hospital untuk hantar hubby saya buat fisioterapi bulan Jun hari tu. Saya cakap pada hubby, 'Bagus ya jus ni. Ada macam-macam makanan sunah nabi dan para sahabat ada dalamnya'. Tapi masa tu sekadar cakap sahaja tak langsung terfikir nak beli lagi.


Namun setelah berkali-kali dengar di radio dan memang sudah ketentuanNya, saya dan hubby akhirnya cuba juga membeli jus tok guru ni di Giant Taman Melawati (masa tu tgh temankan mak beli kain baju raya). Dan Alhamdulillah, sehingga kini kami masih lagi mengambilnya. Dan satu kesan yang dapat saya kongsikan ialah saya dan hubby kurang rasa hendak tidur sangat. Atau erti kata lain, letih dan mengantuk (dah mcm or marketing company ni lah pulak. hehehe...). Masa mula-mula tu memang tak ada perasaan pun tapi bila dah cecah dua bulan ni baru terasa mata cepat sahaja segar dan kepala saya dah mula berfikir mcm lrt (bkn mcm komuter lagi yer...).


So, kali ni saya nak kongsikan salah satu makanan terbaik dunia dalam jus tok guru ni. Kalau habbatus sauda ramai orang dah tahu, tapi za'faran ni pasti ramai yang masih tertanya-tanya macam saya mula-mula dulu (kalau mmg dah tahu awal2 baguslah).




ZA'FARAN iaitu Saffron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna ungu (Ingat, yang ungu tu daun tau bukan bunga). Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering (yang berwarna merah yang paling mahal) yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo (huiyo!). Ia turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


Antara khasiat Za'faran yang dapat saya kumpul dari internet ialah:
1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
3. Sakit kepala atau migrane dan asma
4. Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
5. Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
6. Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
7. Bengkak hati atau hipatitis A dan B
8. Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
9. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
10. Menambahkan tenaga zahir dan batin
11. Masalah mati pucuk, sembelit
12. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
13. Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
14. Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
15. Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
16. Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
17. Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
18. Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.


Ini semua akan dirasai dengan izin Allah.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Menariknya tumbuhan ciptaan Allah

Sedang saya mencari senarai binatang dan tumbuhan yang diancam kepupusan untuk novel seterusnya, saya telah temui sesuatu yang menarik. Ya, gambar-gambar yang membariskan tumbuh-tumbuhan yang pelik, menarik, diancam kepupusan, merbahaya, eksotik dan juga memberi faedah besar kepada kita. Jom kita tengok...


Ini gambar tumbuhan yang dianggap pelik. Dalam 4 gambr ni, satu aje yang saya kenal, pokok periuk kera kat sebelah bawah kiri tu.


Bunga-bunga di atas ni nampak cantikkan. Tapi ada di antaranya betul-betul berbisa seperti sengatan ular dan kala jengking.


Ini pula kelompok tumbuhan yang pelik tapi diancam kepupusan. Agaknya sebab pelik sangat, orang amik untuk buat koleksi kot. Dari atas kiri: bunga rafflesia, pokok baobob, titan arum dan venus fly trap.

Pokok Venus Fly Trap ni selalu kita tengok kat dalam filem-filem orang putih. Kalau tak percaya dia pokok yang memang makan benda bernyawa, cuba tengok gambar di bawah.


Yang ini pula spesies tumbuhan yang menyumbangkan kebaikan dalam industri perubatan kita. Tapi kalau disalahguna, boleh jadi melarat seperti pokok marijuana dan bungan popi tu.

Gambar yang ini pula adalah tumbuhan yang dianggap eksotik oleh orang putih. Hah! Buah durian dan buah naga pun glemer juga ya di kalangan mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...