Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam goreng Korea rangup di luar lembut di dalam

Ayam goreng Korea yang rangup

 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak ayam goreng korea atau dikenali sebagai Yangnyeom-tondak, yang dikatakan originalnya mestilah rangup di luar dan lembut di dalam. Saya terjumpa resipi ni masa tengah skodeng Youtube masak 2 bulan lepas. Masa ni, abah dah sakit dan baru selesai pembedahan pertama. Jadinya, hati rasa lega sikit. 

Dan bila pembedahan kedua juga berjaya, Alhamdulillah, saya carilah resipi ayam goreng korea ni. Bukan apa, suami jenis yang makan ayam jadi, as his wife, kenalah cari menu yang dia suka makan. Dan hari abah meninggal (sehari sebelum tu dia ok aje), paginya, saya singgal AEON untuk beli skit barang dapur dan juga gochujang. Saya dah bercadang nak buat menu ayam ni beberapa hari lagi. Tapi, takdir Allah tiada siapa tahu. Udahnya, selepas sebulan seminggu, barulah saya dapat guna pes gochujang ni. Itupun, masa masak, teringat-teringat kat dia. Selalu abah akan ke dapur dan tanya, "Masak apa tu?" atau sebelum ke bilik air, dia akan jengah menantu dia ni masak apa hari tu bila lama sangat kat dapur. Takpelah, itu semua kenangan baik yang ada. Ingatlah sampai bila-bila.

Ok, resipi ni saya dapat dari Youtuber Korea nama Maangchi. Saya pernah guna resipi dia juga untuk buat pajeon ayam dan makanan laut. Kali ni, saya guna resipi dia juga untuk ayam goreng korea rangup ni. Rupanya, untuk dapatkan ayam yang rangup versi korea, kenalah guna cara menggoreng dua kali dan juga telur untuk sadur keseluruhan ayam dan tepung. Elakkan guna air ya. 

Ini saya kongsikan resipi maangchi. Oh ya, bab saiz ayam tu, ikut suka andalah nak besar ke, kecik ke, sedang ke. Janjinya, bahan semua ada.

Bahan-bahan untuk ayam goreng korea

Bahan untuk ayam goreng:
10 ketul ayam siap dipotong
1/2 cawan tepung ubi kentang
1/4 cawan tapung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1/2 sudu kecil baking soda
2 biji telur ayam
1 sudu besar bijan yang disangai



Bahan untuk sos saduran ayam:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar minyak masak
1/3 cawan sos cili
1/4 cawan gochujang
2 sudu besar gula
2 sudu kecil cuka

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung ubi kentang, tepung gandum, garam, lada hitam, baking

Air limau asam boi, air yang bukan setakat sedap tapi menggamit memori


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Air limau asam boi ni memang femes kalau kita makan kat kedai tomyam atau restoran Melayu. Air masam-masam manis ni memang menyegarkan bila dah sedut atau hirup sejuk-sejuk. 

Dan, air ni pun ada nostalgianya dengan arwah ayah mertua. Pernah saya buat air ni tahun lepas dalam satu jug kecil. Siap aje, terus saya cakap ke abah, "Abah, fisyah ada buat air limau satu jug. Ada dalam fridge tu. Nanti amik ajelah." Dan udahnya, seharian dia dok ulang alik bukak tutup peti air. Dan esoknya, bila saya buka fridge, tengok-tengok dah kosong jug tu. Laa... suka rupanya air ni.

Ini saya kongsikan resipi air limau asam boi satu jug kecil. Anda bolehlah cuba buat untuk keluarga tersayang. 

Bahan:
4 biji asam boi
6 biji limau kasturi
5 sudu besar gula putih
1 cawan air panas
2 liter air sejuk / air biasa
1 mangkuk kecil kiub ais

Penyediaan:

1. Rendam asam boi dalam air panas dalam 3 minit. Kemudian, masukkan dalam air dan asam boi ke dalam jug. Masukkan pula gula. Kacau sehingga gula larut.

2. Masukkan pula perahan limau kasturi dan beberapa kulit limau yang diperah ke dalam jug. Masukkan pula air sejuk. Kacau hingga mesra dan masukkan pula air kiub. Kacau sekejap dan sedia untuk dinikmati air limau asam boi kita. 

Mi segera goreng mudah masak, tetamu datang mesti laku keras bila hidang


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bila masak mi goreng segera ni (dulu kita panggil maggi goreng mamak tapi sejak boikot pada isi G & P, kita guna aje apa sahaja brand yang sesuai) mesti teringat kali pertama saya cuba masak dan hidangan ni laku keras bila buka puasa sampaikan arwah FIL tak sempat merasa. Esok paginya, dia request soh masak lagi mi segera goreng ni untuk buka puasa tapi kena lebih sikit sebab dia tak dapat makan semalam. Sanggup tu dia & MIL keluar duit beli barang masak asalkan dapat makan mi segera ni dan famili lain pun dapat makan juga. First time lah masa tu, masa 6-7 paket mi segera. Rasa macam Hulk Hogan kejap bila kena gaul sekuali penuh mi & isinya. 

Kali ni, saya kongsikan sekali lagi resipi mi segera goreng plus ada penambahan bahan & tip skit. 

Bahan-bahan untuk 4 orang makan:
4 paket mi segera (boleh aje guna apa sahaja brand yang kita tak boikot)
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar cili giling (Jika nak pedas, bolehlah tambah)
2/3 cawan air
1 biji tomato potong kasar
2 keping isi ayam dipotong kasar 
1 keping fish cake / 6 biji fish ball dipotong kasar
1 biji kentang dipotong dadu & siap digoreng
4 perencang mi segera
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 biji telur
1 biji tauhu basah
6 tangkai bak  choy dikerat kasar
1 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menumis
*Guna kuali besi tebal yang besar & warna hitam tu. Hasil akan lebih seperti kat kedai mamak*

Penyediaan:
1. Rebus mi segera dahulu dan toskan. Ketepikan dan kemudian, panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali. Setelah panas, goreng kentang yang didadu tadi sehingga nampak separuh garing. Angkat dan ketepikan. 
2. Dalam kuali sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan sedikit garing. Kemudian masukkan cili giling. Kacau sebentar dan masukkan air dan tomato. Kacau lagi dan biarkan cili masak sebentar. Setelah mendidih agak lama dan kelihatan sedikit garing masukkan perencah mi segera.  Tambah sedikit air jika kering. Masukkan ayam yang dipotong  kasar itu, kacau sebentar dan biarkan ia masak seketika. 
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau hingga mesra. Bila mendidih, masukkan pula fish cake / fish balls. Tambah sedikit air dan kacau. Biarkan masak sebentar. 
4. Ketepikan bahan tadi dalam kuali dan masukkan pula 2 biji telur. Masak sebentar dan pecah-pecahkan ia macam buat scramble eggs tu. 
5. Bila telur dah 3/4 masak, masukkan mi segera yang telah ditoskan tadi berserta dengan sayur bak choy. Kacau sekejap dan kemudian, ramas sebiji tauhu tadi atas mi segera dalam kuali. Masukkan juga kicap pekat atas mi. Kacau semua bahan agar sekata dan sedikit garing. Masukkan pula kentang goreng didadu tadi dan kacau sehingga mesra. Bila anda dah puas hati dengan warna dan kegaringan yang diinginkan, bolehlah angkat mi segera goreng kita dan letakkan dalam pinggan atau mangkuk besar. Taburkan dengan sedikit daun bawang atau hirisan cili merah.Siap mi segera goreng kita yang ala mamak untuk dinikmati.

Pulangnya ke rahmatullah ayah mertua yang baik (Part 4: Kondisi abah memburuk dan perlu pembedahan ke-2)


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hampir sebulan ayah mertua baik saya dijemput Allah. Kali ni, saya sambung semula kisahnya bermula dari dia ke hospital hanya untuk cabut benang jahitan di kepala hingga dia terpaksa buat pembedahan kali ke-2.

23 Julai 2025, Hari ni abah ada appointment doktor. Untuk cabut benang di kepala pada jahitan pertama. Masa ni abah ok lagi. Boleh naik kereta seperti biasa, boleh menyandar dan berbual dengan orang keliling meskipun tak seramah masa sihat. Bila kena menunggu untuk jumpa doktor, ok aje abah waktu ni duduk kat kerusi roda. Masa doktor cabut jahitan tu, dia ada reaksi sakit tapi boleh tahan lagi. Masa ni kami rasa lega. 

Abah masa ni kalau orang lihat, dia ada potensi untuk sembuh

24 Julai 2025, Hari ni abah demam. Biras saya inform famili. Jadinya suami, biras n anak dia bawa abah pi klinik hospital Aurelius semula. Nak dapatkan rawatan biasa sahaja awalnya. Jam 10.43 suami inform, BP abah naik 187/85 utk 1st dan 163/87 untuk kali kedua. Abah kena tahan kejap kat hospital untuk drip air dan check darah. Tak lama kemudian, jam 1.14 abah kena buat x-ray. Doktor kemudiannya inform abah ada jangkitan kuman di paru-paru dan paru-paru berair sedikit. Abah kena warded semula. Allahu Akbar. Masa ni kami berharap abah dapat lawan kuman yang 'kacau' dia dan luka di kepala abah dapat sembuh elok. Tapi masa ni kelihatan abah makin melemah. Nak bernafas pun kena guna nebulizer. Bila nak makan benda pejal skit macam roti, dia tersedak. 


Dalam jam 4.25, abah dipindahkan ke wad sharing dengan sorang lagi pesakit lain. Masa ni abah dah tak banyak cakap. Anak sedara yang pergi ziarah pun inform yang atuk nampak banyak menung. Dan waktu ini juga, ada ketika, abah silap sebut nama. Dia jumble up dengan entah nama siapa-siapa. 

25 Julai 2025, Awal pagi tadi, rezeki abah, dia dapat pindah ke bilik seorang. Ada kekosongan. Tak lama kemudian, doktor yang buat pembedahan pertama abah check semula kondisi abah. Dia pelik lihat tahap kesihatan yang tak seperti dijangkakan. Dia sarankan untuk buat MRI terus untuk pastikan tiada darah beku lain atau saluran darah di otak tiada masalah. 

Saya datang jenguk abah dekat jam 11 pagi. Masa ni abah tidur aje. Dia letih, demam, sakit, takde selera makan, semuanya ada. Kesian tengok kondisi dia. Saya nak berbual pun tak sampai hati. Biarkan aje anak sedara dan suami layan atuk dia. But still, tangan abah tak boleh dok diam menggaru. Mungkin kulit dia gatal bila terlalu lama dalam aircond dan jadi kering. Mereka yang dok dekat kat katil abah, tahan tangan dia dan tanya kat mana gatal. Mereka tolong garukan. 

Lebih kurang lepas asar, suami inform, abah kena jalani pembedahan kali ke-2. Tapi kali ni pembedahannya lebih besar lagi. Ada saluran bocor dalam bahagian otak abah (itu yang ditunjukkan pada result MRI terkini). Pembedahan dijangka buat lewat malam. Dalam jam 11.30 macam tu. Dan sekali lagi malam ni, suami temankan abah di luar dewan bedah. Kami di rumah berdoa dan bertawakal agar urusan pembedahan abah berjaya. 

26 Julai 2025, Jam 1.20 pagi nampak suami inform yang pembedahan macam dah selesai sebab dia nampak nurse tarik keluar katil dari ICU nak ambil abah yang ada di bilik bedah. Jam 1.50, doktor keluar dari bilik bedah dan jumpa suami. Dia maklumkan yang dia terkejut sebab ingatkan pendarahan di otak tu melibatkan dua lapis otak tapi sebenarnya banyak lapis. Doktor maklumkan juga yang

Detik Menunggu Ajal,tabahnya seorang MKI menanti 'tarikh tamatnya' di dunia


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Buku Detik Menunggu Ajal ini saya mula baca sewaktu arwah FIL di hospital. Saya baca sikit-sikit aje masa tu sebab tuntutan waktu menjenguk abah, beri makan kucing-kucing abah, kerja hakiki yang lain dan waktu rehat, semuanya jumble up kejap. Jadi, waktu membaca tu memang dapat spend 3-5 mukasurat aje. 

Lepas 2 minggu abah kembali pada Allah, baru saya baca balik buku ni. Bila baca catatan Puan Roza tentang perjalanan Prof Kamil dari awal dia dimasukkan ke hospital hingga kembali ke rumah dan masuk semula ke hospital, ia perjalanan yang memenatkan waktu itu tapi selepas orang yang kita sayang tiada, ia jadi satu kenangan yang manis tak dapat dilupakan. Ya, sama seperti apa yang saya alami bila abah ada di rumah dulu. Bila dia dah takde, ia jadi satu kenangan yang saya syukuri kerana dapat mengalaminya. 

Bila saya baca terma-terma perubatan yang diceritakan Puan Roza dalam buku ini, baru saya dapat relatekan apa yang abah lalui dulu. Saya terbayang salur pernafasan yang abah pakai, klip jantung letak di jari, mesin monitor di hospital dan segala macam prosedur yang abah lalui saya lebih faham bila membaca buku ni. Bila terbaca tentang penjagaan paliatif yang Puan Roza senaraikan, baru saya tahu, itu yang suami dan abangnya perlu pilih bila kondisi abah semakin memberat. Beberapa hari sebelum abah dijemput, mereka berdua setuju untuk tidak membenarkan DNR (Do Not Resuscitate) dibuat pada abah. 


Buku ini membuatkan kadang-kadang air mata terbit tanpa dipaksa. Memahami apa yang dilalui Puan Roza dan rasai sendiri bila berhadapan dengan orang yang kita sayang sakit dan pergi, ia bukan sesuatu yang mudah. Memang hanya pada Allah kita berharap agar dipermudahkan kesembuhan atau paling

Chicken pajeon atau lempeng daun bawang dengan ayam, khas untuk yang makan daging


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Oleh keran suami saya tak makan udang dan tak berapa gemar sangat sotong, saya masakkan dia pajeon isi ayam. Jika anda tak suka ayam, boleh aje ganti dengan daging. Ikut suka. Cara memasak chicken pajeon ni sama aje stepnya dengan buat seafood pajeon. Takpe, saya share juga caranya dalam entri kali ni. Moga anda happy untuk mencuba dan masak untuk famili.

Bahan chicken pajeon:
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kentang
1/2 sudu kecil garam
1/4 lada hitam ditumbuk/kisar
3/4 cawan stok air ikan bilis (guna stengah kiub aje & cairkan dengan air)
12 urat daun bawang
3 ketul isi ayam dipotong kasar
1 biji telur saiz A
1 tangkai cili merah dihiris
Sedikit minyak untuk menggoreng

sama aje dengan haemul-pajeon cuma tukar ayam sebagai isi

Penyediaan.

1. Dalam satu mangkuk, masukkan udang, sotong, secubit garam dan lada hitam. Kacau dan ketepikan. Potong daun bawang ikut saiz kuali leper yang ingin digunakan. Saya haritu kerat 3.

2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi kentang, secubit garam dan air stok ikan bilis (nak guna air biasa pun boleh). Kacau adunan hingga mesra.
 

3. Panaskan kuali leper kita. Masukkan anggaran dalam 2 sudu besar minyak dahulu. Guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan daun bawang yang dikerat tadi ke dalam mangkuk adunan tepung. Gaul mesra sebentar dan letakkan daun bawang bersalut ke dalam kuali. Susun elok-elok dansedikit rapat. Jika kuali anda besar, habiskan terus semua daun bawang tu.

4. Masukkan pula ayam ke dalam adunan baki tepung. Gaul sebentar dan letakkan atas daun bawang

Resipi Haemul-pajeon atau seafood green onion pancake, kudapan rakyat Korea Selatan


Assalammualaikum & salam sejahtera. Haemul-pajeon atau dalam Bahasa Melayu kita dipanggil lempeng makanan laut dengan daun bawang. Lempeng orang Korea Selatan ni exactly terbuat masa arwah FIL kat Hospital Putrajaya. Masa cuba resipi baru ni, keadaan FIL kelihatan semakin baik berbanding beberapa hari sebelumnya. Jadinya, mood memasak waktu rasa ok skit. Tapi, takdir Allah tulis lain kan... Sabar ajelah... Mari saya kongsikan resipi kudapan ni yang turut ada dijual di beberapa restoran Korea di Malaysia.

Pajeon atau bila diterjemahkan lebih kurang maksudnya lempeng berasaskan daun bawang. Lempeng daun bawang ini kemudiannya diberikan inti, maka terhasillah nama lain sebelum perkataan pajeon atau jeon tu. Antara pajeon yang sering dimasak oleh orang Korea Selatan adalah Haemul-Pajeon (seafood pajeon), Buchu-Jeon (chive pancake), Gamja-Jeon (potato pancake), Kimchi-Jeon (Kimchi pancake), Hobak-Jeon (vegetarian pancake) dan lain-lain inti yang ada.

Bila saya tertonton Youtube Maangchi dari Korea Selatan yang tinggal di New York, saya tertarik nak cuba. Bahan tak susah mana. Mudah dapat. Cuma ilmu baru yang saya belajar, orang Korea suka guna tepung ubi kentang. Mostly makanan mereka guna tepung ni. Bila cari kat supermarket, insyaAllah boleh jumpa. Harga pun bawah RM5 (tengok saiz paket anda beli). Saya pun baru tahu kewujudan tepung ni bila sesaje survey dulu. Ini resipinya. Kot kat tempat anda susah nak dapat restoran Korea yang halala atau harganya mahal, anda bolehlah cuba.

Bahan untuk haemul-pajeon:
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kentang
1/2 sudu kecil garam
1/4 lada hitam ditumbuk/kisar
3/4 cawan stok air ikan bilis (guna stengah kiub aje & cairkan dengan air)
12 urat daun bawang 
5 ekor udang saiz sederhana dibuang kulit & dipotong kasar
3 ekor sotong saiz sederhana dibuat kulit hitamnya & dipotong kasar
1 biji telur saiz A
1 tangkai cili merah dihiris
Sedikit minyak untuk menggoreng

Inti haemul pajeon. Bahannya mudah dapat.

Penyediaan:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan udang, sotong, secubit garam dan lada hitam. Kacau dan ketepikan. Potong daun bawang ikut saiz kuali leper yang ingin digunakan. Saya haritu kerat 3.

2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi kentang, secubit garam dan air stok ikan bilis (nak guna air biasa pun boleh). Kacau adunan hingga mesra. 

Adunan tepung pajeon ni takdelah pekat sangat dan tidak terlalu cair.

3. Panaskan kuali leper kita. Masukkan anggaran dalam 2 sudu besar minyak dahulu. Guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan daun bawang yang dikerat tadi ke dalam mangkuk adunan tepung. Gaul mesra sebentar dan letakkan daun bawang bersalut ke dalam kuali. Susun elok-elok dan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...