Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bila masak mi goreng segera ni (dulu kita panggil maggi goreng mamak tapi sejak boikot pada isi G & P, kita guna aje apa sahaja brand yang sesuai) mesti teringat kali pertama saya cuba masak dan hidangan ni laku keras bila buka puasa sampaikan arwah FIL tak sempat merasa. Esok paginya, dia request soh masak lagi mi segera goreng ni untuk buka puasa tapi kena lebih sikit sebab dia tak dapat makan semalam. Sanggup tu dia & MIL keluar duit beli barang masak asalkan dapat makan mi segera ni dan famili lain pun dapat makan juga. First time lah masa tu, masa 6-7 paket mi segera. Rasa macam Hulk Hogan kejap bila kena gaul sekuali penuh mi & isinya.
Kali ni, saya kongsikan sekali lagi resipi mi segera goreng plus ada penambahan bahan & tip skit.
Bahan-bahan untuk 4 orang makan:4 paket mi segera (boleh aje guna apa sahaja brand yang kita tak boikot)
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar cili giling (Jika nak pedas, bolehlah tambah)
2/3 cawan air
1 biji tomato potong kasar
2 keping isi ayam dipotong kasar
2 keping isi ayam dipotong kasar
1 keping fish cake / 6 biji fish ball dipotong kasar
1 biji kentang dipotong dadu & siap digoreng

4 perencang mi segera
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 biji telur
2 biji telur
1 biji tauhu basah
6 tangkai bak choy dikerat kasar
6 tangkai bak choy dikerat kasar
1 sudu besar kicap pekat
Minyak untuk menumis
*Guna kuali besi tebal yang besar & warna hitam tu. Hasil akan lebih seperti kat kedai mamak*
Penyediaan:
1. Rebus mi segera dahulu dan toskan. Ketepikan dan kemudian, panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali. Setelah panas, goreng kentang yang didadu tadi sehingga nampak separuh garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan sedikit garing. Kemudian masukkan cili giling. Kacau sebentar dan masukkan air dan tomato. Kacau lagi dan biarkan cili masak sebentar. Setelah mendidih agak lama dan kelihatan sedikit garing masukkan perencah mi segera. Tambah sedikit air jika kering. Masukkan ayam yang dipotong kasar itu, kacau sebentar dan biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau hingga mesra. Bila mendidih, masukkan pula fish cake / fish balls. Tambah sedikit air dan kacau. Biarkan masak sebentar.
4. Ketepikan bahan tadi dalam kuali dan masukkan pula 2 biji telur. Masak sebentar dan pecah-pecahkan ia macam buat scramble eggs tu.
5. Bila telur dah 3/4 masak, masukkan mi segera yang telah ditoskan tadi berserta dengan sayur bak choy. Kacau sekejap dan kemudian, ramas sebiji tauhu tadi atas mi segera dalam kuali. Masukkan juga kicap pekat atas mi. Kacau semua bahan agar sekata dan sedikit garing. Masukkan pula kentang goreng didadu tadi dan kacau sehingga mesra. Bila anda dah puas hati dengan warna dan kegaringan yang diinginkan, bolehlah angkat mi segera goreng kita dan letakkan dalam pinggan atau mangkuk besar. Taburkan dengan sedikit daun bawang atau hirisan cili merah.Siap mi segera goreng kita yang ala mamak untuk dinikmati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan