Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi Haemul-pajeon atau seafood green onion pancake, kudapan rakyat Korea Selatan


Assalammualaikum & salam sejahtera. Haemul-pajeon atau dalam Bahasa Melayu kita dipanggil lempeng makanan laut dengan daun bawang. Lempeng orang Korea Selatan ni exactly terbuat masa arwah FIL kat Hospital Putrajaya. Masa cuba resipi baru ni, keadaan FIL kelihatan semakin baik berbanding beberapa hari sebelumnya. Jadinya, mood memasak waktu rasa ok skit. Tapi, takdir Allah tulis lain kan... Sabar ajelah... Mari saya kongsikan resipi kudapan ni yang turut ada dijual di beberapa restoran Korea di Malaysia.

Pajeon atau bila diterjemahkan lebih kurang maksudnya lempeng berasaskan daun bawang. Lempeng daun bawang ini kemudiannya diberikan inti, maka terhasillah nama lain sebelum perkataan pajeon atau jeon tu. Antara pajeon yang sering dimasak oleh orang Korea Selatan adalah Haemul-Pajeon (seafood pajeon), Buchu-Jeon (chive pancake), Gamja-Jeon (potato pancake), Kimchi-Jeon (Kimchi pancake), Hobak-Jeon (vegetarian pancake) dan lain-lain inti yang ada.

Bila saya tertonton Youtube Maangchi dari Korea Selatan yang tinggal di New York, saya tertarik nak cuba. Bahan tak susah mana. Mudah dapat. Cuma ilmu baru yang saya belajar, orang Korea suka guna tepung ubi kentang. Mostly makanan mereka guna tepung ni. Bila cari kat supermarket, insyaAllah boleh jumpa. Harga pun bawah RM5 (tengok saiz paket anda beli). Saya pun baru tahu kewujudan tepung ni bila sesaje survey dulu. Ini resipinya. Kot kat tempat anda susah nak dapat restoran Korea yang halala atau harganya mahal, anda bolehlah cuba.

Bahan untuk haemul-pajeon:
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kentang
1/2 sudu kecil garam
1/4 lada hitam ditumbuk/kisar
3/4 cawan stok air ikan bilis (guna stengah kiub aje & cairkan dengan air)
12 urat daun bawang 
5 ekor udang saiz sederhana dibuang kulit & dipotong kasar
3 ekor sotong saiz sederhana dibuat kulit hitamnya & dipotong kasar
1 biji telur saiz A
1 tangkai cili merah dihiris
Sedikit minyak untuk menggoreng

Inti haemul pajeon. Bahannya mudah dapat.

Penyediaan:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan udang, sotong, secubit garam dan lada hitam. Kacau dan ketepikan. Potong daun bawang ikut saiz kuali leper yang ingin digunakan. Saya haritu kerat 3.

2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi kentang, secubit garam dan air stok ikan bilis (nak guna air biasa pun boleh). Kacau adunan hingga mesra. 

Adunan tepung pajeon ni takdelah pekat sangat dan tidak terlalu cair.

3. Panaskan kuali leper kita. Masukkan anggaran dalam 2 sudu besar minyak dahulu. Guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan daun bawang yang dikerat tadi ke dalam mangkuk adunan tepung. Gaul mesra sebentar dan letakkan daun bawang bersalut ke dalam kuali. Susun elok-elok dan

sedikit rapat. Jika kuali anda besar, habiskan terus semua daun bawang tu, tapi jika kuali kecil, masak dua kali k.

Susun daun bawang seperti ini dahulu

4. Masukkan pula udang dan sotong dalam adunan tepung tadi. Gaul sebentar dan letakkan atas daun bawang dalam kuali. Letakkan sedikit rata. Kemudian, baki adunan tepung tadi curahkan perlahan-lahan atas daun bawang dan makanan laut. 


5. Kemudian, taburkan potongan cili merah ke atas pajeon. 



6. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan kocok telur tersebut. Kemudian, curahkan perlahan-lahan ke atas pajeon. Masa ni, kecilkan api. Biar ia masak perlahan-lahan. Anda boleh jenguk sikit keadaan bawah pajeon untuk pastikan ia masak menggunakan sudip leper.


7. Bila bahagian bawah sudah masak, terbalikkan pajeon untuk masak bahagian atasnya pula. Setelah terbalik, masukkan sedikit minyak masak dalam 2 sudu besar keliling pajeon yang diterbalikkan. Ini bagi memastikan adunan dan makanan laut masak dengan elok dan mudah diangkat bila selesai. Jika boleh, angkat sedikit bahagian tepi pajeon agar minyak dapat masuk ke bahagian tengah. Ini bagi mengelakkan ia melekat pada kuali bila diangkat (saya dah terkena. Masa ni tak perasan). Setelah pasti sekeliling haemul-pajeon dan masak, pindahkannya ke pinggan besar. Jika haemul-pajeon anda besar, potong kecil ikut saiz yang anda suka untuk nikmati. Haemul-pajeon ini enak dimakan panas-panas dan dicicah dengan sos 'home-made'nya atau makan begitu sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...