Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Buku Detik Menunggu Ajal ini saya mula baca sewaktu arwah FIL di hospital. Saya baca sikit-sikit aje masa tu sebab tuntutan waktu menjenguk abah, beri makan kucing-kucing abah, kerja hakiki yang lain dan waktu rehat, semuanya jumble up kejap. Jadi, waktu membaca tu memang dapat spend 3-5 mukasurat aje. 

Lepas 2 minggu abah kembali pada Allah, baru saya baca balik buku ni. Bila baca catatan Puan Roza tentang perjalanan Prof Kamil dari awal dia dimasukkan ke hospital hingga kembali ke rumah dan masuk semula ke hospital, ia perjalanan yang memenatkan waktu itu tapi selepas orang yang kita sayang tiada, ia jadi satu kenangan yang manis tak dapat dilupakan. Ya, sama seperti apa yang saya alami bila abah ada di rumah dulu. Bila dia dah takde, ia jadi satu kenangan yang saya syukuri kerana dapat mengalaminya. 

Bila saya baca terma-terma perubatan yang diceritakan Puan Roza dalam buku ini, baru saya dapat relatekan apa yang abah lalui dulu. Saya terbayang salur pernafasan yang abah pakai, klip jantung letak di jari, mesin monitor di hospital dan segala macam prosedur yang abah lalui saya lebih faham bila membaca buku ni. Bila terbaca tentang penjagaan paliatif yang Puan Roza senaraikan, baru saya tahu, itu yang suami dan abangnya perlu pilih bila kondisi abah semakin memberat. Beberapa hari sebelum abah dijemput, mereka berdua setuju untuk tidak membenarkan DNR (Do Not Resuscitate) dibuat pada abah. 


Buku ini membuatkan kadang-kadang air mata terbit tanpa dipaksa. Memahami apa yang dilalui Puan Roza dan rasai sendiri bila berhadapan dengan orang yang kita sayang sakit dan pergi, ia bukan sesuatu yang mudah. Memang hanya pada Allah kita berharap agar dipermudahkan kesembuhan atau paling akhir, dipermudahkan urusan 'pemergian'. 

Hari-hari akhir MKI dapat dilihat betapa meskipun beliau diuji dengan kesakitan yang menyakitkan, tetaplah beliau berusaha untuk sentiasa bersolat. Di sini dapat dilihat pentingnya kita memiliki debu tayammum bila pesakit ingin menunaikan solat kerana tiada alasan untuk tidak bersolat selagi masih waras. 

Saya tidak mahu ulas panjang lagi tentang buku ini kerana bila mengulas, fikiran dan hati saya terus teringatkan abah yang baru pergi. Dada rasa sesak dan hati jadi sedih. Untuk buku ini. saya berikan 5/5 bintang untuknya. Pada saya, anda semua sesuai untuk membacanya kerana ia bukan setakat menambah ilmu tentang pesakit yang sedang dirawat (jika diri atau ahli keluarga sedang sakit) dan ilmu dari segi perubatan tetapi juga ilmu agama yang diselitkan dalamnya. Tetaplah ingat, sampai satu ketika, kita semua akan ditinggalkan oleh orang yang kita sayang sama ada ibu, ayah, suami, isteri ataupun anak-anak. Di sini, pergantungan kita hanyalah pada Dia, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...