Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam goreng Korea rangup di luar lembut di dalam

Ayam goreng Korea yang rangup

 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak ayam goreng korea atau dikenali sebagai Yangnyeom-tondak, yang dikatakan originalnya mestilah rangup di luar dan lembut di dalam. Saya terjumpa resipi ni masa tengah skodeng Youtube masak 2 bulan lepas. Masa ni, abah dah sakit dan baru selesai pembedahan pertama. Jadinya, hati rasa lega sikit. 

Dan bila pembedahan kedua juga berjaya, Alhamdulillah, saya carilah resipi ayam goreng korea ni. Bukan apa, suami jenis yang makan ayam jadi, as his wife, kenalah cari menu yang dia suka makan. Dan hari abah meninggal (sehari sebelum tu dia ok aje), paginya, saya singgal AEON untuk beli skit barang dapur dan juga gochujang. Saya dah bercadang nak buat menu ayam ni beberapa hari lagi. Tapi, takdir Allah tiada siapa tahu. Udahnya, selepas sebulan seminggu, barulah saya dapat guna pes gochujang ni. Itupun, masa masak, teringat-teringat kat dia. Selalu abah akan ke dapur dan tanya, "Masak apa tu?" atau sebelum ke bilik air, dia akan jengah menantu dia ni masak apa hari tu bila lama sangat kat dapur. Takpelah, itu semua kenangan baik yang ada. Ingatlah sampai bila-bila.

Ok, resipi ni saya dapat dari Youtuber Korea nama Maangchi. Saya pernah guna resipi dia juga untuk buat pajeon ayam dan makanan laut. Kali ni, saya guna resipi dia juga untuk ayam goreng korea rangup ni. Rupanya, untuk dapatkan ayam yang rangup versi korea, kenalah guna cara menggoreng dua kali dan juga telur untuk sadur keseluruhan ayam dan tepung. Elakkan guna air ya. 

Ini saya kongsikan resipi maangchi. Oh ya, bab saiz ayam tu, ikut suka andalah nak besar ke, kecik ke, sedang ke. Janjinya, bahan semua ada.

Bahan-bahan untuk ayam goreng korea

Bahan untuk ayam goreng:
10 ketul ayam siap dipotong
1/2 cawan tepung ubi kentang
1/4 cawan tapung gandum
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1/2 sudu kecil baking soda
2 biji telur ayam
1 sudu besar bijan yang disangai



Bahan untuk sos saduran ayam:
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar minyak masak
1/3 cawan sos cili
1/4 cawan gochujang
2 sudu besar gula
2 sudu kecil cuka

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung ubi kentang, tepung gandum, garam, lada hitam, baking soda, telur ayam dan ayam. Gaul mesra semua bahan ini. Dah siap, ketepikan.


2. Panaskan minyak dalam periuk saiz sederhana. Kita cuba buat deep fried. Masukkan minyak lebih kurang tinggi 1/3 dari saiz periuk. Guna api sederhana. 


3. Setelah minyak panas, masukkan beberapa ketul ayam dahulu. Jangan masukkan kesemuanya. Kita mahu ayam masak elok dan sekata. Kiranya, buat 2 batch gorengan.


4. Setelah ayam yang digoreng dilihat warna keemasan seperti dah masak, angkat dan letakkan atas relai atau mangkuk yang sesuai. Biarkan dalam 2-3 minit dan kemudian, GORENG SEKALI LAGI. Ya, kena goreng ayam yang sama sekali lagi untuk mendapatkan luaran ayang yang rangup di luar dan lembut di dalam. Goreng lebih kurang dalam 5-6 minit. Dah masak, ketepikan. Goreng pula batch ke-2.


5. Sementara menunggu ayam batch ke-2 masak, kita buat sos saduran kat dapur sebelah. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan bawang putih. Masakh hingga naik bau. Kemudian, masukkan pula sos cili dan kemudian gula. Kacau hingga sebati. 


6. Selepas itu, masukkan gochujang dan cuka makanan. Kacau hingga sebati dan mula menggelegak dan sedikit likat. Setelah mendidih, tutup api. Kita fokus kembali pada ayam batch ke-2 tadi. 


7. Setelah ayam digoreng 2 kali untuk batch ke-2, panaskan kembali kuali berisi sos gochujang. Masukkan ayam goreng rangup tadi ke dalam kuali sos dan kacau hingga sos tersadur semuanya pada ayam. Setelah sos melekat, bolehlah tutup api dan hidangkan ayam goreng korea rangup kita dalam mangkuk besar dan taburkan bijan sangai tadi di atasnya. Siap untuk dinikmati begitu sahaja atau boleh makan dengan nasi putih. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...