Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pai Ayam, Cendawan & Kentang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni, kita try buat isi ayam pula untuk puff pastri. Alhamdulillah sedap pai ayam, cendawan dan kentang ni. Tq @matgebuuntuk resipi di web. Itupun ada menderhaka skit.

Untuk yang nak try, boleh beli kulit pastry jenama kawan. Mostly kat semua supermarket ada jual. Follow aje instruction kat packaging & anda still kena uli skit guna pencanai @ rolling pin. Baru lapisan kulit pastri akan naik berlapis-lapis. Mama kata, "cantik kulitnya naik. Kalau mama buat dulu, tak menjadi langsung." Saya cakap le guna kulit dah siap aje. Lagi senang. Itu yang lawa, heheh...

Ini resipi pai ayam, cendawan dan kentangnya. Selamat mencuba.

Bahan:
1 pek kulit pastri
200gm isi ayam
5 biji cendawa butang didadu
1 biji kentang didadu
1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih dihiris
1 helai bay leaf
1 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu kecil garam/secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 biji telur (untuk sapuan)


Penyediaan:
INTI- Panaskan mentega. Tumis bawang besar, bawang putih & bay leaf, kacau & masukkan ayam, kacau & bila ayam berubah warna, masukkan kentang & air. Kacau sekali sekala lebih kurang 5-7 minit. Kemudian, masukkan cendawan. Goreng sebentar. Tuang susu & masukkan kiub ayam. Kacau rata & biar mendidih.
- Masukkan tepung gandum, kacau rata & biar pekat. Tambah garam secukup rasa & lada hitam. Kacau rata. Rasa & jika ok matikan api. Biar sejuk.


UNTUK PAI & INTI -
Tabur sedikit tepung atas meja & letakkan doh pastri. Taburkan sedikit tepung atas pastri & pencanai. Canai doh mengikut kesesuaian rupa pastri yang diingini (segi empat, segi tiga dll). Jangan terlalu nipis sangat. - Letakkan inti pai pada separuh pastri & sapukan telur kelilingnya. Lipat pastri & tekan garfu kelilingnya agar kulit tertutup rapat. Letakkan atas dulang pembakar yang ditabur sedikit tepung.
- Panaskan oven pada suhu 190°c. Uli & lipat pastri seperti tadi sehingga selesai. Setelah semua pastri atas dulang, sapukan telur di permukaan pastri. Kemudian, buat ruang udara pada kulit pastri. Ia bagi memastikan luar & dalam pai masak. Masukkan dalam oven. Bakar dalam 25 minit. Keluarkan & rehatkan sebentar pai ayam, cendawan dan kentang kita sebelum dihidang. 


Ayam Bakar Panggang Berempah Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu ayam bakar panggang berempah yang sesui untuk yang dah boring makan makanan berminyak atau nak cuba makanan sihat. 

Bila encik Rudy dah expert panggang & bakar ayam, kali ni ayamnya dipanggang atas dapur dulu baru bakar dalam oven. Resipi dari @chefirvine dari rancangan Restaurant Impossible. Chef ni bukan setakat bantu orang betulkan bisnes makanan depa tapi share resipi makanan sihat bila dah semuanya ok.

Bahan:
1 ekor ayam siap dipotong & dicuci.
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun (guna masa panggang ayam atas dapur)

Penyediaan:
1. Lap ayam dengan kitchen paper. Pastikan ayam tidak berair sangat.
2. Campurkan semua rempah & garam & kemudian sadurkan pada seluruh ayam.
3. Panaskan kuali leper dengan api sederhana & masukkan minyak zaitun. Setelah minyak panas, letak ayam dalam kuali leper & panggang selama 8-10 minit setiap bahagian. Panaskan oven pada suhu 210°c.
4. Setelah ayam siap dipanggang, pindahkan ayam dalam tray untuk masak dalam oven pula. Setelah oven panas, masukkan ayam & bakar selama 15 minit. Selepas itu, keluarkan ayam & biarkan ia sejuk seketika. Siap untuk dimakan ayam bakar panggang berempah ini dengan nasi, ratah, makan dengan tortilla atau buat sandwich.

Pavlova, Resipi Simple buat penggemar manisan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. 7-8 tahun dahulu, saya teringin nak makan pavlova tapi saya tak reti masak. Pernah minta kakak ipar tanyakan kawan dia berapa harga orang jual pavlova time tu. Dan bila dengar harga & keadaan saya yang tak bekerja sangat masa tu, terus cancel. Gigihlah cari resipi. Tapi masa tu, keadaan pavlova yang dibuat sendiri tak berapa jadi tapi still alhamdulillah, ada anak saudara yang jenis makan semua & dia kata sedap. Hehe...
Dan Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit diri ni bab masak memasak. Suami, mama, mak mertua & kedua2 abah dah percaya pada anak sorang ni :)

Resipi pavlova mudah aje tapi yang mencabarnya, untuk bakar pavlova ni, ambil masa 1 1/2 jam dalam oven dengan suhu 130°c aje. Kiranya anda boleh buat bakar pavlova dulu & kemudian masak lauk berbuka. Tau2 aje dah siap dua-dua.

Bahan:
4-5 putih telur gred A
1 cawan gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan (warn putih)
1/2 camca teh serbuk vanila / esen vanila
Whipping cream (suka hati nak beli jenis botol atau kotak)
Buah2 pilihan yang anda suka

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada SUHU 180°c. , Sediakan tracing paper ikut saiz loyang & kemudian lukis beberapa bulatan atas kertas. Kemudian terbalikkan kertas & bila nak paipkan adunan, ikut aje bulatan yang dibuat tadi. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk bersih & kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih & saiznya naik 2-3 kali ganda. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga adunan kental.
3. Masukkan cuka makan & putar. Masukkan tepung jagung , serbuk vanila & gaul dengan spatula hingga rata. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Nak cantik, letak novel di muncung piping beg. Paipkan bentuk bulatan tadi hingga semua siap.
4. Masukkan dalam oven & TURUNKAN SUHU pada 130C, bakar selama 1 jam 25 minit atau hingga meringue warna coklat. Kemudian matikan suis oven. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan povlova sejuk secara semulajadi.
5. Bila sejuk pavlovanya, paipkan dengan krim & tabur buah-buahan, sos coklat atau apa aje sesuai atasnya, boleh hidangkan terus atau simpan dalam peti sejuk sebelum gunakannya.

Resipi Nasi Goreng & Ikan Bilis Rangup


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu mudah untuk iftar & hari biasa.
Untuk dapatkan ikan bilis yang rangup, anda perlu basuh ikan bilis tersebut & rendam dalam 3-4 minit agar ia lembut (kalau lepas basuh terus goreng, confirm keras). 

Resipi nasi goreng:
3 mangkuk nasi putih
1/2 bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 batang fish cake dihiris
5 biji fish ball dipotong 3
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air
1 biji telur
2 sudu besar kicap manis
3 Garam secukup rasa
3 sudu minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang besar & bawang putih. Masak hingga sedikit garing.
2. Masukkan pula cili giling. Kacau sebentar & masukkan air. Kacau & biarkan ia masak dalam 3-4 minit. Masukkan kicap. Kacau. Masukkan pula fish ball & fish cake. Kacau & biarkan ia masak sebentar.
3. Selepas itu, masukkan pula telur di bahagian tepi bahan masakan. Kacau kacau sedikit agar telur masak segera & pecah.
4. Masukkan nasi putih & sayur. Kacau hingga semuanya mesra. Masukkan garam secukup rasa (selalunya dalam 2-3 sudu kecil). Kacau kacau kacau & siap.

Sosej Roll Resipi Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sosej Roll ini sangat mudah & tak banyak untuk menyediakannya. Hanya guna 4 bahan jika nak letak bread crumbs. Kalau tak suka, boleh guna 3 bahan aje.

Bahan:
4 batang sosej direbus & belah dua
8 keping roti putih dileperkan
2 biji telur
2 cawan serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Pecahkan telur & letak dalam mangkuk. Kacau. Ketepikan.
2. Letak serbuk roti dalam pinggan. Ketepikan. Panaskan minyak untuk menggoreng.
3. Letakkan sekeping belahan sosej atas roti leper & gulung. Genggam gulungan roti beberapa ketika untuk merapatkannya. Masukkan dalam bancuhan telur & sadurkan dengan serbuk roti. Masukkan dalam kuali. Ulang perkara sama untuk 3 keping roti lagi. Masak hingga keemasan. Angkat & toskan. Masak baki roti yang lain hingga selesai. Nikmati sosej rolls ini dengan sos kegemaran anda atau makan begitu sahaja.

Sambal Sardin, On Aje Makan Dengan Roti & Nasi


Assalammulaikum & Salam Sejahtera. Menu sambal sardin memang itulah yang paling mudah bila dok nak kejar masa buka puasa. Untuk menu ni, anda boleh aje guna sardin tin jenama apa pun. Janji sardin tin. 

Sambal sardin ni makan dengan nasi boleh, dengan roti pun boleh. Nak buat roti telur tepek sardin pun boleh juga.

Bahan:
1 tin besar sardin
1 senduk minyak masak
1 biji bawang besar dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih
1 senduk cili giling
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
2 biji kentang potong 4
2 sudu kicap biasa
3-4 tangkai cili padi dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & kemudian tumis bawang besar & putih yang dihiris. Setelah sedikit garing, masukkan cili. Kacau sebentar & kemudian masukkan sedikit air. Masak hingga cili sedikit kering.
2. Selepas itu, masukkan kuah sardin tin. Kacau sebentar & masukkan kentang & air. Biarkan ia masak sehingga kentang sedikit lembut.
3. Masukkan pula air asam jawa. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar.
4. Kemudian, masukkan ikan sardin dalam tin. Kacau. Dan kemudian, masukkan kicap, cili padi, bawang besar potong bulat, gula & garam secukup rasa. Masak hingga kuah sedikit pekat. Siap sambal sardinnya.

Mi Goreng Ringkas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Mi goreng, menu ringkas bila tak tau nak masak apa untuk sarapan. 

InsyaAllah mudah aje resipi saya kongsikan kali ni. Menu mudah bukan setakat time puasa tapi bila-bila.

Bahan:
1 pek me kuning dicuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2-3 sudu besar cili giling
1 cawan air (untuk masakkan cili giling tu sebentar)
12 fish ball dipotong dua (letak aje apa yg ada dlm fridge)
3 sudu kicap biasa
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 biji tomato potong dadu
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3-5 tangkai sawi pendek. Dipotong
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & tomato, kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, sos tiram & sos cili. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.
5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Bila dah lihat telur macam dah berketul sedikit (separuh masak), masukkan mi & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga semua bahan masakan sebati. Jika warna tak berapa umph, tambahkan sedikit kicap. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit air dan sos tiram.
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar dan tabur hirisan cili merah. Siap untuk dimakan mi goreng kita yang simple ni. 

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...