Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Daging masak hitam berempah ala kenduri dari Chenom, memang sedap dan terangkat rasanya.


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Daging masak hitam berempah dari Chenom ini pertama kali saya memasaknya. Alhamdulillah menjadi. Guna pula cara suami saya melembutkan daging guna baking soda dalam setengah jam, laginya terangkat kesedapan dan kelembutan daging tu. Memang suami puas hati bila menikmatinya. 

Suami saya memang jenis suka benda berdaging berbanding makanan laut. Jadinya, bila suami dah suka makan dan pada masa yang sama kena jaga kesihatan, makanya, kita cari resipi yang sesuai. Alhamdulillah berjumpa. Resipi ni tak guna santan. Saya guna susu segar kotak. Itupun dalam 3 senduk kecil aje.

Ini resipi Chenom. Anda bolehlah ke Youtube channel dia untuk lihat video. Jika tak sempat atau internet agak perlahan, boleh aje guna yang saya tulis ni. Ada bahan yang saya tak guna sebab tak ada di rumah. But still, hasilnya tetap memuaskan.

Bahan:
500g daging lembu (basuh bersih dan perap dalam 30 minit dengan baking soda kemudian basuh kembali)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
½ cawan minyak masak
2 batang serai
2 helai daun pandan
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 biji tomato
½ cawan kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (kisar kasar)
3-4 cawan air (untuk masak terendam)
3 senduk kecil susu cair
garam secukup rasa

Bahan rempah:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih

Bahan kisar halus:
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Ujian merupakan cara Allah memberitahu kita tentang sesuatu.

Ujian merupakan cara Allah memberitahu kita dalam memperbaiki diri, menambah ilmu dan mendidik diri untuk lebih dekat kepada-Nya. Saya sendiri sudah melalui fasa ini dan masih terus melalui fasa ini sehingga sekarang. Cuma, caranya sedikit berbeza mengikut peredaran umur dan situasi.


Baru ini, Allah mendatangkan ujian pada kesihatan mama. Mama didiagnos menghidapi hernia atau dikenali sebagai angin pasang. Cuma angin pasang wanita ini selalunya dihidapi atau disinggahi kepada wanita yang berumur 50 tahun ke atas, pernah mengandung, ada masalah obesiti, ada masalah pada kekuatan perut, sering batuk atau bersin, sering angkat benda berat dan sering ada masalah sembelit atau suka meneran ketika membuang air besar. 

Kalau ikutkan pada bentuk tubuh mama dan penyakit angin yang selalu dia hidapi, hernia dia ini dah bermula sebelum COVID lagi. Badan mama naik agar drastik. Perut dia nampak menonjol ke depan. Dia sering ada masalah senak perut, penghadaman dan loya. Mama ingat ia adalah biasa bagi orang yang berumur, tua dan ada masalah kesihatan darah tinggi dan injap jantung lemah. Tapi sebenarnya ianya bukan. Masa ni kami semua tak pernah tahu akan kewujudan  penyakit hernia. Lagi-lagi bila ia dihidapi oleh wanita. 



Bila dengar cerita abah yang mama ada makan di kenduri di rumah dan sudah hampir 3 hari dia ada masalah bila nak makan dan buang air besar. Bila makan 2 sudu, dia muntah. Bila nak makan lagi, dia muntah. Itu belum lagi bila sering nak ke bilik air. Bila dah masuk ke hospital dan doktor serta

Ujian kesihatan mama di akhir 2024

Ujian sakit mama sebenarnya bermula Jumaat petang. Tapi waktu tu dia cuma cirit-birit je, Jam 10.34, 31/12/2024, dapat voice note dari adik bongsu. Katanya nak bawa mama ke hospital. Mama tak sihat, mama dah teruk. Saya yang tengah bersiap nak pos parcel pada customer terus ajak suami ke pejabat pos segera. Suami pula, bosnya bagi pelepasan jam 3 petang. Jadinya kami selesaikan urusan di Nilai baru balik ke Ampang.

Sampai Ampang terus ke Hospital Ampang. Adik ipar dah tunggu di luar area kecemasan. Bila tanya dia mama macam mana, dia kata mama baru lepas x-ray perut. Dia kat dalam zon kuning sekarang. Kalau nak masuk, cakap aje ke zon kuning. Cari mama kat area situ. Rezeki kali ni mudah aje masuk ke zon kuning minta perlepasan pak guard. Bila nampak mama dari kejauhan, nampak dia melepek aje. Ketiduran. Saya kejutkan dia. Dia macam lemah plus mamai. Tanya dia, mama dah makan ke, dah minum ke? Dia kata belum. Dia lapar tapi bila makan asyik muntah aje. Loya.


Saya cakap dengan dia, saya keluar kejap. Cari air dan roti. Saya beli 2 jenis roti di kedai kecil dalam hospital, roti pedas dan manis. Biar dia decide nak makan yang mana. Tengah nak beli, jumpa suami yang baru turun dari tempat parking. Kami sama-sama ke area kecemasan. Dia tunggu di luar dengan adik ipar dan saya masuk semula ke zon kuning. Sampai di sana, terus beri mama minum air mineral.

Orang Uganda suka makan Rolex?


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Orang Uganda suka makan Rolex gais. Mereka makan Rolex kat tepi jalan, kat rumah dan di mana sahaja. Tak kira masa. Rolex ni bagi mereka, celah gigi aje. Murah.

Pertama kali saya dengar tentang Rolex boleh dimakan ni masa tonton Amazing Raca tahun 2019. Semua peserta dapat task pilihan. Bila ada beberapa pilih untuk buat Rolex, mereka ingatkan jam. Meraban cari kedai jam hingga terpinga-pinga penjual jam kat pasar Uganda tu. Anda boleh search kat Youtube siri ni. Search Rolex Uganda Amazing Raca, insyaAllah jumpa. 

Jadinya, masa 2019, saya pernah buat Rolex ni bila jumpa resipinya di internet. Selepas 4 tahun setengah, saya buat kembali. Sebabnya masa cari barang makanan mama di kedai Berkat Madinah, ternampak pelbagai jenis roti pelbagai saiz jual di situ. Awalnya saya terfikir nak buat wrap. Tetapi entah macam mana Jumaat malam tu, saya tertonton Youtube jalan-jalan cari makan kat Afrika. Dan ditakdirkan jumpa Youtube street food di Uganda. Nampak pula Youtuber tu jumpa kedai Rolex. Tu yang teringat terus makanan Ugandan ni. 

Rolex ni kalau ikut kita, lebih kurang macam roti john aje. Cuma mereka guna roti capati. Lepas tu, ada yang letak daun ketumbar. Tapi dek kerana saya tak suka daun ketumbar, saya ganti dengan daun sup. Wangi... Ini resipinya. Anda boleh cuba. InsyaAllah berkhasiat.

Bahan:
1. 3 keping capati atau apa sahaja roti saiz bulat 
2. 6 biji telur saiz A
3. 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
4. 1 biji tomato saiz sederhana dipotong dadu

Meraikan nikmat yang kelihatan kecil namun berimpak besar bila kehilangan


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Meraikan nikmat yang kelihatan kecil sebenarnya tidak mudah. Ini kerana kita selalunya ambil mudah perkara-perkara ini akibat beranggapan ianya tidak menyumbang kepada impak yang besar dalam hidup.

Cuba anda bayangkan. Bayangkan kaki yang anda selalunya mudah melangkah ke mana sahaja hatta ke bilik air, tiba-tiba bila hendak melangkah setapak aje terasa sakit. Hendak turun naik tangga pun terasa mencucuk ke buku lali. Itu belum lagi hendak bersolat. Kita tidak dapat menggerakkan tubuh seperti biasa. Itu yang saya hadapi bila terkena penyakit Plantar Fasciitis dua setengah tahun lalu. Keradangan pada bahagian otot dan anggota kaki ini menyebabkan saya bangun dari katil untuk ke bilik air menjadi sangat payah. Itu belum lagi bila hendak berwuduk, bangkit dari antara dua sujud, turun tangga dan sebagainya yang melibatkan pergerakan kaki. Terasa azab. Sehinggakan terpaksa jumpa pakar fisio untuk redakan kesakitan dan belajar kembali berjalan. 


Cuba anda bayangkan pula udara dan oksigen yang anda sedang sedut sekarang ini. Bayangkan anda tidak boleh bernafas seperti biasa. Anda terpaksa membawa tong oksigen  (oxygen concentrator) ke mana sahaja sebaik bergerak. Itu belum lagi anda terpaksa membayar harga tong oksigen tersebut yang bernilai lebih kurang RM4800 untuk setahun ataupun anggaran RM20 sehari. Bila habis aje oksigen dalam tong ini, kita terkapai-kapai seperti ikan yang keluar daripada air. Itulah yang dirasai oleh mereka yang berhadapan dengan penyakit kritikal seperti buah pinggang, paru-paru, lelah dan lain-lain. Hidup tidak sama seperti dahulu. Duit harus diketepikan dengan agak banyak demi meneruskan kelangsungan degupan jantung.

Bila kita lihat banyak perkara-perkara kecil tapi memberi kesan besar dalam hidup membuatkan kita

Belajar melepaskan dan fokus pada perkara lain yang menenangkan hati

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Belajar melepaskan dan fokus pada perkara lain bukan semudah diucapkan. Melepaskan perkara yang dah sebati dengan jiwa dan tabiat kita adakala betul-betul mengambil masa. Kita bertarung dengan emosi dalaman sendiri yang orang lain tak nampak. 

Lebih 10 tahun saya berjuang dalam diam untuk bangkit semula dari kemurungan, tekanan dan ketakutan. Hanya seorang dua sahaja yang tahu betapa saya 'struggle' untuk teruskan hidup. Depan orang lain, mereka lihat saya takde masalah, happy aje, tak banyak kerja, banyak rehat dan sebagainya. Dalaman, tak ada seorang pun tahu. Hatta adik-beradik dan ibubapa saya pun tak tahu (tapi rasanya bila mereka baca ni, baru mereka tahu. Pandaikan saya simpan rahsia 😉). Pada saya masa itu, masalah saya biar saya cuba selesaikan sendiri. Elak untuk tidak menyusahkan dan membebankan orang lain. Ialah, orang lain pun ada masalah tersendiri, takkan kita nak bebankan mereka berlebihan pula. 

Allah tahu saya ada masalah dalaman ini. Semestinya Dia tahu sebab Dia yang beri. Jadinya, Dia juga yang 'menyuluh' saya bagaimana untuk menghadapinya. Step by step, phase by phase saya mula bangkit. Meskipun nampak slow sangat perubahan tu tapi still ada perubahan. Allah 'minta' saya kembali pada Dia mula-mula sekali melalui membaca al-Quran. Ya, dah lama waktu itu saya tak mengaji. Saya tak mengaji sangat sebab ada seorang ustazah ni masa sekolah rendah dulu boleh kata pada anak murid, "Jika awak tak pandai baca quran, jangan mengaji. Berdosa. Nak baca quran kena betul-betul pandai." So, benda tu macam dah tertanam dalam kepala otak saya (budakkan, otaknya macam span. Serap aje apa orang kata dan ajar). Dan bila dah besar ni, baru saya tahu ustazah tu yang tak pandai. Dia tak belajar tentang hadis Nabi s.a.w yang menyatakan orang yang tak pandai baca quran tapi berusaha untuk membaca, akan dapat 2 pahala. Ini hadisnya. Anda boleh amalkan. 

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha, Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan dia mahir membacanya, (kelak dia akan) bersama para malaikat pembawa risalah, mulia, lagi taat (kepada perintah Allah). Manakala orang yang membaca al-Quran dalam keadaan dia mengulang-ulang bacaannya (kerana tidak mahir membaca al-Quran) serta berasa sukar membacanya, maka baginya dua pahala."


Alhamdulillah, saya dapat membaca kembali al-Quran. Saya juga dipertemukan dengan al-Quran terjemahan yang bagus oleh arwah makcik saya. Dari situ, baru saya tahu bahawa ada banyak kisah menarik, ilmu baru, sains, sejarah, geografi, hukum pembahagian harta, adab perceraian, kejadian alam semesta ada dalam al-Quran. Ia meliputi banyak perkara sebenarnya bukan semata-mata agama sahaja. Ia cara hidup. 

Sambal ikan bawal, menu sedap makan dengan nasi putih dan kicap

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sambal ikan bawal, menu ni kalau dah masak, makan dia aje dengan nasi putih dan kicap, dah terangkat. Lauk pedas dan mudah ni, mostly semua orang suka. Kalau tak berapa suka tu, confirm bukan jenis makan ikan atau pedas. 
 
Yang nak cuba menu sambal ikan bawal ni, ini cara memasaknya. Kalau takde ikan bawal, guna aje ikan apa yang ada. InsyaAllah, Allah yang beri sedap...

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal potong 4
Garam & kunyit untuk sadur pada ikan
21 tangkai cili padi 
5 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar 
1/2 cawan air
1 keping asam keping
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam 
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dengan api sederhana dalam kuali. Setelah panas, goreng ikan yang disadur dengan garam kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan. Kurangkan sedikit minyak dari dalam kuali. 
2. Kisar cili padi, cili merah, belacan, bawang besar dan bawang putih hingga 85% lumat. Masukkan bahan kisar ini ke dalam kuali. Tumis sebentar. Kemudian masukkan air. Kacau dan biarkan ia masak sebentar. 
3. Setelah sedikit masak, masukkan asam keping dan sedikit lagi air. Kacau dan masak sekejap. Kemudian, masukkan gula dan garam. Kacau hingga sebati dan betul-betul masak. Bila nampak sambal mula mengering, masukkkan ikan goreng tadi. Gaul mesra dan boleh dihidangkan. Sambal ikan bawal ni nak lagi best, makan dengan nasi putih panas-panas. Menyengat. 

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...