Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ujian kesihatan mama di akhir 2024

Ujian sakit mama sebenarnya bermula Jumaat petang. Tapi waktu tu dia cuma cirit-birit je, Jam 10.34, 31/12/2024, dapat voice note dari adik bongsu. Katanya nak bawa mama ke hospital. Mama tak sihat, mama dah teruk. Saya yang tengah bersiap nak pos parcel pada customer terus ajak suami ke pejabat pos segera. Suami pula, bosnya bagi pelepasan jam 3 petang. Jadinya kami selesaikan urusan di Nilai baru balik ke Ampang.

Sampai Ampang terus ke Hospital Ampang. Adik ipar dah tunggu di luar area kecemasan. Bila tanya dia mama macam mana, dia kata mama baru lepas x-ray perut. Dia kat dalam zon kuning sekarang. Kalau nak masuk, cakap aje ke zon kuning. Cari mama kat area situ. Rezeki kali ni mudah aje masuk ke zon kuning minta perlepasan pak guard. Bila nampak mama dari kejauhan, nampak dia melepek aje. Ketiduran. Saya kejutkan dia. Dia macam lemah plus mamai. Tanya dia, mama dah makan ke, dah minum ke? Dia kata belum. Dia lapar tapi bila makan asyik muntah aje. Loya.


Saya cakap dengan dia, saya keluar kejap. Cari air dan roti. Saya beli 2 jenis roti di kedai kecil dalam hospital, roti pedas dan manis. Biar dia decide nak makan yang mana. Tengah nak beli, jumpa suami yang baru turun dari tempat parking. Kami sama-sama ke area kecemasan. Dia tunggu di luar dengan adik ipar dan saya masuk semula ke zon kuning. Sampai di sana, terus beri mama minum air mineral.

Berikan dia muffin manis seperti yang diminta. Dia cuma mampu makan 3/4 muffin aje dan kemudian baring balik. Tengah saya tunggu, tiba-tiba nurse datang. Katanya nak bawa mama buat x-ray lagi. Kali ni bahagian dada. Saya ketepi. Biarkan nurse selesaikan urusan mama.

Lihat mama pergi, saya tahu, saya dan adik-adik kena standby akan ujian sakit yang mama dan abah akan hadapi bila semakin berusia. Sama seperti saya pernah lihat arwah wo dan atuk bila sakit dulu, abah, adik-beradik dia, menantu serta cucu yang dekat akan bantu uruskan mereka. Bila mereka terbaring (bedridden), kita yang sihat ini perlu berusaha memastikan kebersihan, kebajikan mereka terpelihara terutama dari sudut agama (jika mereka masih waras dan cuma badan tidak berdaya).

Malam tahun baru, saya, suami, abah dan family adik bongsu makan malam di Bukit Taman Saga. Sambil menghadap suasana Kuala Lumpur yang bakal dilimpahi cahaya bunga api jam 12 nanti, kami berusaha ceriakan hati dan suasana agar masing-masing tak perlu risau. At least, mama dalam pemantauan doktor dan jururawat.

Kami singgah kejap ke Hospital Ampang kembali lepas makan malam. Nak tahu perkembangan kesihatan mama bagaimana. Doktor tak bagi makan kali ni bila tanya mama dah minum makan ke belum. Jiran katil sebelah kata, mama akan dimasukkan tiub ke hidung hingga ke perut untuk check ada kemudaratan lain ke bila dia asyik rasa nak muntah. Mama kena puasa untuk beberapa jam. Tak lama kemudian, pak guard datang. Dia minta saya beredar. Katanya boleh ziarah 5 minit aje. Nak tak nak, saya kena beredar. Hopefully mama kuat dengan ujian sakit dia kali ini. Kesihatan, ujian yang selalu kita lupa bila kederat masih kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...