Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Orang Uganda suka makan Rolex?


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Orang Uganda suka makan Rolex gais. Mereka makan Rolex kat tepi jalan, kat rumah dan di mana sahaja. Tak kira masa. Rolex ni bagi mereka, celah gigi aje. Murah.

Pertama kali saya dengar tentang Rolex boleh dimakan ni masa tonton Amazing Raca tahun 2019. Semua peserta dapat task pilihan. Bila ada beberapa pilih untuk buat Rolex, mereka ingatkan jam. Meraban cari kedai jam hingga terpinga-pinga penjual jam kat pasar Uganda tu. Anda boleh search kat Youtube siri ni. Search Rolex Uganda Amazing Raca, insyaAllah jumpa. 

Jadinya, masa 2019, saya pernah buat Rolex ni bila jumpa resipinya di internet. Selepas 4 tahun setengah, saya buat kembali. Sebabnya masa cari barang makanan mama di kedai Berkat Madinah, ternampak pelbagai jenis roti pelbagai saiz jual di situ. Awalnya saya terfikir nak buat wrap. Tetapi entah macam mana Jumaat malam tu, saya tertonton Youtube jalan-jalan cari makan kat Afrika. Dan ditakdirkan jumpa Youtube street food di Uganda. Nampak pula Youtuber tu jumpa kedai Rolex. Tu yang teringat terus makanan Ugandan ni. 

Rolex ni kalau ikut kita, lebih kurang macam roti john aje. Cuma mereka guna roti capati. Lepas tu, ada yang letak daun ketumbar. Tapi dek kerana saya tak suka daun ketumbar, saya ganti dengan daun sup. Wangi... Ini resipinya. Anda boleh cuba. InsyaAllah berkhasiat.

Bahan:
1. 3 keping capati atau apa sahaja roti saiz bulat 
2. 6 biji telur saiz A
3. 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
4. 1 biji tomato saiz sederhana dipotong dadu
5. Sedikit daun sup dihiris kasar
6. Secubit garam
7. Sedikit minyak untuk dioles atas kuali leper


Penyediaan:
1. Panaskan kuali leper atau mendatar guna api sederhana. Oleskan sedikit minyak atasnya. 
2. Dalam cawan sedikit tinggi, masukkan sedikit tomato, bawang, daun bawang, garam dan 2 biji telur. Kocak hingga adunan mengembang dan mesra.



3. Curah adunan telur tadi ke atas kuali. Ratakan telur agar masak sekata. Biarkan telur separuh masak dan kemudia baru letakkan roti capati atau apa aje roti lebar yang ada. Tekan-tekan sedikit agar roti melekat pada telur. Boleh pusing-pusingkan dengan tangan roti dan telur tu agar ia betul-betul melkat (macam dalam Youtube cara buat Rolex Uganda).



4. Setelah melekat dan pasti masak, angkat perlahan-lahan ke atas pinggan besar atau papan pemotong. Saya guna cara, pinggan makan yang besar saya telangkupkan atas roti & perlahan-lahan terbalikkan kuali ke pinggan tersebut. Lebih kurang macam buat nasi pataya. Jika roti anda kecil, rasanya mudah aje angkat dan terbalikkan.


5. Lepas terbalikkan, anda dah boleh perlahan-lahan gulung roti dan telur itu sekali sehingga hujung. Itu sebab nama makan ni Rolex kerana konsepnya Roll Eggs. Dipermudahkan oleh orang Uganda sebutannya menjadi Rolex. Rolex makan begitu sahaja lepas digulung. Tapi saya tahu, orang Malaysia mana mungkin tak makan dengan sos atau mayonis. Jadinya, dalam mangkuk kecil, anda sediakan campuran sos dan mayo untuk dicicah. Siap Rolex yang boleh dimakan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...