Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sandwich Daging Burger yang sedap & sihat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sandwich daging burger. menu tersimple bila tak nak makan nasi. Kali ni saya guna aje daging burger.

Jika ikutkan, daging belum proses lebih bagus digunakan untuk panggang atau salai dibuat sebagai inti sandwich. Tapi dek kerana itu yang ada, kita guna aje. But then, kita goreng skit daging ni guna minyak zaitun. Sayur pula, kita letak bebanyak.

Jika suka, anda boleh buat special skit, letak telur rebus yang dihiris (telur goreng dalam gambar tu, ayah mertua request sbb dia x makan daging burger). 

Bahan:
6 keping roti
3 daging burger
Sedikit minyak zaitun untuk goreng atau salai daging
1 biji tomato dihiris bulat
1/2 batang timun dihiris bulat
1/4 bawang besar dihiris nipis
1 atau 1/2 keping keju cheddar
Sedikit cili jeruk jalapeno (boleh aje guna apa2 pickles)
Sedikit mayo
Sedikit mustard
Sedikit sos cili


Penyediaan:
1. Goreng atau salai daging burger dengan minyak zaitun. Jangan terlalu garing. Angkat ketepikan.
2. Letakkan 2 keping roti atas pinggan/papan. Sapukan sedikit mayo di atas sekeping roti. Letakkan 4 hirisan timun. Letakkan daging burger atasnya & kemudian letakkan 2 hirisan tomato.
3. Letakkan pula sedikit bawang besar & cili jeruk. Tuang sedikit mustard & sos cili. Letakkan kepingan keju & akhirnya, letakkan sekeping roti di atasnya. Siap sandwich daging burger.

Kerabu Mangga, kecur air liur


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bila nampak mangga muda aje, mulalah telan air liur.
Dan bila rezeki dah depan mata, saya terus beli 3 biji mangga muda di pasar. RM2 aje.
Dapatlah rezeki sepinggan besar kerabu mangga ni.

Bahan:
2 biji mangga muda yang diracik
10 biji tomato ceri, belah 2
1/4 biji bawang besar hiris nipis
1/3 lemon ambil jusnya
1 su besar udang kering direndam 5 minit
1 genggam ikan bilis, direndam 5 minit
4 tangkai hirisan cili padi merah & hijau

Bahan tumbuk:
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil belacan dibakar
2 camca besar gula
5 biji cili padi merah
5 biji cili padi hijau

Penyediaan:
1. Udang kering ditoskan & goreng tanpa minyak sebentar (dalam 2-3 minit) Sejukkan & tumbuk. Ikan bilis ditoskan, & goreng hingga garing. Angkat.
2. Bahan tumbuk halus, tumbuk bawang putih & belacan kemudian masukkan gula & cili padi. Tumbuk hingga lumat. Letakkan bahan tumbuk dalam mangkuk besar.
3. Masukkan mangga muda, bawang besar hiris & tomato ceri. Gaul rata. Tambah udang & jus lemon. Gaul mesra.
4. Tambah ikan bilis goreng (tinggalkan sedikit untuk hiasan), gaul. Alihkan kerabu mangga ke dalam bekas sesuai, taburkan ikan bilis goreng & hirisan cili padi. Siap.

Kelio Ayam, macam rendang tapi bukan rendang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. First time masak menu kelio ayam ni. Resipinya ambil di buku masakan Chef Hanieliza. Sedap sangat rasanya. Dah macam ala-ala rendang tapi bukan rendang lah.
Ce anda try. Kot suka dan kena dengan selera. Ini resipinya.

Bahan A:
8 ketul ayam dibersihkan
1/2 cawan air
1 kotak kecil santan
5 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
2 senduk kecil minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar):
10 biji bawang merah / 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
5-7 tangkai cili padi
1 inci hali
1 inci kunyit hidup /serbuk
2 batang serai
3 biji buah keras

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bahan B hingga wangi & pecah minyak.
2. Masukkan ayam & kacau rata. Bagi matikan darah ayam yang keluar. Kemudian, masukkan air. Kacau seketika & biar ia mendidih. Guna api sederhana. Kacau sesekali.
3. Selepas itu, masukkan santan, asam gelugur & daun limau purut. Kacau sebentar & masukkan garam.
4. Masak hingga kuah memekat & pecah minyak.
5. Sedia dihidang kelio ayam resipi chef Hanieliza.

Sambal Tumis Sardin


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Di kala takde idea or malas, menu ini menjadi penyelamat. Boleh makan dengan nasi, roti, lempeng hatta cekodok.

Bahan:
1 tin besar sardin / mackerel
1/2 biji bawang besar hiris bulat
1 senduk nasi penuh cili kisar
3 camca besar sos cili
1/2 cawan jus asam jawa
3-4 batang cili padi potong dua
1 batang serai, dititik
1 biji kentang dipotong 6
1 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk/blend:
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk/blend halus hingga harum. Kemudian, masukkan serai & cili kisar, tumis hingga garing. Masukkan pula sos cili, gaul & masakkan sebentar. Masukkan sos sardin tin (jangan masukkan ikan lagi ya). 2. Masukkan air & kentang. Kacau & biarkan kentang masak hingga separuh empuk. Tuang jus asam jawa & masak hingga sedikit pekat. Masukkan cili padi. Kacau sebentar.
3. Masukkan hirisan bawang besar & perasakan dengan garam & gula secukup rasa,. Kacau sebentar & masukkan ikan sardin. Kacau perlahan & masak dengan api kecil hingga kuah memekat. Siap.

Gulai Lemak Udang Dengan Kacang Buncis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Gulai lemak udang dengan kacang buncis. Untuk udang, selalunya encik hubby tak makan. Kuah dia ok lagi. So, menu ni hanya orang tertentu akan bedal :)

Menu mudah. Ambil masa dalam 20 minit (pastikan udang dah kopek kulit siap2).

Bahan:
1/2kg udang yang dibuang kepala & kulitnya
7-8 tangkai kacang buncis dipotong serong
1 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
250ml santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi

Penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai yang diketuk, asam gelugor dan santan cair (2 sudu besar santan pekat + 2 cawan air). Kacau rata dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan udang, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna dan nanas lembut. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacauhingga mendidih dan guna api sederhana.
3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, jika perlu. Biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau untuk elakkan santan pecah. Masak seketika, siap.

Jemput-jemput Jagung Ungu, Nak Lagi Kaw Tambah Cili


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. 1st time makan & men'jemput' guna jagung ungu.
Jagung warna ni tak semanis jagung kuning yang biasa kita makan. But still, enak juga bila dibuat kuih. Saranan saya, jika guna jagung ungu ni, lebihkan sedikit cili merah & tambahkan sedikit garam. Baru rasanya naik. InsyaAllah sedap.

Bahan:
1 tongkol jagung diambil buahnya (guna pisau)
1 tangki cili merah dihiris
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
1/4 baking powder
2 1/2 cawan air (jika adunan pekat, letak air sedikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Masukkan jagung, cili, bawang dalam satu bekas. Gaul.
2. Masukkan pula tepung, garam, baking powder, telur & air. Gaul mesra. Tambah air jika adunan pekat atau tambah tepung sedikit jika adunan cair
3. Biarkan adunan mesra dalam 5 minit. Panaskan kuali & goreng sejemput demi sejemput sehingga garing. Angkat dan toskan jemput-jemput jagung ungu kita. Siap

Happy cooking

Rak buku yang kemas dan cantik.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah sebulan lebih saya tak update di blog. Agak sibuk sedikit kerana rumah under renovation so nak update masakan atau apa sahaja agak sukar. Alhamdulillah sekarang semua dah settle. Dan antara kelengkapan yang kami add-on untuk reno ni, kami request untuk customize rak buku. Yang ini tetiba encik hubby tanya, nak tak rak buku? Dah tentu akak angguk aje dek non, hehe...

Setelah digodek-godek gambar window bench & rak buku di Instagram & Pinterest, makanya dapatlah satu gambar (tengok gambar last sekali). Suami tunjukkan pada kontraktor rumah & dia berikan kami 2 quotation. Pilih mana berkenan & selaras dengan bajet. Dan Alhamdulillah ini hasilnya setelah direalisasi.

Meskipun ada masalah ketika pemasangan di mana bim rumah kami senget katanya, namun pekerja perabot dapat settlekan masalah. Mereka siap bawa gergaji khas untuk potong sedikit kayu untuk merapikan kayu almari. Makanya pemasangan mengambil masa hampir 4 jam.

Jika anda berminat untuk customise/tempah khas rak buku, almari baju, almari dapur, rak kasut dan lain-lain, boleh cari mana-mana contoh yang sesuai di Pinterest atau Instagram & WhatsApp/hubungi Encik Razep di 012-6219088. Dia akan berikan 2 quotation untuk harga (berdasarkan jenis material/kayu yang sesuai dengan bajet anda).



Nampak tak ruang di atas sebelah kanan? Di situ, bila letakkan almari buku, ia bergoyang & senget jadinya. Maka pemotongan sedikit kayu diperlukan. Mereka juga sendal kayu lain di kiri kanan dinding agar almari tidak bergoyang & terletak cantik. 


Setelah dirapikan & dikemaskan.  

Ini contoh gambar di Pinterest yang diambil untuk rujukan. Jika ruang di area tingkap anda kecil, boleh aje buat. Just search di Pinterest gambar window bench atau bookshelf in small area, maka akan keluar gambar-gambar yang menarik untuk anda pilih :)

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...