Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam Masak Merah versi tak berapa nak pedas untuk bebudak makan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ayam masak merah, rasanya semua orang pernah makan dan majoritinya suka lauk mudah ni. InsyaAllah kali ni saya kongsikan versi tak berapa nak pedas. Sesuai untuk bebudak makan (anak-anak saudara sejenis tak berapa makan pedas).

Dah lama budak-budak ni tak makan ayam masak merah ni. Selalunya mak mertua masak menu ni dulu tapi sesejak tak berapa sihat ni, dia pun dah lupa agaknya nak masak. Lagipun cucu2 dok request ikan keli sambal, ayam masak kicap, laksa. Bila maksunya masak, depa on aje makan. 

Ini resipinya, boleh cuba. Enak dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi lemak atau nasi hujan panas.

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong 8-9 bahagian
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili giling
1 keping asam keping
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Gula & garam secukup rasa
1 biji bawang besar dihiris bulat
3 sudu besar minyak masak

Bahan kisar/blend:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia

Penyediaan:

1. Goreng ayam yang disalut kunyit & garam. Jangan garing sangat. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak (blh aje guna sedikit minyak goreng ayam td). Setelah panas masukkan serai, bunga lawang & kayu manis. Masak hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar. Kacau sekali sekala dan biarkan ia garing seketika.
2. Masukkan cili giling. Kacau & masak hingga pecah minyak. Masukkan air. Kacau & biarkan ia mendidih dalam 4-5 minit (bagi cili masak sekejap).
3. Kemudian, masukkan asam keping, sos cili & sos tomato. Kacau hingga mesra. Selepas itu masukkan garam & gula. Setelah larut & mendidih, masukkan ayam goreng tadi & hirisan bulat bawang besar. Gaul hingga semua ayam diselaputi sambal. Masak dalam 1-2 minit & kemudian boleh angkat. Siap untuk dihidang ayam masak merah buat keluarga.

Happy cooking

Kari ayam pekat likat. Roti pun boleh cicah sekali kalau suka.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kari ayam. Gulai kari ni sedap dimakan dengan nasi, roti, capati, roti canai mahupun roti jala. Satu lauk yang boleh makan dengan pelbagai makanan. Selalunya saya masak begini bila mood masak ke laut. Kari ayam ni antara lauk yang tak amik masa lama untuk memasak. Kurang dari setengah jam dah siap. 

Selamat bercuti hujung minggu...

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong bahagiannya
1 bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
3 tangkai daun kari dilurut
1 pek kecil rempah kari ayam / 3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili giling
700ml air
2 biji kentang dipotong 6 setiap biji
200ml santan pekat
2 biji tomato
4 sudu minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali besar. Masukkan bawang besar & putih dan masak hingga naik bau/sedikit garing. Masukkan cili giling. Kacau dan masakkan seketika.
2. Kemudian, masukkan rempah kari yang ditambah sedikit air & daun kari ke dalam periuk/kuali. Masak hingga pecah minyak atau garing.
3. Masukkan pula ayam dan goreng seketika, dalam 5-7 minit. Bagi mematikan darah dan menghilangkan sedikit hanyir ayam (ada sesetengah orang particular bab bau ni). Kacau seketika, jika kering, tambahkan setengah cawan air sahaja.
4. Setelah darah ayam kering, masukkan air, sedikit santan dan kentang. Kacau seketika dan biarkan ayam & kentang menjadi lembut & empuk.
5. Selepas itu, masukkan pati santan. Kacau hingga mesra. Kemudian masukkan garam & gula secukup rasa serta buah tomato. Masak seketika & siap kari ayam pekat likat kita.

Happy cooking

Mango Thai juice


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tertengok mango thai juice yang sedap dalam Instagram. Sedap & enak nampaknya. Tunjuk le gambarnya kat encik hubby malam Sabtu haritu, dan rezeki dari Allah, tetiba encik hubby ajak cari buah mangga lepas beli barang dapur. Rezeki juga dapat mangga di Taman Semarak. 

Dan Alhamdulillah, encik suami buatkan malam tadi. Time cuaca sejuk-sejuk ni, nasib tekak boleh terima lagi. So, sebelum dia blend & buat topping bagai, wife dia tolong potong mangga aje.

Untuk yang suka mangga atau air mangga, boleh cuba minuman ini. Ada kelainan skit sebab letak santan. Jika anda jenis diet, boleh gantikan dengan susu minum.

Bahan:
1-2 biji mangga (jika besar, 1 pun dah ok)
2 sudu besar madu
200ml santan
1 cawan ais
Secubit garam
Whipping cream

Penyediaan:
1. Kisar semua bahan kecuali whipping cream. Kisar hingga halus.
2. Masukkan dalam gelas jus mangga kisar tadi, spray whipping cream & taburkan belahan mangga.
Siap mango Thai juice yang sekali hadap buat kita rasa happy.

Happy cooking

Resipi Cempedak Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Rezeki kami sekeluarga dari kakak ipar yang beli buah cempedak ni time dia merayap semalam dengan kawan-kawan dia. Apalagi, kita goreng lah... Wangi rumah bau cempedak goreng sekali-sekala. 

Jika kat tempat anda tengah musim buah cempedak, boleh cuba resipi ni. InsyaAllah sedap.

Bahan:
14-20 ulas cempedak
2 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk kunyit / pewarna kuning.
1 biji telur
Secubit garam
1 cawan air (letak sedikit demi sedikit agar adunan tak terlalu cair)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana.
2. Campurkan semua bahan & jadikan adunan yang tak berapa pekat, tak berapa cair. Kemudian, masukkan ulas cempedak ke dalam adunan & gaulkan agar ianya berbalut/melekat (coating)
3. Masukkan seulas demi seulas cempedak ke dalam minyak panas dan masaknya hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Habiskan gorengan tadi dan selamat menikmati cempedak goreng bila dah selesai menggoreng.

Happy Cooking

Shashuka / Shatshuka Dengan Pepperoni Ayam, makanan timur tengah yang fofular.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Shashuka @ Shatshuka dengan pepperoni ayam

Dah lama nak cuba resipi telur ni tapi dari hari ke hari tak dapat. Alhamdulillah rezeki dapat cuba hari Sabtu lepas. Ini pun ada menderhaka skit resipinya ikut citarasa Asia & bahan yang ada dalam fridge.
Jika anda takde pepperoni pun takpe sebab resipi asal takde bahan ni. Saje tambah sebab nak habiskan stok. Bila tanya mak ayah mertua ok ke rasa telur ni, depa kata ok aje. Siap habis makan. So, saya assume bolehlah masuk ke tekak mereka. 

Shashuka @ Shatshuka ni anda boleh makan dengan roti, capati, nasi atau begitu sahaja. Suka suka hati & tekak :)

Ini resipinya.

Bahan:
1 labu bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1 cawan pepperoni dihiris
2 tangkai cili merah didadu
2 tangkai cili hijau didadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan
2 sudu puri tomato
1/2 cawan air
4 biji telur
2 sudu besar minyak zaitun / sayuran
Garam & gula secukup rasa


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali non stick. Setelah minyak panas, masukkan bawang besar & kemudian bawang putih. Masak hingga naik bau. Kemudian masukkan pepperoni & goreng seketika.

Kita masak bawang & pepperoni ni hingga sedikit garing.

2. Kemudian masukkan cili merah & hijau. Masak dalam seminit. Selepas itu, masukkan buah tomato. Masak hingga tomato sedikit mengecut.
3. Masukkan pula serbuk cili, paprika, lada hitam, jintan dan puri tomato. Gaul mesra & kemudian tambahkan air. Gaul lagi. Sebaik kuah mula menggelegak, masukkan telur ayam satu persatu & jarakkan. Perlahankan api & tutup masakan dengan penutup agar telur & kuah masak sepenuhnya. Masak lebih kurang 8-10 minit. Jika anda suka kuning telur jenis cair, masak lebih kurang 5 minit.


4. Sesudah masak, angkat penutup dan taburkan daun selasih/daun bawang/oregano/parsley (mana-mana suka). Kemudian tutup api. Shashuka / shatshuka ni boleh aje dihidangkan terus dengan kuali tadi atau potong siap-siap & letakkan atas pinggan. Kalau ikut orang timur tengah, mereka makan dengan roti atau flat bread.

Happy cooking

Kuih Kole Kacang Kuih Tradisional


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kole kacang @ koleh kacang.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya buat kuih kesukaan saya, suami & keluarga.

Jika pergi sarapan ke satu restoran berhampiran Masjid Nilai, kami mesti cari kuih ni dalam banyak2 kuih yang ada. Dek kerana tak pueh hati asyik abis RM2 sepaket, makanya akak masak seloyang hari ni. Senang hati... Hohoho...

Orang dok kata kuih ni susah nak buat tapi sebenarnya tak lah susah mana. As long kita ikut step yang diberi, InsyaAllah jadi. Dan untuk lebih mudah, saya dah minta tolong anak saudara untuk siapkan satu video. Boleh aje tonton di sini atau follow Instagram saya, alfisyahrinamolis.
Untuk sukatan masak kuih ni, boleh rujuk di sini atau sekeping gambar di IG saya.


Bahan:
Bahan A (tahi minyak)

600ml santan (guna santan kelapa pure jika dapat)
1/2 sudu kecil garam

Penyediaan Bahan A:
1. Satukan santan dan garam dalam kuali non stick.
Masak dengan api yang sederhana hingga adunan kental.
2. Kecilkan api dan terus memasak hingga terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak yang kuning gelap.
Angkat dan toskan minyaknya. Minyak disimpan untuk diletakkan dalam adunan kole kacang & oles di atas plastik loyang.
Tahi minyak pula ditabur atas kuih

Tahi minyak. Kita masak santan. In takes around 15-20 minutes untuk masak.

Bahan B (Air gula)
200gm gula merah
50gm gula pasir
150ml air
1 helai daun pandan

Penyediaan Bahan B:
Satukan semua bahan & masak gula hingga larut. Tutup api.

Kita masak semua bahan B. Dalam 5 minit dah siap.

Bahan C (Adunan tepung kacang)
150gm tepung kacang hijau
secubit garam
200ml santan kelapa segar
650ml air
1 helai daun pandan
1 sudu makan minyak kelapa (baki dari tahi minyak)

Penyediaan:
1. Satukan bahan C kecuali daun pandan & minyak kelapa. Kisar semuanya dalam blender.
2. Satukan bahan kisar (bahan C) dan air gula (bahan B) ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana sambil kacau.
3. Masak hingga ia meletup-letup kecil. Kecilkan api dan tambahkan minyak kelapa 2 sudu besar. Kacau hingga adunan memekat. Masak dalam masa 20 - 25 minit. Selesai masak, keluarkan daun pandan.
4. Sediakan loyang bulat atau segi empat yang di lapis plastik & di sapu dengan baki minyak kelapa. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
5. Hentak-hentak loyang sedikit untuk hilangkan gelembung udara (tip masak ala masterchef ni). Taburkan tahi minyak & biarkan sejuk & mengeras. Potong guna pisau plastik yang disapu sedikit minyak. 

Kisar semua bahan C kecuali daun pandan & minyak kelapa. Kemudian tuang aje ke dalam periuk atau kuali besar. 

Campuran Bahan C & B. Guna api sederhana atau kecil. Masak dalam lebih kurang 20-25 minit. Jika kurang, adunan tak kental & lambat mengeras atau cepat lembik.

Siap seloyang. Pueh hati akak dek non dapat makan ramai-ramai & berketul-ketul kuih kole kacang ni :)

Happy cooking

Kuih Bakar, Kuih Tradisional yang Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Rezeki dapat impliment ilmu baru bila buat kuih bakar ni.
Masa kecik-kecik dulu memang tak gemar kuih lembik-lebik ni. Mungkin sebab rupanya yang tak menawan kalbu & mungkin sebab ianya lembik. But, entah sejak bila tekak ni boleh terima kuih bakar ni, saya pun tak ingat. Apa pun, kuih ni sedap & mudah dibuat.

Saya ingat susah sangatlah buat kuih ni dolu-dolu. Bila tengok kat IG @daddyisthechef , 'eh! Gini aje ke cara buatnya? Laaa...' Mudah bangat.
Tq untuk video tu chef...

So, gigihlah semalam cari bijan sebab bahan lain semua ada.
So, untuk anda yang suka kuih tradisional + mak ayah & mertua suka, trylah buat. InsyaAllah, dalam 1 jam dah boleh makan.

Bahan:
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula kaster
½ cawan Air*
2 helai daun pandan* + pewarna hijau (daun pandan akak kemetot sebab baru tanam)
*(di kisar dan tapis)
1 ½ kotak | 300 ml Santan
2 biji Telur
¼ sudu kecil Garam
Bijan secukupnya


Penyediaan:
1. Panaskan oven 180°C. Sapu minyak dalam loyang. Panaskan selama 5 minit di dalam oven.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar & kemudian tapis.
3. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam loyang panas & bakar selama 10 minit. Kemudian keluarkan daripada oven dan taburkan bijan. Sambung bakar selama 40 - 45 minit. Setelah nampak bahagian atas sedikit gelap atau garing, itu petanda ia dah boleh dikeluarkan. Setelah keluar dari oven, biarkan ia sejuk lebih kurang dalam satu jam. Ini bagi memastikan bila kita memotong kuih bakar ni, ianya dalam bentuk yang diinginkan. Bukannya lembik.


Happy cooking

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...